Wednesday, April 11, 2012

EKSKLUSIF!! Perbincangan Meja Bulat PTPTN cara terbaik menyelesaikan masalah #MejaBulatPTPTN

Gambar-gambar yang Team Media Kedah ambil dari Diskusi Meja Bulat PTPTN yang melibatkan wakil pelajar, NGO, wakil masyarakat, media dan juga pihak PTPTN. Cara terbaik untuk menyelesaikan masalah adalah berbincangan secara dua hala.


Rundingan Meja Bulat bermula




Perbincangan hangat diantara student, pihak PTPTN dan NGO




Wakil pelajar sedang memberi pendapat


masing-masing memberi pendapat


wakil NGO turun memberi pendapat


Pembincangan yang hangat memberi reaksi yang hebat


Setiap meja di pantau oleh moderator dan media














Hebat, memang hebat, pentas diskusi meja bulat membincangkan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diwakili oleh wakil mahasiswa universiti, gabungan pewakilan pelajar, NGO dan wakil PTPTN telah menghangatkan meja bulat anjuran Pemuda UMNO Malaysia di Hotel Vistana, Kuala Lumpur.

Kesempatan yang ada, mereka duduk bersama mencari jalan paling wajar dalam mencari resolusi terbaik bagi menyelesaikan permasalahan yang membelenggu sebelum ini behubung isu PTPTN antara mahasiswa dan pihak PTPTN.

Ada diantara mereka memberi pandangan yang baik, langkah perlu yang diambil oleh pihak PTPTN dalam menangani segera hal ini dan dilihat isu diperbincangkan dalam meja bulat sebagai langkah amat baik.

Antara isu baik dan harus diberi perhatian sewajarnya adalah cara atau kaedah pembayaran balik mengikut kemampuan si peminjam. Contoh cadangan dengan mengikut skala gaji yang diterima, melalui pemotongan gaji mengikut berapa jumlah gaji yang diterima si peminjam dapat menyelesaikan jumlah pinjaman tanpa menggangu gaji yang diterima bulanan.

Apa yang paling utama kata mereka, mestilah tidak membebankan pelajar yang meminjam akibat pemotongan tiap-tiap bulan.



Blog lain yang turut memainkan isu Meja Bulat boleh klik SINI

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!