Benarkah ada rusuhan di Sungai Kob, Kulim ?
Kulim (Kedah) di gemparkan dengan satu cerita dari pihak yang tidak bertanggungjawap cuba memanupulasi maklumat menuduh Jawatankuasa Bertindak Membantah Memorial Park cuba mengadakan rusuhan ke dalam kawasan Memorial Park, satu kawasan yang menjadi satu petikaian di antara Jawatankuasa Bertindak yang mewakili penduduk kampung dengan pengusaha Memorial Park Sungai Kob.
Dari maklumat yang Team Medai Kedah perolehi ketika berada sendiri di kawasan tersebut, Jawatankuasa Bertindak Mebantah Memorial Park hanyalah mahu membuat kenduri menyambut Ramadhan di tapak khemah kawalan yang di dirikan untuk berkawal bagi tidak membenarkan usaha pihak pengusaha Memorial Park meneruskan pembinaan.
Bagi Jawatankuasa Bertindak tersebut mereka akan tetap akan mempertahankan hak orang Melayu dari tergadai, mereka bersedia berjihad untuk mempertahankan tanah yang nyata sehingga 2011dalam hasil pencarian yang di buat masih tertera Tanah Rizab Melayu dan berstatus tanah pertanian.
Tidak masuk akal apabila tanah yang nyata Tanah Rizab Melayu dan berstatus pertanian boleh di dirikan Memorial Park, yang di jadikan perusahaan kawasan perkuburan berbayar untuk bangsa cina untuk mendapat ke untungan yang lumayaan kepada pihak pengusaha.
Jika hendak di ambil kira Pihak pengusaha Memorial Park langsung tidak mengambil kira sensitiviti perkauman yang di kawasan sekelilingnya majoriti berbangsa Melayu malahan didiriakan di atas Tanah Rizab Melayu.
Untuk pengetahuan semua, kini kes ini di bawa ke Mahkamah di atas hasil usaha Jawatankuas Bertindak tersebut untuk mendapat pengadilan hak bangsa Melayu yang cuba di pertikai pengusaha Memorial Park.
Team Media Kedah menyokong penuh tindakan yang diambil Jawatankuasa Bertindak tersebut kerana ternyata tindakan yang di buat pengusaha Memorial Park meneruskan projek perniagaan mereka adalah demi keuntungan pihak tertentu yang membuat kawasan perkuburan sebagai satu perniagaan yang menguntungkan.
Jika hendak di kira kawasan perkuburan yang telah tersedia ada kepada bangsa Cina, hanyalah 3 kilometer dari kawasan yang hendak di bangunkan Memorial Park Sungai Kob malahan masih terdapat banyak tempat yang kosong, ini menunjukan Jawatankuasa Bertindak tidak menafikan hak bangsa lain di Sungai Kob,Kulim tapi mereka memperjuangkan hak orang Melayu ke atas Tanah Rizab Melayu.
Sumber :-Team Media Kedah
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!