Ostaz Khalwat di kerahkan pusing Malaysia untuk membohongi rakyat untuk menunjukan dia tak bersalah bersama-sama dengan bini orang pukul 3 pagi di dalam bilik hotel semata-mata memberi kaunseling.ianya seperti mana juga yang pernah di arahkan kepada timbalan tok ketua Parti Ajaran Sesat satu ketika dahulu setelah di tangkap bersama isteri orang juga..sebagai seorang ustaz secara logiknya tak kan dia tak tau batas-batas seorang lelaki dan perempuan bukan muhrim.tambahan pulak dengan isteri orang,batas-batas keadaan yang sesuai untuk berjumpa sekiranya dalam keadaan terdesak.batas-batas masa yang sesuai supaya tidak timbul syak wasangka.sebagai seorang ustaz pasti ia akan tahu semua itu dan menjaga batas-batasnya,melainkan ianya mempunyai niat lain.
Walau pun Ostaz Khalwat seorang pakar kaunseling rumah tangga,ianya tak bererti Ostaz Khalwat mempunyai lesen berdua-duaan dengan bukan muhrim.walau pun ianya tak melakukan persetubuhan tapi kesalahannya tetap nyata iaitu berdua-duaan dengan bukan muhrim.
Cuba kita fikirkan kenapa wanita yang di tangkap khalwat bersama Ostaz Khalwat sanggup menempuhi perjalanan beratus kilometer semata-mata hanya untuk mendapat kaunseling dengan permasalahan rumah tangganya?apakah Ostaz Khalwat seorang yang pakar dalam kaunseling rumah tangga? mungkin wanita berkenaan ada agenda lain jika nak di ikutkan dari sumber-sumber tertentu,Ostaz Khalwat juga pernah mempunyai rekod permasalahan rumah tangga pada tahun 2005..memukul isterinya.ini menunjukan Ostaz khalwat bukanlah seorang pakar kaunseling rumah tangga.
Dalam permasalahan rumah tangga yang di hadapi wanita berkenaan adakah benar-benar berlaku?,sekiranya benar-benar berlaku mengapa wanita berkenaan tidak merujuk ke saluran yang betul.Pejabat Agama bukannya tak ada di setiap daerah,,tok imam bukannya tak ada di setiap kawasan.mengapa tak di rujuk.sekiranya wanita itu di zalimi suaminya dengan kekasaran,di mana laporan yang membuktikan yang dia di kasari suaminya.setakat cakap dengan mulut dalam keadaan tersepit tanpa ada bukti siapa pun boleh lakukan untuk mengelak dari kesalahan.."siapa nak mengaku berak tenggah jalan"
Sebelum ni Ostaz Khalwat ada membuat kenyataan yang dia di pukul 20 orang samseng.secara logiknya kalau 20 orang pukul seorang pasti sekurang-kurangnya mengalami kecederaan,paling tidak pun kesan lebam akibat di pukul.di mana laporan doktor yang mengesahkan dia di pukul.di mana laporan polis yang di buat Ostaz Khalwat berkenaan mengesahkan yang dia di pukul.sedangkan pihak Hotel menafikan kelibat 20 orang samseng datang memukulnya,dan bersedia menyerahkan rakaman CCTV yang menunjukan tiada kelibat 20 orang samseng yang memukulnya kepada pihak berkuasa untuk siasatan.
Pisau Kedah pelik juga,,dengan cepat jari Ostaz Khalwat di tunding kepada UMNO untuk menunjukan ianya angkara UMNO untuk menjatuhkannya tanpa ada bukti-bukti.sedangkan yang membuat kesalahan adalah Ostaz Khalwat,tak kan kot UMNO yang suruh wanita tu menempuhi perjalanan beratus kilometer untuk berjumpa Ostat Khalwat untuk di tangkap..
Mengapa Ostaz Khalwat tidak pernah sekali pun menuduh wanita berkenaan bersetongkol dengan UMNO untuk menjatuhkannya,,mengapa pulak di tuduh suami wanita berkenaan bersetongkol dengan UMNO untuk untuk menjatuhkannya,sedangkan yang bersama dengan Ostaz Khalwat bukannya suami wanita berkenaan sebaliknya wanita berkenaan.yang menjadi punca Ostaz Khalwat di tangkap khalwat.
Apakah Ostaz khalwat yang menjadi punca permasalahan rumah tangga yang di alami pasangan tersebut ?.kalau tak ada angin bagaimana pokok boleh bergoyang betul tak?
Pisau Kedah tertanya-tanya juga apa perasaan Ostaz Khalwat ni kalau bini dia pergi jumpa lelaki lain dalam pukul 3 pagi untuk meminta kaunseling??adakah Ostaz Khalwat merelakan??dayus la kalau merelakan isteri berjumpa dengan lelaki lain pukul 3 pagi.pasti Ostaz Khalwat akan rasa tercabar sebagai seorang suami bila isteri Ostaz Khalwat lakukan macam tu..begitu juga perasaan yang di alami suami wanita berkenaan..
pihak umno lambat nak saman ostat giler ni..dah nyata dia buat tuduhan palsu..ape lagi nak tunggu? ni le peluru hidup yang sesuai...
ReplyDeleteMana suami perempuan tu. Patunya dia dgn bini dia buat sidang akbar. Cerita la apa yg sebenar berlaku. Dia orang dok satu rumah lagi ke? Tak kan family dia orang buat dek saja. Pening sungguh mengikuti kisah ni. Kalau kita yg waras ni. Mesti isteri tu dah kena belasah dah. Main kelyar rumah x minta kebenaran. Dosa berat ni.
ReplyDeleteBad, Bad ..aku kan dah pesan jaga2 kalu nak pun avoid bini orang. Aku tau le kalu muka mcm wati tu memang ko tak bole tahan, tp dia tetap masih bini orang..susah aku nak ngatur progrem kau jelajah Malaysia ni.. nanti teserempak dgn progrem asan ali plak. Tapi aku gerenti ramai bahlol2 yg suka dengar cerita seks ko ni.
ReplyDeleteMasih pakai kopiah ke? Buang-buang le perangai suka bohong tu, buat malu Islam aje. Jangan nak tuduh Umno, yang tangkap dia orang Jabatan Agama. Lazimnya ustaz-ustaz di Jabatan Agama tu orang Pas. Kan lebih munasabah kalau dia tuduh konspirasi Pas. Kenapa tak tuduh Pas yang upah perempuan tu kaunseling dengan dia pukul 3 pagi? Sekarang ni nak buat roadshow pulak. Banyak pakai duit tu bang, Anwar bagi ke? Atau nak kutip duit orang ramai? Mereka nak bagi ke pada orang yang ditangkap khalwat?
ReplyDeleteYa Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim