Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) merupakan sebuah universiti milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan berdaftar di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia KPT/JPS/DFT/US/K03. Kampus sedia ada terletak di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Difahamkan projek pembinaan kampus KUIN adalah sekitar RM180 juta. Difahamkan juga BDB (Bina Darulaman Berhad – GLC milik Kerajaan Negeri Kedah) membuat pinjaman dari BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad) sebanyak RM340 juta dan Kerajaan Negeri Kedah diwartakan sebagai penjamin pinjaman ke atas cagaran tanah kampus KUIN seluas 1,500 ekar milik BDB.
TINGGAL KENANGAN SAHAJA TAKLAMA LAGI |
Perkara
|
RM
|
Bayaran balik loan setiap tahun selama 15 tahun.
|
40,000,000.00
|
Perbelanjaan penyelenggaraan dan pengurusan.
|
22,000,000.00
|
Jumlah perbelanjaan setiap tahun sehingga projek siap yang perlu disediakan oleh Kerajaan Negeri Kedah
|
62,000,000.00
|
Nilai defisit budget Kerajaan Negeri Kedah berakhir tahun 2010 adalah sekitar RM20 juta. Persoalannya, dari manakah Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan PAS nak cari RM62 juta untuk menyiapkan KUIN?
Dengan defisit RM20,000,000.00 ditambah pula kos penyelenggaraan KUIN RM62 juta, Kerajaan Negeri Kedah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM82 juta hanya untuk pembangunan ini sahaja.
Kalau macam ni la gayanya, boleh muflis Kerajaan Kedah. Dikhuatiri satu hari kelak negeri Kedah adalah negeri yang pertama di dalam dunia akan dilelong untuk membayar kembali hutang bank tersebut.
Patut la jawapan dari Ustat Jijan lebih kurang bunyinya “pinjam dulu pikiaq kemudian……. Esok nu sapa jadi MB pulak pikiaq la macam mana nak bayaq…….pakat-pakat pikiaq”.
TIDAK ADAKAH SECEBIS SIMPATI PADA MASA DEPAN MEREKA? |
Sebelum ini hanya 4 kursus yang ditawarkan untuk pengajian di KUIN iaitu Usulluddin, Bahasa Arab, Syariah dan Fekah dan ianya ditadbir oleh golongan ulama’. Tetapi setelah bertukar kerajaan sebanyak 44 kursus telah ditambah sedangkan penuntut tiada. Bukankah ini satu pembaziran? Golongan petadbir pula ditukar dari golongan ulama’ ke golongan professional. Dimanakah Islamnya itu?
Pembelian mayat sebanyak 5 mayat untuk fakulti perubatan telah menjadi satu pembaziran kerana tiada penuntut. Difahamkan 1 mayat dianggarkan sebanyak RM175,000 X 5 = RM875,000 sudah dibazirkan wang rakyat.
Bagaimanakah hendak membayar hutang bank jika tiada penuntut dan tiada pendapatan yang mengalir masuk ke akaun KUIN? Alamatnya KUIN bakal dilelong tatlama lagi….Apakah nasib anak bangsa kita yang belajar di situ?
PAS memang teruk dan tin kosong.
ReplyDeleteTapi aku ingat hangpa pebetoi sama UMNO di Kedah yang lintang pukang dibawah tu.
Hangpa ingat boleh menang ke kalau beselerak di bawah.
Ada ketua pun orang tak hormat.Tak ada harapan laaa.
Orang ramai kata UMNO dgn PAS lebih kurang sahaja.
UMNO dgn PAS kat Kedah dah kira "KITA SERUPA".
ReplyDeleteKalau KUIN dilelong, pihak yg paling layak beli KUIN mestilah PAS kata DAP, sebab DAP sekarang dah lebih Islam dari PAS sendiri hasil dakwah Nik Aziz. UMNO masih dlm jahiliah atau kafir.