Kira-kira 1,000 penduduk dari lima kampung di persisir pantai Kota Kuala Muda di sini meninggalkan rumah masing-masing menuju ke Dewan Serbaguna Tunku Intan Shafinaz di kawasan berdekatan sebagai langkah keselamatan menghadapi kemungkinan ancaman Tsunami.
Penduduk dari Kampung Tepi Sungai, Kampung Masjid, Kampung Padang Salim, Kampung Keda Tepi Sungai dan Kampung Kepala Jalan mula meninggalkan rumah masing-masing kira-kira jam 5.30 petang Rabu selepas mendapat arahan pihak berkuasa.
Kebanyakan penduduk mendakwa mereka bertindak demikian sebagai langkah keselamatan berikutan merasai gegaran selama 20 saat susulan gempa bumi berukuran 8.7 skala Richter di Aceh, Sumatera Utara Indonesia petang Rabu.
Lima kampung tersebut yang terletak di pesisir pantai Kota Kuala Muda pernah dilanda Tsunami pada 2004.
Amaran tsunami yang dikeluarkan di sekitar Lautan Hindi ditarik balik beberapa jam selepas dua gempa bumi kuat menggegar perairan barat Indonesia.
Gempa bumi berukuran 8.6 dan 8.2 magnitud mencetuskan cemas petang Rabu.
Penduduk di kawasan persisiran pantai menyelamatkan diri ke tempat lebih tinggi dengan menaiki kereta dan menunggang motosikal.
Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii menarik balik pemantauan tsunami bagi kebanyakan kawasan di Lautan Hindi beberapa jam selepas gempa bumi pertama.
Bagaimanapun amaran tsunami masih dikekalkan di Indonesia, India, Maldives, Sri Lanka dan Kepulauan Diego Garcia.
Kemusnahan besar atau ombak tsunami tidak dilaporkan setakat ini.
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!