Tuesday, May 22, 2012

Panas !!! Anwar,Azmin Ali dan Chegu Bard akan di hadapkan muka pengadilan pada 9.00 pagi ini


Akhirnya Ketua Pakatan Haram,Anwar Ibrahim,Azmin Ali,Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Che gu Bard akan di hadapkan ke muka pengadilan hari ini ,dan akan di dakwa mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan iaitu hadir dalam perhimpunan yang di larang dan Seksyen  4 (2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012.



Pertuduhan yang terbitkan malaysiakini
Menurut writ saman tersebut, Azmin dituduh melanggar Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 109 dan Seksyen 34 kanun yang sama. 
Dia dituduh bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April. 
Azmin dituduh bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh dan Farhan membuka sekatan besi halangan di Dataran Merdeka. 
Notis itu juga menyatakan keengkaran mereka dan penyokong BERSIH 3.0 yang lain mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan tersebut. 
Oleh itu, beliau dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 188 dibaca bersama Seksyen 109 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574).
Dalam notis yang berasingan, Azmin dituduh menyertai protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang telah dibuat pada 26 April 2012. 
Dengan itu, Azmin dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) Akta yang sama.
Arahan melalui isyarat tangan. 
Sebelum ini, R. Tangam, Timbalan Ketua PKR Cabang Rasah, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas pertuduhan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga enam bulan, atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Pada hari kejadian, Tangam bersama Azmin melihat komunikasi isyarat tangan dengan Anwar.
Tangam didakwa bersama-sama “Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil” mengingkari perintah majistret Zaki Asyraf Zubir dengan menghadiri perhimpunan berkenaan yang dilarang dan seterusnya menyebabkan kegusaran kepada anggota-anggota polis yang bertugas di kawasan Jalan Raja Laut pada hari yang sama. 
Aktivis PKR itu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan tersebut di Jalan Raja Laut, pada kira-kira pukul 3 petang. 
Pada 28 April, sekitar jam 12.55 tengahari, Anwar ketika berucap di Masjid Negara memberitahu para penyokongnya, perarakan ke Dataran Merdeka adalah penting untuk ‘memerdekakan’ dataran tersebut yang disifatkan kini dataran itu sebagai ‘Dataran Penjajah’.
“Kita akan merdekakan Dataran Merdeka hari ini,” katanya sambil disambut dengan laungan ‘reformasi’ oleh peserta himpunan. 
Manakala menjelang detik-detik rempuhan para penyokongnya ke Dataran Merdeka sehingga berlaku ‘pergelutan’ rakyat dan polis, Anwar sekali lagi berucap dengan kata-kata yang membangkitkan semangat peserta dengan laungan ‘hidup..hidup..hidup Rakyat…Merdeka’.
Selepas Anwar selesai berucap, beliau duduk bersebelahan dengan Mazlan Alimin dan memberi isyarat tangan kepada Azmin Ali sambil disaksikan Tangam. 
Tangam yang mendapat pengesahan Azmin, seterusnya bertindak membuka penghadang untuk membolehkan para peserta BERSIH meemasuki secara beramai-ramai ke Dataran tersebut.
Tidak lama selepas itu, berlaku ‘pergelutan’ di antara peserta dengan polis kerana peserta telah memasuki satu kawasan yang diputuskan kawasan larangan oleh mahkamah. 
Dalam pada itu, Anwar pula bertindak sebaliknya, tidak memasuki kawasan larangan tersebut dan menghilangkan diri di tengah-tengah kekecohan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!