Sambil menegaskan beliau setuju bahawa perhimpunan bertujuan untuk mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda adalah haram, perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu bukan bertujuan mencetuskan huru-hara.
"Bagaimanapun, apabila dikaitkan dengan himpunan Bersih 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru-hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata. Mata yang digunakan pula adalah kabur dengan cermin mata yang telah pun rosak.
"Saya menghormati ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dengan setinggi-tinggi perhormatan namun dalam hal ini saya amat berbeza dengan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini," kata beliau dalam satu kenyataan media sebentar tadi.
Semalam, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara.
Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.
"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.
"Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah," katanya.
Jom Lihat Video Kebodohon Nik Aziz
Pisau Kedah tak tau la awat yang Nik Aziz ni merapu gila..Nik Aziz,Pisau Kedah nak bagi tahu makna Demonstrasi adalah berhimpun menyuarakan ketidak puasan hati,jauh berbeza dengan Ibadah kita lakukan terhadap Allah S.W.T.
Tujuan kita beribadah adalah memperhambakan diri kepada Maha pencipta,,apakah ibadah yang kita lakukan bertujuan menyuarakan ketidak puasan hati kita kepada Allah S.W.T ..Ibadah yang di lakukan umat Islam adalah bertujuan menunjukan rasa bersyukur kita pada Allah S.W.T,bukannya menyuarakan ketidak puasan hati.seperti makna "Demonstrasi"
Dalam fatwa Nik Aziz dalam video berkenaan,demonstrasi merupakan hak manusia,,ya itu betul.hak manusia untuk berdemonstrasi sesama manusia,tetapi manusia tiada hak untuk berdemonstrasi terhadap Allah S.W.T..Umat Islam di ajar bersyukur dengan rahmat Allah S.W.T supaya tidak kufur nikmat.
Nik Aziz ada menceritakan dengan jelas bagai mana Isteri-isteri Rasulullah berdemonstrasi menuntut sesuatu perkara,jelas sekali apa yang cuba di sampaikan itu menunjukan Nik Aziz faham apa itu demonstrasi,tetapi yang malangnya apa kaitannya Demomstrasi dengan Ibadah?Ibadah merupakan satu tuntutan dalam rukun Islam,wajib di lakukan.
" Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat , maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " - ( Surah An-Nisaa’ : 103)
Surah ini cukup jelas mengatakan kita di tuntut bersolat dalam keadaan tenteram,,jika kita rujuk pada erti Demonstrasi iaitu berhimpun menunjuk ketidak puasan hati,keadaan ketika itu adalah tidak tenteram.kerana bila dalam keadaan tidak puas hati,kita berada dalam keadaan marah.bagi sesetengah manusia bila berada dalam keadaan marah,boleh membuat ia melakukan sesuatu perkara yang di luar batas-batas manusia normal.apakah Berhimpun untuk bersolat boleh di sama ertikan dengan demonstrasi seperti kata Nik Aziz?
Pisau Kedah :-
Apakah kerana fatwa Nik Aziz ini telah membuat puak-puak PAS merasa mereka tidak bersalah berdemonstrasi BERSHIT..merasa mereka tidak bersalah melakukan keganasan?tidak bersalah menuju ke kehancuran?
Hummp lepas ni Nik Aziz akan menyumpah Pisau Kedah la nampaknya.seperti sebelum ini Nik Aziz mengsialkan semua Blogger..
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!