Pihak pembangkang sekali lagi menunjukkan tanda protes ketika proses pengundian hendak dijalankan dengan keluar dewan beramai-ramai semasa dewan sedang bersidang di parlimen.
Saksikan video
Adakah YB Fuziah Salleh ini 'Pakar Nuklear' yang mengetahui 'fakta' sebenar kenapa kilang LYNAS ini dibina? Adakah beliau tahu kilang Lynas ini menjana pendapatan ekonomi negara dan mungkin akan mendominisasi pasaran dunia? Dan adakah beliau juga tahu tahap radiasi dari kilang Lynas ini lebih rendah dari pisang ? Adakah beliau sengaja bodoh sombong atau semua ini hanya permainan politik pembangkang sahaja? Berikut adalah fakta-fakta sebenar mengenai kilang Lynas;
1. Parlimen Malaysia telah meluluskan penubuhan jawatankuasa khas parlimen bagi membincang dan memantau aktiviti di kilang Lynas, Kuantan. Ironinya beberapa ahli parlimen. dari pembangkang bertindak keluar dewan kononya kerana kerajaan tak bersetuju dengan cadangan mereka supaya lesen sementara Lynas ditarik balik dan operasi kilang dihentikan. Tindakan ini macam kebudak-budakkan. Tetapi, ianya bukan sesuatu yang pelik bagi pembangkang di Malaysia yang terkenal dengan sikap kebudak-budakkan dan tidak profesional.
2. Malangnya, ahli parlimen pembangkang tidak mahu memahami fakta sebenar mengenai Lynas walaupun ada ahli parlimen mereka yang merupakan pakar dalam bidang nuklear yang telah berkali- kali menjelaskan bahawa kilang Lynas di Kuantan ini tidak merbahaya.
3. Ini adalah satu lagi sikap pembangkang di Malaysia dimana mereka tidak suka kepada fakta kebenaran, sebaliknya mereka lebih pentingkan permainan politik. Hampir kesemua tindakan mereka bermotifkan politik walaupun terpaksa menutup mata dari memahami kebenaran. Malangnya ada diantara rakyat marhaen yang berjaya ditipu dan diperdaya oleh mereka.
4. Beberapa hari yang sudah, saya membaca satu artikel dari IEEE Spectrum mengenai tindakan negara China mengawal dan mengurangkan eksport rare earth kerana mementingkan kegunaan syarikat tempatan. Tindakan ini menyebabkan negara-negara besar di dunia yang begitu bergantung kepada bahan rare earth ini murah. Rare earth adalah elemen yang penting yang digunakan dalam pelbagai kelengkapan elektrik, elektronik, automotif,perubatan dan bermacam-macam lagi.
5. Tindakan China mengurangkan eksport demi kegunaan syarikat tempatan boleh menjejaskan industri berasaskan teknologi didunia. Ini adalah kerana China menguasai hampir 97% pasaran rare-earth dunia.
6. Sekiranya kilang Lynas beroperasi di Malaysia, pasaran rare-earth dunia yang dapat dikuasai oleh Malaysia/Lynas adalah sebanyak 20%. Ini sudah tentu dapat mengurangkan tekanan yang diberi oleh China dan tidak sukar bagi Malaysia/Lynas untuk mendapat pasarannya. Negara seperti Jepun dan US sudah semestinya akan beralih kepada Malaysia untuk mendapat bekalan rare-earth. Dari sudut perniagaan dan ekonomi, sudah semestinya industri ini memberikan pulangan yang lumayan kepada negara dan rakyat akan dapat manfaatnya.
7. Sayang sekali apabila pemimpin pembangkang begitu irihati apabila,mendapat tahu bahawa kerajaan hari ini boleh terus mengembangkan ekonomi negara dan boleh memberi manfaat kepada rakyat. Mungkin mereka lebih gemar melihat China menguasai sepenuhnya pasaran rare-earth ini dan suka melihat negara itu bertindak sewenang-wenangnya. Mungkinkah ini sebabnya bahawa majoriti mereka yang turun berdemonstrasi membantah Lynas adalah bangsa cina?
sumber -
chewal.blogspot.com
Orang-orang yang bebal tak boleh diajar. Kenapa bodoh sangat sampai keluar dewan? Kalau tak setuju pun, cakap di luar dewan dapat apa? Memang bodoh dan bebal. Keluar terus aje dari parlimen kalau takut nak menegakkan isu dalam Jawatankuasa Parlimen sendiri. Diberi peluang membangkang dengan cara baik pun mereka meludah pada rakyat yang memilih mereka dengan bertindak keluar dewan. Kalau bodoh jangan jadi Ahli Parlimen lah! Kalau setakat nak keluar dewan, bagi budak sekolah rendah pun boleh buat! Jangan bawak kebodohan dalam Dewan Rakyat! Pemimpin konon!
ReplyDeleteYa Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim