Wednesday, June 6, 2012

Video memalukan Anwar terdedah,jangan lepas peluang ini.





Anwar Ibrahim, manusia yang paling banyak berkonspirasi untuk menarik perhatian rakyat,manusia yang cukup pandai bermain dengan kata-kata sehinggakan siapa yang mendengar apa yang di katakannya akan mempercayainya bulat-bulat, bulan dan bintang sebagai janji untuk mengukuhkan apa yang di perkatakannya.l

Namun hari demi hari janji bulan dan bintang memakan dirinya kembali sehinggakan rakyat sudah hilang kepercayaan dan menganggap Anwar merupakan pemimpin pakatan haram yang paling munafik.

Setelah Anwar menyedari rakyat sudah hilang keyakinan terhadapnya, Anwar cuba bermain konspirasi untuk menarik kembali perhatian rakyat terhadapnya, mencetuskan sesuatu perkara yang tak pernah wujud dan mengwujudkannya seolah-olah perkara yang di cetuskannya adalah benar-benar berlaku.

Sebagai contoh konspirasi yang di mainkan Anwar adalah janji 16 september. Tujuan konspirasi 16 september cukup jelas hanyalah menarik perhatian rakyat mempercayai apa yang di perkatakannya supaya rakyat bertambah yakin dengannya dan menipu menyatakan begitu ramai Ahli Parlimen dari BN akan menyertai Pakatan Haram dan Pakatan Haram mampu mentadbir Kerajaan Persekutuan setelah BN ketika itu mempunyai krisis kepimpinan dalam parti.

Hakikatnya kini setelah beberapa kali melalui 16 september hanya seorang sahaja Ahli Parlimen yang melompat ke Pakatan Haram (PKR) iaitu Zahid Ibrahim Ahli Parlimen Kota Bharu, namun akibat ketamakan jawatan yang tidak dapat di sandang Zahid Ibrahim dalam parti PKR,Zahid Ibrahim menyertai parti KITA dan menjadi presiden.

Setelah 16 september sering di mainkan ketika itu oleh Anwar apa yang terjadi adalah sebaliknya,semakin ramai yang meninggalkan Anwar,dan tidak mempercayai dengan kewibawan Anwar sehinggalah tertubuhnya Kelab TIBAI (Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim) yang terdiri daripada Ahli Parlimen yang dahulunya PKR dan rakan-rakan baik Anwar Ibrahim


No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!