Team Media Kedah sempat menyoal En. Shukri kenapa perlu membuat aduan kepada pihak DBKL? Beliau kata, beliau sakit mata dan sakit hati melihat kelakuan kurang ajar para mahasewel dan mahaseksi yang melanggar undang-undang negara dan DBKL. Malah beliau kecewa dengan DBKL kerana tidak tegas dalam melakukan kerja, tanpa bertindak mengikut undang-undang.
Jika seseorang peniaga boleh diangkut dan di saman oleh pihak DBKL, jika berniaga di dataran merdeka, kenapa peserta demo ni tak boleh dilakukan sedemikian rupa? Apa kebalnya mereka ini? Apakah mereka ni lebih istimewa dari rakyat Malaysia yang lain?
Disebabkan ketidak puasan hati beliau, beliau melakukan dua report mengenai perkara ini, satu kepada DBKL supaya bertindak tegas, satu lagi kepada pihak SPRM supaya menyiasat penguatkuasa DBKL yang gagal bertindak keatas pendemo terbabit.
Rujuk dua lampiran aduan beliau keatas DBKL dan SPRM,
Aduan kepada DBKL
Aduan kepada SPRM
Disebabkan aduan daripada orang ramai, akhirnya DBKL bertindak!! Syabas kepada DBKL kerana mengutamakan majoriti rakyat Malaysia yang benci dan sakit mata melihat kelakuan kumpulan Mahasewel dan mahaseksi kat dataran tu.
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!