Tuesday, April 10, 2012

Video yang menyayatkan hati,anak yatim bersama Mahasiswa #AmanKampus


"Masyarakat hanya ingat kami pada bulan Ramadhan sahaja, selepas itu masyarakat mula lupakan kita..." - penghuni Rumah Harapan Puteri dan Puteri (YAATIM)

Kata-kata ini diluahkan kepada saya oleh salah seorang penghuni asrama anak-anak yatim Rumah Harapan Putera & Puteri yang terletak di Taman Sabariah, Pengkalan Chepa Kelantan.

Jawapan yang jujur ini diluahkan apabila saya sempat bertanyakan kepada mereka ketika melawat anak-anak yatim di rumah berkenaan bersama mahasiswa Jelajah Aman Kampus.

Mendengar kata-kata ini membuatkan saya terkedu serta sebak dan terfikir sejenak tentang apa yang dinyatakan oleh adik perempuan yang telah menetap di asrama tersebut selama 4 tahun. Jika difikirkan kembali memang ada kebenaran dengan apa yang diluahkan olehnya.

Kita dapat melihat dengan jelas 'keghairahan' orang-orang kaya, syarikat-syarikat korporat meraikan anak-anak yatim di hotel bertaraf 5 bintang setiap kali tiba bulan Ramadhan. Tetapi selepas itu kita seolah-olah terlupa untuk meraikan dan menggembirakan mereka.

Hanya di bulan Ramadhan kita dapat melihat pelbagai pihak tampil meraikan anak-anak yatim dengan membawa mereka ke hotel-hotel mewah untuk menikmati hidangan bercitarasakan luar negara yang mana kadang-kala makanan yang dihidangkan kepada mereka sikit pun tidak mengikut selera mereka.

Mereka tidak meminta disumbangkan barangan yang mewah-mewah, bagi mereka jika ada yang sudi melawat dan membawa sebiji gula-gula atau pun aiskrim itu sudah cukup menggembirakan hati mereka.

Kerana apa yang mereka mahukan adalah kasih sayang seorang ibu, ayah, abang, kakak atau seseorang yang boleh jadikan tempat untuk menumpang kasih dan mengadu.

Mengambil kira inisiatif inilah Jelajah Aman Kampus - ASPIRASI MAHASISWA telah mendekati golongan anak-anak yatim ketika mereka berada di kampus Universiti Malaysia Kelantan.






Walaupun jangka masa lawatan yang dibuat oleh abang dan kakak mahasiswa Jelajah Aman Kampus amat singkat, sekurang-kurangnya ia mampu menceriakan mereka lebih-lebih lagi apabila mereka diberikan hidangan KFC oleh Jelajah Aman Kampus.

Mungkin akan ada di antara kita yang berkata, "eleh setakat KFC apalah sangat.." -  tetapi bagi anak-anak yatim ini ianya merupakan hidangan 'mewah' yang mana bukan selalu mereka dapat menikmatinya sebagaimana kita yang hampir setiap hari mengunjungi KFC.

Selain menyelami kehidupan dan kesedihan yang dialami anak-anak yatim penghuni asrama di sana, para mahasiswa ini juga turut berkongsi pengalaman, kejayaan dan bagaimana alam kehidupan di universiti bagi menyuntik semangat adik-adik kecil ini agar belajar dengan lebih gigih supaya mereka juga dapat memasuki universiti di kemudian hari.

Perasaan sebak timbul dalam diri saya apabila melihat wajah adik-adik kecil ini ini menyuap KFC antara satu sama lain. Bagi mereka semua yang mereka perolehi merupakan rezeki yang perlu dikongsi dengan rakan-rakan yang senasib dengan mereka...

SUMBANGAN KEPADA RUMAH HARAPAN PUTERA & PUTERI TAMAN SABARIAH boleh disalurkan ke - Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di no akaun : 03018010050063 



Sumber :-Double Y 


Pisau Kedah :-

Tahniah Aman Kampus,Mahasiswa yang berjaya adalah Mahasiswa yang berguna pada masyarakat,Mahasiswa yang berfikiran positif,Pisau Kedah berharap adik-adik di rumah anak yatim berkenaan jadilah Mahsiswa yang berjaya kelak,berguna pada masyarakat,berguna pada Negara,jangan jadi Mahasewel yang gelap masa hadapannya,hanya tahu memberontak.yang menyusahkan masyarakat,yang menghuru harakan Negara.

Mahasiswa yang berjaya,anda adalah harapan untuk generasi akan datang,jangan hampakan harapan kami yang mahukan ke amanan Malaysia di kekalkan,

"Terima Kasih Aman Kampus kerana memberi harapan untuk hari esok"

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!