Thursday, June 14, 2012

Mustafa Ali gagal dalam memberi bukti berkenaan Isu #DUMC


Apa kata Ulama PAS apabila Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS gagal membuktikan penglibatan UMNO dalam serbuan terhadap Gereja Damansara yang pernah mengemparkan Negara ?

Apakah hukum dari segi Islam sekiranya mengfitnah ? dalam isu ini Mustafa Ali boleh di katakan mengfitnah kerana gagal dalam memberi bukti setelah apa yang di tuduhnya terhadap UMNO berkaitan isu murtad DUMC.

Mustafa Ali mengaku tiada bukti semasa tuduh UMNO 

SHAH ALAM 14 Jun - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengaku maklumat yang diperoleh daripada kakitangan JAIS berhubung penglibatan UMNO dalam serbuan terhadap Gereja Damansara Utama tidak disokong oleh sebarang bukti dalam bentuk dokumen, semasa memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini. 
Mustafa menyatakan demikian semasa perbicaraan kes saman Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed mewakili UMNO Selangor terhadap beliau bagi menuntut ganti rugi RM10 juta kerana didakwa memfitnah parti itu dalam satu artikel yang disiarkan oleh akhbar Harakah edisi 19-21 Ogos tahun lalu. - UTUSAN


Bagi PAS yang mengaku terlebih Islam dalam parti mungkin tak akan rasa bersalah bila ternyata Setiausaha Agungnya mengfitnah kerana tak dapat membuktikan apa yang di tuduhnya.

Setiausaha Agungnya tak perlu meminta maaf kerana dosanya mengfitnah tak menjadi satu masalah kerana PAS sendiri mampu menghadiahkan Syurga kepada siapa saja yang di sukainya, Syurga yang mana tu Pisau Kedah tak tahu la nak kena tanya ulama PAS, sebab setahu Pisau Kedah, Syurga yang wujud merupakan hak milik Allah S.W.T. dan Allah S.W.T maha mengetahui siapa yang layak berada di syurga yang di ciptakan.

Kalau Ulama PAS berpegang pada Al-Quran dan bukannya ulama politik semata-mata, Pisau Kedah rasa patut Ulama PAS menasihati Mustafa Ali apa hukumnya apabila menuduh tanpa sebarang bukti itu pun kalau Ulama PAS ada teloq menegur Setiausaha Agungnya.



No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!