Monday, June 4, 2012

Benarkah Himpunan Hijau di Kedah lebih Islamik??


Pisau Kedah berada dalam majlis ini untuk melihat sendiri bagaimana kehebatan Himpunan Hijau yang di katakan mahu mengumpul 100,000 golongan muda PAS seluruh Malaysia untuk membuktikan pada BN,golongan muda Islam memilih PAS untuk ke Putrajaya.

Apa yang Pisau Kedah dapat lihat ketika berada dalam kelompok penyokong PAS,Pisau Kedah dapati tidak lebih dari 60,000 orang yang hadir dari seluruh pelusuk Malaysia ketika di malam kemuncak Himpunan Hijau pada 01/06/2012.

Sebagai mengukuhkan kenyataan Pisau Kedah yang mengatakan tidak melebihi 60,000 orang yang hadir ketika kemuncak Program Himpunan Hijau PAS adalah

1) Kapasiti tempat duduk stadium yang boleh memuatkan tidak melebihi 35,000 orang (maksimum) namun apa yang dapat di lihat tidak sepenuhnya di penuhi tempat duduk..

2) Keadaan di dalam padang juga tidak penuh, hanya di anggarkan tidak melebihi 25,000 orang yang berada di dalam padang kerana keluasan padang tidak lebih dari 150 m x 80 m,yang sukar memuatkan kapasiti 25,000..

Jika di campur kapasiti kepadatan di antara tempat duduk stadium dan keluasan padang,terlalu sukar memuatkan lebih dari 60,000 dalam sesuatu masa.

Stadium Darul Aman, Alor Setar



Keburukan dalam Himpunan Hijau di Stadium Darulaman


Apa yang Pisau Kedah dapat lihat,PAS kini tak kisah dengan keadaan lelaki dan perempuan bercampur dalam satu majlis, Muslimah PAS sudah hilang rasa malu ketika berhimpit-himpit masuk stadium dan keluar stadium. Malahan apa yang Pisau Kedah dapat lihat golongan Muslimah yang memakai purdah sudah rasa hilang rasa malu untuk berhimpit untuk masuk dan keluar stadium.

Jika dalam suasana seperti ini di lakukan pihak UMNO pastinya dengan cepat menunding jari pada UMNO dan menuduh tidak islamik kerana membenarkan percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu majlis. Namun jika suasana yang sama berlaku terhadap PAS yang mengaku memperjuangkan Islam,tidak pulak di katakan tidak Islamik.

Ini terbukti apa yang di katakan PAS terhadap UMNO sebagai parti yang tidak Islamik hanyalah kenyataan berat sebelah kerana sekiranya dalam keadaan majlis yang bercampur gaul lelaki dan perempuan,UMNO tidak islamik,PAS pulak Islamik

Jika nak di ikutkan PAS boleh mengasingkan tempat duduk di antara lelaki dan wanita di dalam Himpunan Hijau,kerana stadium Darulaman menpunyai banyak pintu masuk untuk PAS mengasingkan laluan wanita dan lelaki dan tidak perlu berhimpit-himpit antara lelaki dan perempuan untuk berada di dalam satu kawasan








Gambar di atas adalah gambar di mana satu program yang di adakan BN sehari selepas PAS mengadakan Himpunan Hijau di Kedah, Program " BN Pilihan Orang Muda "yang bertempat di Dewan Institut Perguruan Darulaman (IPDA). Di anggarkan lebih dari 10,000 orang muda yang hadir,tetapi kapasiti keluasan dewan hanya boleh memuatkan 8,000 0rang,dan lebih dari 2,000 orang berada di luar dewan.

Apa yang anda dapat lihat adalah pengasingan antara lelaki dan wanita muda di dalam program "BN Pilihan Orang Muda".

Bukan pengasingan antara golongan muda seperti ini yang patut di lakukan PAS yang mengaku mereka parti yang bercirikan Islamik bukannya membiarkan percampuran antara golongan lelaki muda dan wanita muda di dalam satu program.



Bagaimana seramai ini ketika berpusu-pusu keluar dan masuk,himpit menghimpit antara
lelaki dan perempuan,dan apa yang Pisau Kedah nampak ketika berpusu keluar golongan
muslimah muda sudah rasa hilang malu untuk berhimpit dengan lelaki.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!