ALOR SETAR – Semua calon Umno yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang layak menjadi Menteri Besar, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bakar Bata itu berkata, calon Menteri Besar akan ditentukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak setelahBarisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali Kedah.
“Yang penting sekarang ialah fokus dan bekerja keras untuk menang…lepas itu kita lihat siapa lebih layak (jadi Menteri Besar),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus ketua unit PRU-13 Parlimen Alor Setar di sini Ahad.
Ahmad Bashah berkata, spekulasi bahawa timbalannya Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir bakal menjadi Menteri Besar Kedah dan akan bertanding kerusi DUN pada PRU-13 sengaja ditimbulkan oleh pihak luar bertujuan memecah-belahkan Umno negeri.
“Umno tidak perlu tonjolkan sesiapa untuk jadi Menteri Besar kerana calon yang bakal bertanding pun tidak dihebohkan,” katanya sambil meminta semua media elektronik, cetak termasuk blog segera menghentikan spekulasi tersebut. – BERNAMA
Ramai pengundi tua muda dan seluruh rakyat di Kedah amat mahu Dato Mukhriz sebagai MB Kedah nanti bila BN menang.
ReplyDeleteKedah perlu tokoh yg berkelulusan dan wawasan politik,ekonomi,masyarakat,pendidikan,Islam dan strategi yang mantap.
Inilah masa depan Kedah.
Kedah kena bermula dari sekarang untuk merampas semula dari PAS.
UMNO Kedah kini termasuk Bahagaian-Bahagian seolah-olah tidak ada strategi nak hadapi pilihanraya.Masih lagi ber Retorik sesama sendiri.Buat program syok sendiri.Bukan masuk kubu lawan.Asyik masuk kubu sendiri.Golongan tak berparti masih jauh ditinggalkan.
Sebab itu bakal MB Kedah kena sesuai segala aspek.Kalau BN nak menang untuk bentuk kerajaan bakal calon kena tidak ada isu akhlak,maksiat dan macam-macam lagi.
Perlu ingat undi ahli BN sahaja belum cukup untuk menang.
SETUJU
ReplyDeleteMUKRIZ JAUH LEBIH BERKEMAMPUAN KALAU NAK BANDING DENGAN MAT BASHAH
BASHAH HANG JANGAN DOK KALIH SUDAHLA
>biaq bagi bn menang dulu aih...jgn dok kalut sangat berebut nk jadi mb baru...
ReplyDelete>kubu lama perlu ditarbiah....jgn dok kalut masuk kubu lwn...
>
cerita masuk kubu lawan.itulah dongeng umno.
ReplyDeletepi mai pi mai cawangan umno juga yg dok buat program.
bukan dok pikiak pilihanraya.
puak umno dokrancang pasai pemilihan sahaja.hangpa tau tak lagi.
DUN sg limau umno buat apa.DUN Tokai UMNO tak buat pe.DUN lunas pun serupa juga.
aku takut yg dok ada pun terlepas kalau macamini punya dok ada.
sebab itu kedah kena ada pemimpin yg ada jiwa besar dan bagus.bukan macam yg dok ada la ni.tahu dah BN bungkus lagi.
di bahagian lagilah teruk.dok kira siar dalam paper sahaja.itu pun indah habak dari rupa.
Aura tokoh dan pemimpin umno kedah tak ada langsung.Mandom dan lekeh je.
setakat yg aku perhati buat program dok jemput orang dan kroni depa sahaja.tak caya hangpa pi tengok sendiri.
puak lain dok kedai kopi.bila tanya depa pun taktahu apa.
boleh menang ka lagu ni.
coba hangpa pikaik tengok.
dato najib mai 100 kali pun tak jadi.dato najib bertanding di pahang .apa hal kedah,mana ada tokoh hebat dan aura hebat.
Di harapkan PRU kali ini UMNO Bahagian boleh berubah nak hadapi PRU 13..bagi Pisau Kedah yang banyak turun di segenap bahagian alhamdulillah menampakan cahaya kemenangan.mungkin 2,3 tempat lagi masih belum mahu berubah,kekalkan keadaan yang ada ini,inysallah pasti BN dapat menawan kembali Kedah.
ReplyDeleteDi bahagian yang bermasalah mungkin dapat di selesaikan sebelum PRU.masalah yang di timbulkan tak lah sebesar mana pun,,hanya dendam yang boleh merosakan UMNO,dendam terhadap seorang individu,tetapi yang menjadi mangsanya adalah PARTI UMNO,bukan individu terbabit,sikap begini haruslah di buang....perjuangan Team Media Kedah,bukan untuk individu....perjuangan team media kedah untuk parti keramat UMNO..
APA PUN BN OK DI BALING.DENGAN SYARAT CALON KENALAH ANAK TEMPATAN JATI.DAH SERIK DGN ORANG LUAR.
ReplyDeletePRU 13 TITIK TOLAK BN ANAK TEMPATAN BALING.
SENANG BERURUSAN DGN ANAK TEMPATAN.
LAINLAH KALAU MAKAN GAJI BULAN.