Tahniah di ucapkan kepada muka-muka di bawah ini,anda bakal mendapat penghargaan dari pihak Polis.49 0rang bakal mendapat anugerah yang tidak terhingga dari pihak polis di atas pengorbanan mereka semua ini demi menjilat Anwar dan Ambiga cukup bererti.
KUALA LUMPUR 2 Mei - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menegaskan bahawa mereka akan memburu dan menangkap semua perusuh yang bertindak ganas mencederakan anggota polis dan petugas media sepanjang perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada Sabtu lalu.
Tindakan tegas itu diambil dan polis kini dalam usaha mengenal pasti mereka yang terlibat dalam rusuhan itu yang bukan sahaja mencemarkan imej ibu negara malah turut mengakibatkan jumlah kerugian yang banyak.
Bagi memastikan kesemua peserta perhimpunan Bersih 3.0 yang terlibat ditangkap, polis akan mengedarkan gambar-gambar individu yang terlibat dalam insiden keganasan dan kekecohan itu tidak lama lagi.Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin, satu sidang akhbar berhubung perkara itu akan diadakan dalam tempoh terdekat.
"Proses siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti individu-individu tersebut. Melalui gambar-gambar yang akan diedarkan, kita meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil membantu siasatan," katanya kepada pemberita di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu berakhir dengan keganasan apabila pesertanya bertindak biadab dan ganas dengan merosakkan harta benda awam selain mencederakan 13 anggota polis dan dua petugas media.
Pisau Kedah:-
Tu la,tak ada penyakit cari penyakit,,Ambiga tak akan bertanggungjawap katanya..la ni cuba hampa pikiaq siapa yang bodoh??
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!