Saturday, May 5, 2012

Panas!!! Ismail Mina Bidas PAS yang mahu bersama pengamal LGBT,untuk merosakan pemikiran umat Islam dalam BERSIH 3.0.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, adalah haram bagi umat Islam menyokong Datuk S.Ambiga kerana Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) itu merupakan pejuang tegar kepada amalan seks songsang di negara ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga tokoh agama berkata, umat Islam yang terlibat
dalam perhimpunan Bersih wajib malu kerana dikepalai oleh pejuang yang menyokong perkara bercanggah dengan agama.“Sewajarnya umat Islam menjauhi pemimpin seperti ini dan membuat pilihan lebih tepat dengan memilih ketua yang selayaknya dan melakukan perhimpunan di lokasi tertutup dalam menuntut sesuatu perkara,’’ katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berdasarkan fatwa ulama tersohor dunia, Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi berhubung amalan LGBT iaitu umat Islam dilarang makan dan minum bersama dengan pengamal serta penyokong seks songsang, apatah lagi, jika berada di belakang individu yang cukup dikenali sebagai penyokong kuat amalan tersebut.

Ismail Mina menegaskan, kredibiliti Ambiga wajar dipertikaikan pengikut perhimpunan tajaan pembangkang itu, gara-gara beliau tidak mempunyai hubungan dan pemikiran yang bersih.“Di mana bersihnya Ambiga apabila sudah terang lagi bersuluh bahawa beliau selama ini jelas memperjuangkan hak golongan LGBT di negara ini.

“Jika dinilai melalui perspektif mana-mana agama terutama Islam, Ambiga sama sekali tidak layak mengetuai apa-apa disebabkan beliau sudah dikotori najis kekufuran apatah lagi perjuangannya dalam perhimpunan tersebut hanyalah daripada suara minoriti masyarakat dalam negara sahaja,” katanya.Beliau berkata, kerajaan sudah memberikan kebebasan bersuara dan berhimpun, oleh itu rakyat perlu belajar memahami erti demokrasi.

‘‘Demonstrasi jalanan hanya menyusahkan orang ramai yang tidak terlibat dan sewajarnya Bersih tahun lalu dijadikan pengajaran,” katanya lagi.Sementara itu, Pengerusi Yayasan Darul Quran Wal Hadith, Datuk Rameli Musa berkata, kebanyakan penggerak Bersih terdiri daripada ahli Pas, sepatutnya mereka memilih pemimpin yang jelas akidah dan bersih daripada ideologi menyesatkan umat Islam.

‘‘Sejak kebelakangan ini, Ambiga bukan sahaja dilihat menyokong perjuangan LGBT malahan mempromosikannya di negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam,’’ katanya.

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!