Blog kata Pak Teh merupakan salah satu di antara blog yang Pisau kedah suka baca,setiap penulisannya mempunyai maksud mendalam,semalam Pisau Kedah baca satu artikel cukup menarik perhatian Pisau kedah,Pisau Kedah juga nak berkongsi dengan semua
Penulisan dari Pak Teh,penulisan yang mendalam maksudnya.
Kerja tebang buluh ni bukannya senang. Kadang-kadang terpaksa bermalam dalam hutan dan kebetulan minggu lalu....banyak buluh yang dipesan, pakteh terpaksa bermalam lama dan seperti biasa, bila lama sangat dalam hutan, banyak maklumat yang tak sampai kepada Pakteh.
Orang senang mungkin pelik mengapa buluh perlu ditebang, tapi bagi orang kampung seperti Pakteh, apa lagi kerja nak dibuat jika tak tebang buluh?. Bukan senang tebang buluh....buluh yang nak ditebang perlulah lurus, jika lurus tapi tak cukup panjang, pakteh tak boleh tebang....batang buluh bengkok tak boleh tebang walaupun ada orang suka batang bengkok. Memang susah tebang buluh tapi inilah kerja Pakteh. Apa yang penting...kerja Pakteh tidak memerlukan Pakteh meminta-minta.
Walaupun jauh didalam hutan, Pakteh boleh nampak dan dengar apa jadi di Kampung Pakteh, maklumlah...sudah berminggu lamanya kedatangan YB Menteri dan YB ADUN dinanti oleh jiran Pakteh. Mai tak mai Menteri Pakteh tak kisah cuma Pakteh nak habaq, rekod Daerah Sik ni, sepanjang hidup Pakteh yang tua bangka ni, inilah baru daerah Sik menerima Menteri/Timbalan Menteri yang acapkali bertandang. Ingatan kepada kehadiran Datuk Mukhriz Mahathir masih belum hilang, Mai pulak Timbalan Menteri Kesihatan dan 14 April 2012, Mai lagi Menteri Datuk Seri Shaziman.....isk..banyak sungguh aih mai Sik yang jauh ni....
kawan Pakteh tanya...depa mai kita dapat apa?....laaaaa...kalu depa mai kurang-kurang ada jalan elok pun....kita jugak untung...tak kisah la hang pas, dap atau pkr...yang penting...jalan elok. Jadi kalau saja-saja nak mai....Pakteh dok tengok...lambat lagi kot depa nak mai tapi dengaq kata....YB Datuk Tajuddin pulun siang malam supaya ada Menteri mai melawat Sik agar mengetahui keperluan penduduk di Sik. Pakteh lagi suka bila dah dua kali kampung Pakteh Menteri mai apatah lagi Ahli Parlimen Sik, Cikgu Uda memang tidak boleh diharapkan untuk membantu.
Baca seterusnya klik sini
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!