Pisau Kedah berpendapat Jawatankuasa Tribunal Lembaga Displin parti sepatutnya lebih awal mengambil tindakan sebelum keadaan kian menjadi parah,apabila parasit di biarkan merebak di dalam parti ianya akan merosakan parti,seperti apa yang berlaku di dalam permasalahan PAS Kedah.hanya kerana parasit di biarkan hidup dalam parti ianya telah memecah belahkan sesama sendiri.
Sememangnya telah nyata Tok Sheikh Kadir merupakan bayangan Anwar di dalam UMNO,walau penafian di lakukan Tok Sheikh Kadir dengan mengatakan ianya di putar belitkan media Pakatan Haram,,Tok Sheikh Kadir sepatutnya lebih awal menafikan apa yang telah di ceritakan media Pakatan Haram dan menyaman untuk membersih namanya,,namun Tok Sheikh Kadir tak buat begitu malahan membiarkan ceritanya di mainkan media Pakatan Haram bagai mempersetujuinya saja.
Pisau Kedah tidak nampak Tok Sheikh Kadir buat semua ini demi mendapat perhatian untuk jawatan tertentu seperti apa yang di perkatakan sesetengah pihak, tapi ianya nampak ke arah sokongan Anwarinas.Cuba kita ingat balik di masa perbicaraan kes Liwat Anwar terhadap Saiful pada 09/01/2012 baru ni,,Tok Sheikh Kadir bagaimana boleh mengiringi seorang yang merosak perpaduan kaum,orang yang menentang ketuanan Melayu,siap tersenyum dan melambai ke arah media selepas keputusan mahkamah menyebelahi Anwar.
Pisau Kedah amat sokong kenyataan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor,Setiausaha Agung UMNO " kalau dia rasa UMNO itu tidak betul,kenapa dia tak letak jawatan".
Kini di fahamkan Tok Sheikh Kadir bakal berhadapan dengan Jawatankuasa Tribunal Lembaga Displin parti,kerana di syaki bertindak dengan mengeluarkan kenyataan yang boleh mengaibkan serta memberi kesan kepada parti pada Pilihan Raya Umum ke -13
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!