Saturday, June 9, 2012

Video Eksklusif !!! PAS di Baling terbukti zalim dan bongkak


Paip air masyarakat merupakan saluran air yang di ambil di satu kawasan tadahan sungai untuk di salurkan terus ke rumah penduduk kampung yang mengunakan khidmat air dari paip air masyarakat.

Kerana kawasan tadahan air sungai yang di gunakan penduduk kampung Iboi, Kupang, Baling sudah uzur setelah 30 tahun berkhidmat untuk masyarakat menyalurkan air ke penduduk kampung Iboi,atas desakan penduduk Kampung Iboi terhadap tauke balak supaya memberi pampasan kerana melakukan pembalakan di kawasan air tadahan mereka supaya dapat di buat di kawasan yang baru jauh dari kawasan pembalakan. Tauke balak telah memberi pampasan seperti yang di minta,namun sikap individu dalam PAS Baling telah mempolitikan isu pemberian pampasan yang di berikan tauke balak.sehinggakan menafikan hak orang lain terutamanya penduduk kampung yang ahli UMNO.

Paip air pun puak PAS nak bezakan paip air UMNO dan paip air PAS sehinggakan mengatakan saluran paip  baru air masyarakat yang di ambil atas Gunung Inas, berhampiran kawasan pembalakan di katakan hak milik PAS kerana PAS mentadbir negeri,sedangkan duit paip air masyarakat dan tempat penakungan air masyarakat di keluarkan oleh tauke balak.

Setelah tauke balak mengetahui sikap zalim PAS Baling, tauke balak terpaksa mengeluarkan duit tambahan setelah merasa kasihan terhadap penduduk kampung yang lain yang tidak menyokong PAS setelah di pinggirkan menikmati pampasan kali pertama yang di berikan kepada seluruh penduduk kampung.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!