Monday, June 11, 2012

Panas !!! Pendedahan penipuan Azizan Razak terhadap rakyat berkaitan isu Balak


Kenyataan dari Azizan.

"Kita kena ingat peraturan memotong balak ditentukan oleh Dasar Perhutanan Negara dan diwakili dua pihak iaitu Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar.

"Kalau kita lulus tanah tetapi dua pihak tersebut tidak lulus pun kita tak boleh buat projek ini. Jadi projek ini bukan tak ada lesen, semua buat ikut peraturan," katanya ketika ditemui di Padang Awam Pekan Sik di sini baru-baru ini.

Menurut Azizan, untuk beberapa daerah, PMBKed telah mengenal pasti seluas 13,325 hektar tanah untuk diusahakan sebagai Ladang Sejahtera.

"Kerajaan negeri menyasarkan sehingga 2016 seluas 20,000 hektar Ladang Sejahtera akan diusahakan di seluruh negeri ini," ujarnya.

Azizan menjelaskan, dakwaan penduduk di sekitar kawasan Gunung Inas bahawa air sungai di kawasan itu keruh disebabkan aktiviti pembalakan juga tidak benar.

"Kalau musim hujan semua tempat air keruh, tempat jernih pun jadi keruh," ujarnya.

Menurut beliau, pihak-pihak yang mengadakan demonstrasi di pekan Baling baru-baru ini mengenai isu air keruh itu bukan penduduk asal di kawasan Gunung Inas.

"Semua saja buat kacau, macam-macam isu depa kacau sekarang. Yang penting sekarang saya tidak ambil duit rakyat, apa yang kerajaan negeri dapat akan diberikan kepada rakyat," jelasnya.



Pisau Kedah :- 


Azizan Razak, Menteri Besar yang munafik.cuba menipu rakyat dengan sembunyikan fakta !!


Apakah Azizan Razak mahu menafikan ini merupakan penduduk Kampung Iboi?

Bersama pegawai Perhutanan yang di hantar pengarah Perhutanan
Azizan Razak cuba menipu dengan mengatakan pembalakan yang di lakukan mempunyai lesen dari Jabatan Alam Sekitar. Menurut pegawai Perhutanan yang di hantar pengarah Perhutanan, Ladang Hutan / Ladang Rakyat masih dalam proses memohon EIA ( Environmental Impact Assessment ) dari Jabatan Alam Sekitar,bagaimana Azizan Razak boleh katakan 


"Kita kena ingat peraturan memotong balak ditentukan oleh Dasar Perhutanan Negara dan diwakili dua pihak iaitu Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar.

"Kalau kita lulus tanah tetapi dua pihak tersebut tidak lulus pun kita tak boleh buat projek ini. Jadi projek ini bukan tak ada lesen, semua buat ikut peraturan," katanya ketika ditemui di Padang Awam Pekan Sik di sini baru-baru ini.


Rintihan dari penduduk kampung

Azizan menjelaskan, dakwaan penduduk di sekitar kawasan Gunung Inas bahawa air sungai di kawasan itu keruh disebabkan aktiviti pembalakan juga tidak benar.

"Kalau musim hujan semua tempat air keruh, tempat jernih pun jadi keruh," ujarnya.

Di sini Pisau Kedah nak menunjukan keadaan yang berbeza di hari yang sama, Sungai yang sama tapi tempat berlainan bagi membuktikan Azizan Razak berbohong dalam kenyataan di atas.


Gambar di atas adalah gambar di mana sungai Lata Chelak tempat pelancongan satu ketika dahulu yang di penuhi keriangan dan kini terbiar sunyi dengan pencemaran akibat pembalakan yang tidak terkawal





Gambar di atas laluan sungai yang di timbus dengan tanah dan air hanya mengalir mengikut saluran batang balak yang berlubang, gambar ini di ambil semasa di awal kawasan pembalakan yang masih aktif.

Bagaimana yang Azizan Razak kata dapat kebenaran dari Jabatan Alam Sekitar, sedangkan menjadi satu kesalahan sekiranya menutup laluan sungai, seperti yang di lakukan dalam gambar.



Gambar di atas ini, Pisau Kedah ambil di kawasan pertengahan pembalakan, menunjukan keadaan cukup teruk.

Ketika gambar ini di ambil, cuaca tidak hujan, berbeza seperti apa yang di perkatakan Azizan Razak,"ketika hujan semua tempat air keruh" bagi menafikan bahawasanya pembalakan merupakan penyebab sungai menjadi keruh..

Pisau kedah berharap anda jangan terkejut  dengan gambar yang akan Pisau Kedah paparkan di bawah ini, keadaan cukup berbeza seperti gambar sungai yang Pisau Kedah pamerkan di atas.



Ini adalah keadaan Sungai Lata Chelak yang di ambil ketika Pisau Kedah tiba di kawasan puncak  yang belum di ambil balak , keadaan cukup jernih berbeza dengan warna air yang mengalir d kawasan pembalakan sedangkan mengunakan aliran air sungai yang sama.

Apakah Azizan Razak masih mahu menafikan. Air sungai keruh di sebabkan pengambilan balak yang tidak terkawal?

Apakah Azizan pernah meninjau kawasan pembalakan sehingga ke atas puncak seperti geng Team Media Kedah lakukan untuk membuktikan siapa yang pembohong ??

Apakah Azizan Razak sangup terima cabaran dari orang kampung supaya meminum  air sungai yang di jadikan kawasan sumber air seharian penduduk kampung.



No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!