Hapuskan PTPTN?? |
Saranan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menghapuskan PTPTN mendapat reaksi pelbagai di kalangan masyarakat. Ada yang marah, terkejut dan menggeleng-gelengkan kepala memikirkan apakah Anwar sudah gila akhirnya?
PTPTN adalah skim yang ternyata baik untuk rakyat dan kerana adanya PTPTNlah maka kita melihat begitu ramai anak Malaysia yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi tidak kira awam mahupun swasta.
Menurut Anwar, beliau sedia maklum akan implikasi dari menghapuskan PTPTN tetapi pembangkang memegang kepada prinsip pembelajaran percuma kepada semua rakyat Malaysia. Namun, Anwar juga mengakui yang pihaknya belum lagi memikirkan secara terperinci mengenai perlaksanaan cadangan tersebut.
Anwar juga menegaskan bahawa beliau memahami angka-angka yang terlibat.
Kita merasa amat sangsi akan kemampuan Anwar memahami angka, bukan hanya kerana beliau mempunyai latarbelakang pendidikan Pengajian Melayu dengan kelulusan atas pagar tetapi kerana seorang yang mampu memahami angka tidak mungkin akan mencadangkan sesuatu yang tidak masuk akal seperti menghapuskan PTPTN.
Sedarkah Anwar bahawa bukan sahaja pelajar, tetapi Insititusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia, terutamanya swasta juga bergantung kepada PTPTN. Sebanyak lebih kurang RM40 – RM50 billion diperlukan untuk menampung kos Pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia yang mana termasuk bayaran pensyarah, penyelenggaraan dan operasi keseluruhan. Kabinet baru-baru ini telah meluluskan dana tambahan sejumlah RM6 billion untuk PTPTN 2012/2013.( sambung baca selanjutnya )
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!