Friday, March 30, 2012

Eksklusif...Panas!!! Kolej Universiti Insaniah dan Azizan Menteri Besar Kedah di saman RM 3 juta kerana gagal melunaskan hutang selama 3 tahun

Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang di pengurusi Azizan Menteri Besar Kedah di saman RM 3 juta oleh kontraktor "Shake Cuisine Sdn Bhd" kerana gagal melunaskan bayaran penyediaan perkhidmatan kepada 300 pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dicawangan Kolej Insaniah Sungai Petani bagi tempoh 3 tahun bermula dari januari 2009 sehingga Disember 2011 dengan kadar bayaran di tetapkan dalam perjanjian sebanyak RM 200.00 sebulan untuk setiap pelajar.Kos berkenaan merangkumi kos perkhidmatan Asrama (kediaman) dan pengangkutan untum seramai 300 pelajar.

Dalam permasalahan ini menunjukan pentadbiran Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang di pengurusi MB Kedah gagal di dalam pentadbiran urusan kewangan,malahan turut gagal dalam menyediakan 300 pelajar untuk di tempatkan di asrama seperti di dalam perjanjian,

Dalam tempoh 3 tahun pihak pengurusan KUIN hanya membayar hanya 2 kali pembayaran pada awal tahun 2009,kali pertama sebanyak RM 360,000.00 sebagai bayaran untuk enam bulan pertama dan kemudian RM 176,800.00 bayaran selanjutnya selepas bayaran kali pertama.Selepas itu pihak pengurusan KUIN telah gagal membuat pembayaran selanjutnya sehingga ke hari ini.

Kontraktor berkenaan menceritakan,dia pernah berjumpa dengan Azizan MB Kedah 5 bulan lepas,namun kontraktor di perlakukan seperti bola,di tendang kesana kesini tapi tak juga melunaskan hutang,sehinggalah kontraktor berkenaan sudah tidak tahan di perlakukan sebegitu dan terus mengfailkan saman terhadap KUIN dan Azizan MB Kedah.

Pisau Kedah :-

Kerajaan Pas Kedah nak membunuh kontraktor Melayu..

Published with Blogger-droid v2.0.4

9 comments:

  1. azizan memang patut berhenti!

    ReplyDelete
  2. Laaa macam tu.Tu Mahfuz dok pi mohong merata kata PAS boleh tadbir Kedah,

    Pak Lebai PAS kaki kelentong.

    ReplyDelete
  3. betoi ka?..awat tak keluaq dalam berita harian ka utusan ka..baru syok sikit..kalu blog ni takat syok2 baca boleh la..dalam surat habaq kuat sikit..lagi ramai org tau.

    ReplyDelete
  4. macam auta ja isu ni..betoi ka ni?..awat tak kecoh pun?..tak panas pun isu ni..sejuk dah pun..nampak sangat cam auta..gambaq semua sempoi dah..macam betoi..kasi panas..sampai la sejuk ja pun..ka saja reka ja isu ni..tak dak respon tara mana pun...

    ReplyDelete
  5. Auta??? kalau Auta minta Kerajaan Negeri saman kontraktor terbabit,,ada berani ka???

    ReplyDelete
  6. cara penulisan aku cukup kenal,,setiap ayat penulisan yang kata auta tu adalah orang dalam penerangan kerajaan negeri yang tak berani berdebat tentang isu ini

    ReplyDelete
  7. pelik la mamat pisau ni..emo jer..kawan tu ckp mcm auta bukan auta..sbb kitorang pun x jelas kes ni..kitorang paham dari tajuk tu kuin disaman..maksudnya dah kene saman ler..tp kitorang pelik la juga apsal tak masuk paper..ni kes besar nih..yg lucunyer apsal lak si mamat pisau suh kerajaan saman pulak..saman menyaman la pulak..huhuhu

    ReplyDelete
  8. Awat hangpa ni bengong sangat?
    Kalau dah tak percaya tengok sendiri video tu
    Tengok juga salinan saman dan nombor jadual saman mahkamah
    Bengong dari kecik sampai tua

    ReplyDelete
  9. huhuhu..nampaknyer korang tak berjaye nak memanaskan Pas Kedah yek..isu2 yg korang tulis sejuk jer..tp kalu isu yg sentuh negeri lain..laku la beb..apsal hah?..ikut surat yg korang scan tu esok nak sebut kes..kite tunggu tengok..ape cer..kalu sejuk jugak..korang kena pk cari cara lain lerr...rata2 rakyat Kedah ok jer dgn kerajaan skang..yg diorang tak suke skit mamat Dap 1 tu jerr..pandai2 lah korang.

    ReplyDelete

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!