DAP ialah singkatan kepada Democratic Action Party.Namun nama itu tidak seindah rupa.Ini bila Naib Pengerusi Kebangsaan parti itu menjadi korban pandangan ikhlasnya mengenai gejala negatif tentang himpunan Bersih 28 April lalu yang bertukar ganas.
Tempoh jawatan beliau sebagai Senator yang dijadual berakhir 30 Mei ini tidak akan dilanjutkan.
Jawatan Senator boleh disandang selama dua penggal enam tahun yakni tiga tahun satu penggal.
Perkara itu disahkan oleh Tunku Abdul Aziz sendiri kepada Bernama ketika ditanya mengenai laporan portal berita bahawa tempoh keanggotaan beliau sebagai Senator, yang akan berakhir pada 30 Mei ini, tidak akan diperbaharui.
“Ya, perkara itu (tidak dilantik semula) benar. Itu cuma pengorbanan yang kecil,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis jamuan perpisahan bagi meraikan anggota Dewan Negara yang tamat tempoh perkhidmatan di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur Rabu.
Tunku Abdul Aziz mengesahkan bahawa ia adalah susulan kenyataannya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Negara 24 April lepas yang secara terbuka menolak perhimpunan dirancang badan bukan kerajaan dan disokong pembangkang di Kuala Lumpur 28 April lepas.
Beliau antara lain menduga keadaan yang tidak terkawal pasti akan berlaku dari perhimpunan seumpama itu.
Tunku Abdul Aziz menyertai DAP pada 2008 dan dilantik sebagai Senator pada 2009 bagi kuota kerajaan negeri Pulau Pinang.
Beliau merupakan segelintir kecil orang Melayu yang bergiat aktif dalam parti itu – Agendadaily
Pisau Kedah :-
Ternyata DAP tidak menghormati orang melayu,DAP hanya mempergunakan orang melayu hanya untuk mencapai cita-citanya menjadikan negara Malaysia sebagai Negara Republik.Tambahan DAP sekarang boleh mendabik dada dengan mendapat bantuan dari orang melayu sendiri untuk membantu DAP ke arah memperjuangkan Negara Republik.
Sedarlah tujuan utama DAP hanya menjadikan negara ini negara Republik,melupuskan hak-hak orang melayu yang terkandung dalam perlembagaan -Perkara 153 Perlembagaan Malaysia-
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!