Wednesday, April 25, 2012

Tu Diaaa..Nik Aziz dah mula kecut teloq untuk menghadapi PRU13 di Kelantan





TUMPAT 24 April - Barisan Nasional (BN) akan menyediakan manifesto khas pilihan raya untuk Kelantan, yang mengandungi janji-janji "hitam putih" yang akan dikotakannya jika negeri ini kembali diterajui BN, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, manifesto itu akan diperincikan dengan mengambil kira semua kehendak rakyat Kelantan, yang gagal dilaksanakan Pas sejak memerintah negeri ini pada 1990."Kita akan bincang setiap perkara (untuk dimasukkan dalam manifesto).Manifesto ini secara hitam putihnya yang akan BN laksanakan bila menang di Kelantan."Ini tidak seperti manifesto pembangkang yang hanya pandai berjanji tetapi tidak pernah lakukan apa yang dijanjikan itu," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat, warga pendidik, anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Noor Zahidi Omar.Kira-kira 10,000 warga pendidik, anggota Rela, SRS dan masyarakat pelbagai kaum menghadiri majlis itu.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata terdapat sisi kosong yang boleh dimajukan di Kelantan jika BN menguasai negeri ini selaras dengan hasrat BN membawa Kelantan menjadi negeri maju bersama negeri lain dalam tempoh lapan tahun lagi."Negara sudah berganjak menjadi negara paling pesat membangun dan kira-kira lapan tahun lagi kita akan menjadi negara maju dan semua negeri adalah sebahagian untuk bersama-sama merealisasikannya."Ini soal bersama. Kita tidak mahu ada negeri yang ketinggalan dan sebab itu saya mahukan Kelantan bersama-sama kita yang seiring dengan aspirasi iaitu di bawah BN," katanya.

Beliau berkata ramai rakyat Kelantan yang menemuinya bertanya bila pilihan raya akan diadakan kerana mereka mahu memilih BN untuk melaksanakan pembangunan dan kemajuan yang gagal dilakukan PAS."Lihatlah apa yang berlaku sejak 21 tahun ini. Banyak masalah tanah, air, surau, pelaburan dan perniagaan yang gagal dilakukan," katanya.

Beliau memuji kesungguhan Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, yang disifatkannya sebagai individu yang sangat sibuk menguruskan Kelantan semata-mata tidak mahu melihat negeri itu mundur dan membawa rakyat kembali memilih BN. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!