SHAH ALAM: DAP mengambil keputusan untuk berdiam diri terhadap kenyataan
bekas naib pengerusi, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang dianggap
penuh emosi.
"Saya rasa Tunku Aziz ini berada dalam tahap terlalu emosional sehingga
beliau mengeluarkan bermacam-macam kenyataan," kata Setiausaha
Organisasi DAP Kebangsaan, Teresa Kok ketika dihubungi AntaraPos.com
sebentar tadi.
Katanya lagi, DAP mengambil pendekatan tersebut selepas menyedari
tindakan Tunku Aziz yang cuba mencanang kepincangan dalam DAP setelah
beliau mengambil keputusan untuk keluar parti awal minggu lalu.
"Dengan situasi Tunku Aziz sekarang, cakap yang bukan-bukan, adalah lebih baik untuk kami untuk tidak balas balik," tambahnya.
Ditanya mengenai dakwaan bekas Senator itu cuba "dirasuah" oleh
kepimpinan DAP agar beliau kekal bersama parti itu, Teresa berkata
tuduhan harus disertakan dengan bukti.
"Saya tidak tahu macam mana mahu menjawab tuduhan seperti itu tanpa bukti," tegasnya lagi.
Tunku Aziz yang bertindak keluar parti secara lantang mengkritik DAP
menerusi media arus perdana dengan mendedahkan dakwaan ketidaktelusan
parti itu dalam aspek pentadbiran di negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Beliau turut mendakwa taktik kotor Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
yang menghubungi beliau untuk memujuknya agar tidak keluar parti selain
tawaran menjadi Felow Kanan Institut Penang dan ganjaran elaun RM50
ribu menerusi setiausaha politiknya Zairil Khir Johari.
Namun ahli politik veteran itu menegaskan bahawa beliau tidak akan
sekali-kali mengubah keputusannya dan kembali menyertai DAP walaupun
dipujuk untuk berbuat demikian.
Tunku Aziz menegaskan bahawa beliau sebagai seorang ahli politik yang
berprinsip dan pendirian beliau untuk meninggalkan DAP dibuat
berdasarkan pertimbangan rasional tanpa dipengaruhi emosi. -
antarapos.com
watch out LGE... dengar kata dia tak cakap kosong .
ReplyDeleteIt's about time :)
ReplyDelete