Tuesday, April 17, 2012

Kisah Panas!!! Pakatan Haram menghina Islam ketika berdemonstrasi membantah PTPTN..



Cuba anda dengari dengan jelasnya apa yang di perkatakan Khalid Ismath,mempersendakan kematian,sedangkan hidup dan mati Umat Islam itu adalah Hak Allah S.W.T.ternyata Khalid Ismath sudah rosak akidahnya kerana terlalu taksub dengan agenda yang cuba Pakatan Haram timbulkan.

Khalid Ismath pengikut syiah berpelukan di khalayak umum ketika orang lain bersolat
Pisau Kedah rasakan budak syiah ni ada penyakit mental.bercakap seolah tiada pedoman hidup.




Ikuti penjelasan dari Ulama Muda Ustaz Fathul Bahari

SHAH ALAM – Perbuatan mengalungkan bunga malai pada potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin oleh kumpulan mahasiswa yang berdemonstrasi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di depan Kompleks Sogo di ibu negara kelmarin seolah-olah mengkafirkan sesama Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, mereka sendiri pastinya tahu apa yang dilakukan itu adalah adat bagi agama Hindu apabila berlaku kematian membabitkan penganutnya.
“Sedangkan Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi itu orang Islam. Apa ertinya jika kita panggil orang beragama Islam dengan panggilan mendiang? Simbol pengkafiran boleh berlaku sama ada secara lisan ataupun dengan isyarat,” tegasnya.
Fathul Bari berkata, simbolik sedemikian sama sekali tidak boleh digunakan kerana ia melibatkan maruah agama.
“Mereka mungkin tak faham hukum hakam agama, tetapi mereka tidaklah boleh menunjukkan perilaku yang tidak matang, dan menggunakan kaedah provokasi melampaui batas,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!