Thursday, March 8, 2012

Adun Bukit Selambau tidak layak menjadi wakil rakyat,

Saya Akan Segera Dapatkan Bantuan - Tajul.

BUKIT SELAMBAU – Seorang ibu tua, Zainah Osman, 80 tahun dari kampung Belakang Masjid disini redha menerima ketentuan apabila 2 anaknya terlantar sakit didepan mata.

Anak ketujuh, Aminah Sarip, 46, pada awalnya dikesan menghidap barah usus.Selepas mendapat rawatan keadaan kesihatannya tidak menunjukkan tanda terdapat sebarang masalah.Namun setahun selepas itu ketika datang membuat pemeriksaan susulan, pihak hospital memberitahu terdapat pendarahan dalaman. Suami Aminah, Mohd Yusuf, 63 berkata, selepas diberi ubat selama 6 hari dan apabila kelihatan agak sihat dia dibenarkan pulang ke rumah.Malangnya 2 hari selepas itu, semasa terjaga dari tidur,Aminah sudah tidak dapat mengerakkan tangan serta kaki sebelah kiri akibat serangan strok.

Penderitaannya tidak berakhir disitu apabila tidak lama selepas itu, beliau mengadu sakit kepala dan setelah menjalani pemeriksaan, pihak hospital mengesahkan terdapat ketumbuhan didalam kepala yang kemudian disahkan sebagai kanser.

Sementara itu, kakak kepada Aminah, Azizah Sarip, 55 pula menderita akibat penyakit buah pinggang yang memerlukan beliau menjalani rawatan dialisis 3 kali seminggu.Bekas guru jahitan KEMAS ini telah mula menghidap penyakit itu sejak 9 tahun lalu.Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain yang melawat keluarga itu berkata beliau akan segera menguruskan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu meringankan beban yang ditanggung mereka.Beliau yang turut menghulurkan sumbangan peribadi bersama sedikit barangan keperluan dijangka datang semula dalam waktu terdekat bersama pegawai dari JKM bagi menguruskan bantuan tersebut.

Pisau Kedah:-

Kemana menghilangnya Adun Bukit Selambau Manikumar yang baru di lantik sebagai Exco?? tiada guna menjadi wakil rakyat sekiranya masalah yang berlaku di tempatnya tak dapat dia selesai,tambahan pulak Ahli Parlimen Merbok langsung tak turun padang melawat kawasannya.masa bertanding PRU bukan manis mulut berjanji pada orang kampung,lepas menang haram muka tak nampak..

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!