Saturday, April 7, 2012

Panas!!! PKR di cabar pecat Ketua penerangan PKR cabang Ampang


"Pecatlah Kalau Nak Kena Saman...!!"








Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ampang, Mohd Isa Mohd Saidi berkata beliau akan membawa isu tersebut ke mahkamah sekiranya dipecat sebagai ahli parti.

“Setakat ini saya terima pemecatan sebagai Ketua Penerangan Cabang Ampang. Itu hak beliau (Zuraida Kamaruddin) sebagai Ketua Cabang Ampang.

“Tapi kalau saya terima surat pemecatan sebagai ahli PKR, daripada pusat saya akan bawa kes ini ke mahkamah,” katanya kepada mStar Online pada Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu pemecatannya sebagai Ketua Penerangan PKR Cabang Ampang pada Khamis.

Ditanya sama ada beliau benar-benar muflis seperti yang didakwa oleh Zuraida, Isa tidak menafikan perkara tersebut namun jelasnya Jabatan Insolvensi tidak memadamkan namanya daripada senarai tersebut setelah beliau selesai membayar jumlah pinjaman.

“Saya mengaku pernah muflis tapi sudah lama pada tahun 1994. Sudah 15 tahun dan saya pun sudah habis bayar hutang tersebut. Cuma Jabatan Insolvensi tidak mengemaskini status, saya sudah tidak muflis.

“Saya kesal dengan Zuraida, kenapa perlu sentuh isu peribadi, sedangkan saya dan ahli Cabang Ampang yang lain mahukan penjelasan mengenai pemilikan saham oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali,” katanya.

Baca selanjutnya :-klik sini dan



No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!