Sunday, May 20, 2012

Panas !!!! BERSIH 4.0 akan di adakan 25 hb ini..harap sedia maklum


 
KUALA LUMPUR 20 Mei - Sekumpulan 60 peniaga merancang untuk berniaga di kawasan kediaman Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara pada Khamis dan Jumaat ini. 
Menamakan tindakan mereka sebagai “Bersih 4.0 - Mencucikan Bersih 1,2,3", peniaga terbabit berbuat demikian bagi menampung kerugian mereka akibat perhimpunan yang bertukar ganas yang dianjurkan Ambiga di ibu kota pada 28 April lepas. 
Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md. Yunus berkata, mereka akan berniaga pelbagai barangan, makanan dan minuman dari pukul 3.30 petang sehingga 8 malam pada hari terbabit. 
"Kami berharap dapat memperoleh kembali kerugian akibat perhimpunan itu. Dianggarkan setiap peniaga boleh mendapat antara RM300 hingga RM500 sehari jika berniaga di kawasan itu (kediaman Ambiga)," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini. - BERNAMA


2 comments:

  1. amin dapat la tebus rugi peniaga2 tu semula.....

    ReplyDelete
  2. amin moga peniaga2 yg rugi dapat tebus semula kerugian yg lepas....

    ReplyDelete

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!