Kisah dari sahabat Pisau Kedah, Medan Tempur Kedah
Semalam Pas Kuala Kedah menganjurkan himpunan hijau menuju Putrajaya dengan membawa abby abadi sebagai penceramah.Kehadiran dianggarkan seramai 1000 hingga 1500 sahaja.
Tapi yang peliknya hanya Nasir Mustafa yang beriya iya hadir dan meraikan abby dalam himpunan itu, tapi kelibat Phahrolrazi dan Amiruddin langsung tidak nampak..
Sedangkan dalam banner ada gambar mereka bertiga? Adakah pertelingkahan merebut kuasa dalam Pas Kuala Kedah masih belum selesai? Sehingga mereka langsung tak boleh bertentang muka??
Kemelut krisis dalaman Pas Kuala Kedah makin memuncak disebabkan ketidak sehaluan pemimpin pemimpin ini..Ahli pas sendiri sudah berpecah kepada tiga kumpulan..
Berbalik kepada himpunan Hijau Kebanyakkan yang hadir hanya mahu bergambar dengan Abby sahaja..Antara ucapan abby abadi semalam, beliau ada menyebut 'dalam UMNO tidak ada ciri ciri Islam, hanya PAS sahaja ada ciri ciri Islam'.
Selepas itu bila org bertanya abby bila nk sertai PAS, abby kata 'insyaAllah akan tiba masanya dia akan sertai Bob Lokman dan Aishah.
Kesian Abby masih tak boleh beza antara parti politik dan perjuangan Islam..MTK setuju Abby buat perubahan besar dalam dirinya tetapi abby sepatutnya cari ulama ulama yang boleh membimbing bukannya jerumus kedalam politik..
Dalam ceramah abby juga menyentuh soal kepartian..Jadi baguskah jika dalam ceramah kita memburukkan orang? Adakah itu keredhaan yang abby pilih ??
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!