Jurulatih pasukan bola sepak Kedah Wan Jamak Wan Hassan berkata kekalahan pasukannya di tempat sendiri adalah disebabkan pemain beraksi dalam keadaan tertekan di hadapan penyokong.
Wan Jamak berkata anak buahnya yang tertekan terpaksa bermain bersungguh-sungguh bagi memenuhi hasrat penonton yang hadir di Stadium Darul Aman (SDA)untuk mendapatkan keputusan yang terbaik.
Katanya perkara ini amat membimbangkannya kerana pemain tidak beraksi dengan baik di tempat sendiri berbanding bermain di tempat luar yang mana mereka seolah-olah tiada tekanan dan boleh beraksi dengan baik.
“Saya juga amat kecewa dengan sikap segelintir penyokong yang tidak mengahargai usaha yang dilakukan pemain-pemain sepanjang 90 minit perlawanan untuk menghasilkan gol,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan di SDA di sini, malam tadi.
Katanya beliau juga tidak takut kepada pasukan lawan tetapi takut kepada pemainnya sendiri kerana mereka gagal berfungsi sebagai satu pasukan tetapi bermain secara individu.
Wan Jamak berkata pasukannya mempunyai pemain yang ternama seperti Badrol Bakhtiar dan Mohd Khyril Muhymeen Zambri yang tidak berfungsi sebagai satu pasukan dan ini mengundang kepada kekalahan di gelanggang sendiri.
Pada saingan Liga Super malam tadi, Kedah gagal mengutip tiga mata penuh setelah tewas 1-3 kepada PKNS Selangor menerusi jaringan gol Helmi Loussaief dan Mohd Nizaruddin Yusof pada minit ke-45 dan ke-51.
Penyerang import Kedah dari Croatia, Vedran Gerc merapatkan kedudukan menerusi jaringan pada minit ke-58 menerusi penalti sebelum Rudie Ramli melengkapkan kemenangan PKNS dengan menjaringkan gol ketiga pelawat pada minit ke-79.
“Saya akui ada pemain yang tidak menunjukkan prestasi baik dan kesilapan yang dilakukan oleh pertahanan menyebabkan terpaksa membuat rombakan terhadap pertahanan disebabkan dua pemain utama iaitu Azmizi Azmi dan Khairul Helmi Johari digantung perlawanan.
“Saya terpaksa meletakkan pemain muda di bahagian pertahanan walaupun bukan posisi asal mereka. Beberapa kesilapan dan salah faham antara pemain menyebabkan pasukan lawan dapat membolos gawang pasukan,” jelas Wan Jamak. – Bernama
Kenyataan yang tidak berasas dari jurulatih Kedah Wan Jamak apabila meletakan penonton sebagai penyumbang kekalahan Kedah..Wan Jamak perlu tahu harapan penonton apabila berada di stadium adalah melihat pasukannya menang,,tak ada gunanya kalau penonton datang dari jauh kalau tidak mengharap pasukannya menang.
Sepatutnya Wan Jamak perlu melihat dari sudut lain untuk di salahkan,,dari segi pengurusan KFA yang nyata gagal di dalam membuat pengurusan skuad kenari.di tambahkan ketidak fahaman antara pemain dan juga jurulatih.apakah pihak pengurusan dan juga jurulatih mahu selindung kesalahan meraka dan menunding kesalahan kepada penyokong..
Keadaan semangat Skuad Kenari cukup berbeza di antara sekarang dan juga zaman pengurusan di bawah Datuk Osman Aziz dan juga jurulatih Azraai Khoor.semangat pemain cukup membara untuk menang,,di masa itu harapan penyokong juga seperti harapan mereka sekarang ini yang mahu melihat pasukan kesayangan mereka menang,namun mengapa boleh berada di dalam keadaan cemerlang.tidak pulak di katakan mendapat tekanan dari penyokong..
Logik atau tidak kalau Kedah kalah punca dari penyokong?cuba kita lihat balik dari awal bermulanya sepak mula perlawanan bola sepak di Malaysia,berapa kali Kedah menang?
tapi kelantan tetap menang gak walaupun dipenuhi dengan penonton dan ini membawa kemenangan.
ReplyDelete