Friday, June 15, 2012

Panas !!! CEO PMBKed dan Sanusi di cabar minum air keruh akibat pembalakan


Kecewa betul Team Media Kedah baca kenyataan akhbar dari seorang Setpol MB seperti Sanusi ni. Sanusi menyatakan bahawa air dari Lata Chelak, Gunung Inas hanya tercemar sedikit sahaja. Team Media Kedah percaya, Sanusi sendiri tak pernah turun ke kawasan pembalakkan tu.. jadi macam mana dia boleh kata hanya sedikit tercemar?
Sanusi Setpol MB kata air tercemar hanya minimum!! 

Apabila Pisau Kedah dan rakan-rakan Team Media Kedah mendedahkan mengenai pembalakkan di Gunung Inas mengancam keselamatan penduduk kampung, apabila air bersih diganggu, kawasan rekreasi Lata Chelak musnah dan terjadinya pencemaran alam sekitar yang hebat. Pisau Kedah rasa, isu tu sudah mengegarkan pejabat dan kerusi MB Kedah.

Hingga mendorong MB Kedah menjawab dan berbohong mengenai EIA. Team Media Kedah tahu, ada sesetengah tempat kawasan pembalakkan untuk Ladang Hutan memang ada EIA, tapi bagi kawasan Gunung Inas, memang EIA tidak pernah di pohon untuk di proses. Semua ini boleh di confirmkan dengan Jabatan Alam Sekitar jika mahu bukti. Malah pengarah Jabatan Alam Sekitar  Kedah juga telah mengesahkannya.
Pengarah JAS turun padang untuk melihat keadaan (berbaju biru)
Apa yang paling menyedihkan Team Media Kedah, apabila masalah rakyat dipolitikkan Pas dengan mengambil sikap lepas tangan. Setiausaha Politik MB Sanusi Md Nor memandang ringan keperluan air bersih penduduk kampung Iboi. Malah menipu pula dengan mengatakan air dari Lata Chelak hanya tercemar tahap minumum. Andaikata Team Media Kedah ceduk air Lata Chelak, apakah Sanusi dapat meminumnya selepas di masak?


Video diatas, adalah penerangan dari CEO PMBked yang diarahkan merepek mengenai Ladang Hutan dan getah negara.

Hang dok merepek apa tu..

Jawapannya senang saja, kalau hangpa nak tanam seluruh Kedah dengan Balak Getah tu.. tanam la.. tapi jangan sampai menyusahkan orang. Jangan sampai menganggu kehidupan orang lain, jangan sampai menyusahkan rakyat. Nak mandi susah, nak minum susah, nak makan pun susah. Andaikata kalau kehidupan hangpa semua diganggu, bagaimana rasanya? Nak kami buat ka?

Gambar air dalam gelas diatas Team Media Kedah ambil ketika berkunjung ke salah sebuah penduduk kampung Iboi. Air dalam gelas tu adalah air paip yang disalurkan dari kawasan tadahan air Gunung Inas. Disebabkan air dah bertukar warna jadi macam tu. Penduduk kampung terpaksa membeli air mineral untuk minum dan masak. Mandi dan membasuh masih boleh gunakan air ni, tapi baju putih bertukar warna jadi coklat.

Kali ni Team Media Kedah nak cabar CEO PMBked dan Sanusi Md Nor.. andaikata kalau Team Media Kedah masak air dalam gelas diatas.. apakah dua orang PEMBOHONG ni sanggup minum?

Sebelum  akhiri artikel ini, Team Media Kedah sertakan sekali video rintihan penduduk kepada Pegawai Perhutanan mengenai nasib mereka. Pegawai perhutanan pun macam batu jugak!

Sanusi Md Nor dan CEO PMBked, tah apa namanya tu.. Team Media Kedah CABAR HANGPA! HANGPA KATA AYAQ DARI LATA CHELAK TU TAK TERCEMAR, KALAU BETUL LAH TAK TERCEMAR, HANGPA MINUM AIR TU DI DEPAN SEMUA RAKYAT KEDAH. Kita turun kesana ramai-ramai dan kita tengok sama ada dua orang ni berani minum ke tak!

Makin teruk perangai Pas Kedah ni. Demi kuasa dan wang, mereka sanggup buat rakyat sengsara. Demi kuasa dan wang juga mereka sanggup menipu dan membohongi rakyat untuk matlamat mereka tercapai. Kononnya buat kerja cara ISLAM, menindas rakyat tu cara orang Islam ka?



Nantikan pendedahan demi pendedahan berkenaan pembalakan gunung Inas yang di gondolkan tanpa kawalan sehingga menyebabkan penduduk kampung sengsara. 

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!