Friday, March 30, 2012

Eksklusif...Panas!!! Kolej Universiti Insaniah dan Azizan Menteri Besar Kedah di saman RM 3 juta kerana gagal melunaskan hutang selama 3 tahun

Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang di pengurusi Azizan Menteri Besar Kedah di saman RM 3 juta oleh kontraktor "Shake Cuisine Sdn Bhd" kerana gagal melunaskan bayaran penyediaan perkhidmatan kepada 300 pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dicawangan Kolej Insaniah Sungai Petani bagi tempoh 3 tahun bermula dari januari 2009 sehingga Disember 2011 dengan kadar bayaran di tetapkan dalam perjanjian sebanyak RM 200.00 sebulan untuk setiap pelajar.Kos berkenaan merangkumi kos perkhidmatan Asrama (kediaman) dan pengangkutan untum seramai 300 pelajar.

Dalam permasalahan ini menunjukan pentadbiran Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang di pengurusi MB Kedah gagal di dalam pentadbiran urusan kewangan,malahan turut gagal dalam menyediakan 300 pelajar untuk di tempatkan di asrama seperti di dalam perjanjian,

Dalam tempoh 3 tahun pihak pengurusan KUIN hanya membayar hanya 2 kali pembayaran pada awal tahun 2009,kali pertama sebanyak RM 360,000.00 sebagai bayaran untuk enam bulan pertama dan kemudian RM 176,800.00 bayaran selanjutnya selepas bayaran kali pertama.Selepas itu pihak pengurusan KUIN telah gagal membuat pembayaran selanjutnya sehingga ke hari ini.

Kontraktor berkenaan menceritakan,dia pernah berjumpa dengan Azizan MB Kedah 5 bulan lepas,namun kontraktor di perlakukan seperti bola,di tendang kesana kesini tapi tak juga melunaskan hutang,sehinggalah kontraktor berkenaan sudah tidak tahan di perlakukan sebegitu dan terus mengfailkan saman terhadap KUIN dan Azizan MB Kedah.

Pisau Kedah :-

Kerajaan Pas Kedah nak membunuh kontraktor Melayu..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, March 29, 2012

Panas !!! Mahasiswa Aman kampus akan membuat amukan di Utara



Setelah selesai siri pertama KEMBARA AMAN KAMPUS - MAHASISWA BERSAMA MASYARAKAT yang berlangsung pada 6 Februari - 19 Februari tempoh hari. Siri Jelajah AMAN KAMPUS kini memasuki fasa ke-2 sebelum ke acara kemuncak iaitu Himpunan Aman Anak Muda Bersama Perdana Menteri.

Jika jelajah siri pertama tempoh hari kumpulan ASPIRASI MAHASISWA ini mendekati masyarakat yang terdiri dari pelbagai latar belakang dalam usaha mereka menggali permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia. Siri ke-2 JELAJAH AMAN KAMPUS membawa kumpulan MAHASISWA yang rasional ini mendekati golongan mahasiswa di setiap IPTA di seluruh negara.

Setiap permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat dan para mahasiswa yang dikumpul oleh peserta JELAJAH AMAN KAMPUS ini akan dibentangkan kepada Perdana Menteri DS Najib Tun Razak bagi memastikan setiap permasalahan yang dihadapi dicari jalan penyelesaian oleh para pemimpin negara dalam memastikan negara serta kampus-kampus di Malaysia terus kekal aman di bawah pemerintahan kerajaan yang dipimpin oleh PM.

Sebelum serbu kampus-kampus di bahagian Utara esok, JELAJAH AMAN KAMPUS telah pun mendekati golongan mahasiswa di Kolej MARA Kuala Nerang Kedah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Kolej Yayasan Antarabangsa Melaka, Universiti Teknologi Malaysia Johor, Institut Kemahiran Belia Pagoh dan Universiti Tun Hussein Onn. Laporan aktiviti JELAJAH AMAN KAMPUS minggu lepas baca di blog HARAPAN-ESOK [KLIK]


Teruskan membaca cerita ini di blog Double Y ( klik sini)

Panas!!! Nallakarupan minta Anwar saman dia cepat-cepat...




KUALA LUMPUR 27 Mac - "Jangan bercakap mengenai Anwar dan jangan beri sebarang kenyataan kepada media. Jika tidak anda akan dipukul". Itu antara ugutan yang diberikan terhadap Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan oleh dua lelaki tidak dikenali, petang semalam. 

Ugutan itu diterima oleh Nallakaruppan hanya beberapa jam selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap beliau dan Utusan Melayu (M) Bhd. atas dakwaan mengaitkannya dengan aktiviti biseksual. 

Menurut Nallakaruppan, dua lelaki berkenaan telah mendekati dan mengugut mahu memukulnya jika berterusan bercakap mengenai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PRK) itu semasa dia berada di sebuah kedai di Bukit Tunku di sini, pukul 3 petang semalam. Beliau yang bimbang perkara buruk menimpanya dan keluarga, segera membuat laporan di Balai Polis Sentul di sini pukul 12 tengah, malam tadi. 

"Dua orang mendekati saya. Dia orang kata 'awak tak usah cakap Anwar punya hal dan jangan bagi kenyataan akhbar'. "Dia orang menakutkan saya. Jadi saya sudah buat laporan polis. Saya buat laporan untuk keselamatan keluarga saya," katanya ketika ditemui di Balai Polis Sentul awal pagi ini iaitu selepas dua jam membuat laporan dan diambil keterangan. 

Menurut Nallakaruppan, selain diugut oleh dua lelaki terbabit, beliau turut menerima ugutan berkaitan perkara sama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) semalam. Pada 20 Mac lalu, Nallakaruppan membuat kenyataan mendakwa mempunyai bukti kukuh mengaitkan Anwar yang juga bekas rakan karibnya itu sebagai biseksual dan disiarkan dalam Utusan Malaysia. 

Berikutan kenyataan tersebut, Anwar melalui peguamnya memberi notis kepada Nallakaruppan mengarahkannya berhenti bercakap mengenai perkara itu dan memohon maaf dalam tempoh 48 jam. Desakan Anwar bagaimanapun tidak diendahkan oleh Nallakaruppan, malah mencabar Ketua Pembangkang itu agar segera menyamannya. 

Sebagai reaksi balas, Anwar diwakili peguam, R. Sivarasa pukul 10.30 pagi semalam, memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. kerana mendakwa memfitnahnya melalui kenyataan tersebut.


Pisau Kedah :-

Sedangkan Nallakarupan bukan Islam,tetapi ia tetap menolak pemimpin yang sukakan aktiviti songsang.bagaimana PAS yang membangga diri kerana mereka sebelum ni mengangap merekalah yang memperjuangkan Islam boleh terima Pemimpin seperti Anwar Ibrahim yang rosak akhlaknya

Panas!!! Seorang Guru di Baling (bakal calon PAS di Kupang ) menerapkan sifat benci kepada Kerajaan Malaysia ke dalam jiwa Pelajar-pelajar


Panas !!! Kerana kepentingan politik seorang guru sangup menerapkan rasa benci terhadap kerajaan Malaysia

Setelah mendapat maklumat dari seorang blogger dalam Team Media Kedah ( kamera kupang ) kelmarin,Pisau Kedah terus mencari maklumat di Baling berkenaan dengan seorang guru yang bernama Ustaz Hilmi b Abd Wahab,tenaga pengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Baling yang beria-ia akan bertanding di dun Kupang,

Pisau Kedah dapat tahu Ustaz Hilmi ni giat berceramah politik untuk menjadi calon PRU13 nanti,sebagai seorang guru dia sepatutnya membuat pilihan,sama ada menyayangi tugasnya sebagai guru dan memberi tumpuan pada mengajar pelajar-pelajar sekolah atau terus bergiat di dalam bidang politik dan meletak jawatan sebagai seorang guru,

Tenaga pengajar Sekolah Menengah Kebangsaan Baling


Pejabat Pendidkan Daerah (PPD)  Baling sepatutnya menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Ustaz Hilmi..apa yang Pisau kedah dapat maklumat,,Benarkah Ustaz Hilmi cuba menerapkan sikap benci pelajar terhadap Kerajaan Malaysia??...sekiranya benar mengapa PPD terlepas pandang perkara begini?? Kerajaan Malaysia yang membayar gaji kepada Ustaz Berkenaan bukan untuk Ustaz berkenaan berpolitik di dalam Sekolah,walau pun Ustaz Hilmi ahli PAS,sepatutnya Ustaz berkenaan perlu amanah dengan tanggungjawap yang telah di berikan kerajaan untuk mengajar ilmu kepada pelajar-pelajar,

Ustaz Hilmi perlu jujur,kalau dia tak sukakan kerajaan Malaysia pimpinan BN..eloklah lepaskan jawatanya dalam kerajaan,jangan rosakan pemikiran kanak dengan politik kotor yang di bawa Pakatan haram,,letak jawatan sahaja kerana masih ramai yang berkelayakan inggin menjadi guru...

Panas!!! Pergolakan PAS Baling sudah tidak dapat di kawal lagi kerana Phahrolrazi


PEREBUTAN CALON KUPANG…PAS GARU KEPALA.

Antara dua darjat……… calon PARASIT ciptaan Anwar Ibrahim melaui IR Phahrolrazi…. Siapa pilihan orang kupang…… sekarang ni PAS kupang dah jadi 3 puak…
Geng Cikgu Johari YANG MENYOKONG KEPIMPINAN MB KEDAH, Geng Ustaz Taib YANG MENYOKONG IR Phahrolrazi, 

USTAZ ABDULLAH BIN ISA bakal Calon ADUN Kupang. (PAS)

Ustaz Abdullah Isa merupakan orang seorang yang tegas dan pendidikan agama. Beliau adalah orang kuat Cikgu JO...tapi sejak kebelakangan ini beliau seolah dipinggirkan dan kurang terlibat dalam aktiviti yang dianjuran oleh Cikgu JO atau pun PAS Kupang. 

beliau banyak berjasa dengan Cikgu JO,YB Kupang. orang kanan yang paling setia...tetapi telah di matikan "kareir" politik oleh ustaz helmi...



Ustaz Hilmi Bin Abd. Wahab.
TENAGA PENGAJAR SMB Baling.
Ustaz Hilmi antara calon pilihan Cikgu JO (YB KUPANG)...Beliau adalah tulang belakang dan pembantu paling setia dengan YB Kupang. Kesetiaan beliau ini dapat dilihat apa sering mewakili YB Cikgu JO dalam program PAS Kupang. 

Kebanyakan ORANG LAMA dengan team Cikgu JO sering "berasa hati" seolah-olah dipinggirkan ataupun "telent" mereka di "chek mate" oleh Ustaz helimi.



Sumber :-Team Media Kedah

Panas!!! PAS Baling bakal di kuburkan oleh orang PAS sendiri




Sambutan dingin diterima oleh kempimpinan DEWAN PEMUDA PAS BALING. Apabila CERAMAH PENTAS PEMUDA di BOIKOT oleh penyokong PAS Kampung Bukit Iboi, Kupang, Di kalangan ahli PAS Kampung Bukit Iboi, mereka menyatakan kurang senang dengan kepimpinan PEMUDA PAS KAWASAN yang telah menolak kepimpinan ulama (merujuk kepada Ustaz Taib) yang telah ditamatkan riwayat politiknya oleh geng-geng PEMUDA PAS sendiri.

Ini dapat di tafsirkan apabila ceramah PAS lewat 1 jam dari jadual asal. Sedangkan penceramah telah pun bersedia seawal jam 9.00 mlm. Macam ceramah pun nampak macam majlis sambutan hari jadi saja aku tengok…. Kalau nak dibandingkan dengan kenduri arwah,  lagi ramai kenduri arwah kot. 

PENCERAMAHNYA MERUPAKAN ORANG KUAT ( IR PHARORAZI ) BAKAL MB KEDAH & SALAH SEORANG BAKAL calon ADUN KUPANG. BAKAL CALON TU BERJAWATAN PENDIDIK DI SEKOLAH KERAJAAN. RASANYA SEBAB ITU KOT CERAMAH TU TAKDAK ORANG NAK DENGAR. SEBAB DIA TAK POPULAR. KESIANNNNNNNN MACAMANA LA BOLEH JADI LAGU NI, 50 orang je. tu pun termasuk peniaga…SEDANGKAN CERAMAH TU DITEMPAT YB JOHARI, ADUN PAS KUPANG.






Sambung baca di blog Kamera Kupang

Daftar Sebelum Ahad Ini Sempat Undi Jika PRU-13 Selepas Jun – SPR


PUTRAJAYA, 28 Mac -  Rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini berpeluang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13), jika pilihan raya diadakan selepas bulan Jun tahun ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, daftar pemilih bagi suku pertama tahun ini akan berakhir pada 31 Mac dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPT ST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei ini.
“Kalau (pemohon) tidak terlibat dengan bantahan, mereka layak mengundi,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini Rabu.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas sama ada rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi pada suku tahun pertama tahun ini layak untuk mengundi pada PRU-13 sekiranya pilihan raya UMUM diadakan pada bulan Jun ke atas.
Pada masa yang sama, Abdul Aziz berkata, proses pendaftaran pemilih masih diteruskan melalui Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) di mana proses pendaftaran dijalankan setiap hari manakala proses semakan dan mewartakan daftar pemilih dijalankan setiap tiga bulan sekali.
Beliau berkata, tempoh untuk mendaftar sebagai pemilih sehingga proses mewartakan daftar pemilih mengambil masa kira-kira empat bulan setengah.
“Secara puratanya, SPR mengendalikan antara 200,000 hingga 250,000 permohonan pendaftaran baru dan pertukaran alamat pusat mengundi bagi setiap DPT ST,” katanya.
Sehingga DPT ST 4/2011 yang berakhir pada 31 Dis tahun lepas, Abdul Aziz berkata, jumlah pemilih yang berdaftar di seluruh negara ialah 12,595,268 orang manakala 3,088,540 orang atau 19.7 peratus masih tidak berdaftar sebagai pengundi.
Sehingga Februari tahun ini, beliau berkata warganegara Malaysia yang mencapai umur 21 tahun dan layak untuk mengundi ialah 15,683,808 orang.
Permohonan baru atau pertukaran alamat pusat mengundi boleh dibuat di mana-mana pejabat pos berkomputer, kaunter-kaunter bergerak SPR, kaunter ibu pejabat SPR di Putrajaya atau di kaunter-kaunter pejabat pilihan raya negeri.

Wednesday, March 28, 2012

Panas!!! Speaker Dun Selangor membuat perkara yang memalukan sidang Dun




Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang berakhir semalam *(27 Mac 2012)*tentunya akan terakam dalam sejarah tanahair sebagai persidangan yang  paling memalukan kerajaan negeri yang diterajui PR Selangor berikutan kesilapan speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Kim menghantar mesej BBM.

Tujuan Teng menghantar mesej BBM itu asalnya hanya untuk tatapan barisan  exco negeri dari DAP, PKR & Pas dalam usahanya untuk memandu arah persidangan bagi manfaat politik PR, tapi sebaliknya yang berlaku apabila mesej itu turut diterima oleh ADUN Bebas Datuk Dr. Hasan Ali yang sebelum ini adalah exco Hal Ehwal Islam negeri.

"This is possibly the last winding up sessions for exco, oppoturnity
should be fully used to talk about our success in the past 4 years like what Yaacob is doing now”.


"Ini mungkin sesi penggulungan yang terakhir untuk exco, peluang harus digunakan sepenuhnya untuk bercakap tentang tentang kejayaan kita sejak empat tahun lepas seperti yang Yaacon lakukan sekarang”. – Speaker DUN Selangor, Teng Cheng Kim (DAP), 27 mac 2012

Peristiwa memalukan dalam persidangan DUN Selangor itu tidak pernah berlaku  di mana-mana negara kecuali inilah satu-satu yang pernah wujud di atas muka  bumi apabila speaker kantoi menghantar mesej arahan yang bias dan memihak  semasa mempengerusikan persidangan.

Peranan Speaker

Umum mengetahui tugas dan tanggungjawab seorang speaker selain mengawal  perjalanan dewan, speaker juga perlu berlaku adil dan tidak memihak  sekalipun dirinya adalah pemimpin parti politik tertentu.

Dalam laman sesawang DUN Selangor sendiri telah menjelas peranan & tugasan  speaker yang mesti berlaku adil, telus dan mengutamakan integriti sepanjang  mempengerusikan persidangan Dewan Undangan Negeri.

“Tuan Speaker adalah Pengawal dan Pentadbir perjalanan Dewan Undangan Negeri semasa bersidang termasuk menetapkan Aturan Urusan Mesyuarat dan masa bersidang. Mengikut tradisi Parlimen dan Peraturan Tetap bagi Dewan Undangan Negeri Selangor yang ada, Tuan Speaker juga adalah Pengerusi  beberapa Jawatankuasa Tetap Dewan bagi menjaga kepentingan Dewan. Mengikut
kelaziman Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, Tuan Speaker tidak mengambil bahagian dalam perbahasan dan hendaklah bersikap adil semasa mengendalikan mesyuarat atau perbahasan”.

Bila dalam persidangan dewan undangan pun speaker PR dari DAP tidak mampu berlaku adil & bersikap telus, besar kemungkinannya dalam konteks pentadbiran kerajaan negeri juga tentu saja ada berlaku ketirisan & ketidaktelusan.

Misalnya dalam urusan pembahagian tender dan kontrak kerajaan, perlantikan  jawatan dan pengurusan kewangan negeri yang sebelum ini pun banyak menimbulkan keraguan ramai terhadap ketelusannya.

Dari kejadian ini dapat disimpulkan yang DAP sememangnya sekian lama telah  menguasai arah tuju pentadbiran negeri, ini sekaligus menimbulkan persoalan terhadap keupayaan Menteri Besar dalam tadbir urus negeri.

Ketelusan dan keadilan

Andainya pemimpin PR bersungguh-sungguh mahu memperjuangkan keadilan dan  ketelusan, inilah masanya untuk mereka mengambil langkah pembetulan dengan melantik individu lain bagi menggantikan tempat Teng Chang Kim.

Jika tidak sanggup mengambil tindakan tersebut terhadap Teng yang terbukti telah mencemar kewibawaan kerajaan negeri, maka seseorang mesti mengambil tanggungjawab memikul beban kesalahan tersebut.

Mungkin Khalid Ibrahim lebih elok memikirkan semula kelayakannya selaku Menteri Besar selepas tanggungjawabnya mengawalselia exco-exco negeri telah diambil alih oleh speaker dari DAP.

Itu saja jalannya untuk mengembalikan semula kepercayaan masyarakat terhadap keadilan & ketelusan yang kerap dilaungkan oleh PR selain menegakkan semula integriti ,kredibiliti Dewan Undangan Negeri sebagai badan yang mulia dan dihormati.



Panas!!! Menteri Besar Kedah lebih berotak dari Phahrolrazi yang merupakan parasit Anwarinas di dalam PAS Kedah

Azizan dalam hal ni Pisau Kedah puji tindakan Azizan adalah tindakan terbaik untuk PAS Kedah,,tindakan ini akan membuat Phahrolrazi merasa tercabar setelah kenyataanya sebelum ini untuk menerima calon DAP telah di ketepikan Azizan..Phahrolrazi merupakan parasit di dalam PAS,tidak akan merasa senang dengan apa saja tindakan Azizan,

Pisau Kedah memberi sokongan terhadap kenyataan tegas Azizan yang tidak akan mengorbankan kerusi PAS kepada DAP.ini pengajaran di atas sikap DAP yang suka mengetepikan PAS,ini terbukti apabila PAS bagai di anak tirikan DAP di Negeri pentadbiran DAP iaitu Pulau Pinang,apabila tiada langsung jawatan Exco yang di berikan kepada PAS di Negeri itu,sedangkan PAS layak menerima portfolio berkaitan Agama Islam,berbanding PKR yang di berikan jawatan Exco berkaitan Agama Islam.,

- Utusan -
ALOR SETAR 27 Mac - Pas Kedah tidak akan mengorbankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen milik parti itu walaupun DAP tetap berkeras menuntut tambahan kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ( gambar ) menegaskan, ini kerana pembahagian kerusi yang akan ditandingi oleh Pas telah lama selesai dan hanya tinggal pembahagian kerusi antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

"Kita sudah setuju pada dasarnya, jika negeri tidak boleh menyelesaikan masalah itu, maka ia akan diselesaikan di Kuala Lumpur untuk parti-parti tertentu sebab kita ada Majlis Presiden.

"Saya jaga yang Pas sahaja, kita sudah bincang lama dengan Pas dan sudah selesai. Sekarang DAP kena selesaikan dengan PKR," katanya kepada pemberita di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Pisau Kedah:-

Baru padan muka Dap...Dap bukan saja patut di ketepikan di dalam Negeri Kedah,malahan patut di ketepikan di Malaysia!!

Pisau Kedah cabar orang PAS pertahankan kerusi yang di sebelum ini di tandingi oleh PAS..jangan biarkan orang seperti Phahrolrazi yang merupakan parasit Anwarinas merosakan kerusi yang di tandingi PAS...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Video panas!!! BN di malukan PAS Kedah??

KERAJAAN BARISAN NASIONAL telah melulus sebanyak lebih daripada rm500 JUTA untuk menaik taraf dan membaiki 4 buah masjid di Dun Pedu dalam Parlimen Padang Terap. Sedangkan kerajaan negeri Kedah yang di tabir oleh regim Pas sedang cuba mahu merobohkan madrasah Salihiah. BN buat Masjid dan Surau.Pas pulak pulun nak peruntuh Masjid dan surau.

INGAT PAS INGAT ROBOH SURAU!!! INGAT BN INGAT KEBAJIKAN!!!

Pisau Kedah:-

Geng peniaga-peniaga Padang Terap kata,Ahli Parlimen Padang Terap ni berpenyakit,penyakit YB Demam,penyakit YB demam ni di kesan peniaga-peniaga berkenaan setelah YB berkenaan memberi alasan YB Demam setelah peniaga-peniaga berkenaan meminta pertolongan YB berkenaan menyelesaikan permasalahan mereka dengan Majlis Daerah Padang Terap berkaitan isu penutupan tapak niaga Pekan Natt Naka.

Peniaga Pekan Natt kata,mereka hairan dengan YB demam ni,,bila minta tolong,,YB berkenaan kata demam.tapi hari yang sama bila terserempak di rumah kenduri,,,( Pssst...)orang kata,kalau demam ni akan menyebabkan kurang selera makan,,tapi geng peniaga-peniaga nampak baik punya selera YB Demam melantak nasi kenduri..pelik betul la demam yang di hadapi Ahli Parlimen Padang Terap ni.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Video panas!!! Persoalan yang di lemparkan Dr Hasan Ali tak termampu Azmin Ali jawap

Azmin Ali bila mau jawap persoalan dari Hasan Ali,jangan jadi pengecut dengan melarikan diri menjawap persoalan Hasan Ali ??

Published with Blogger-droid v2.0.4

lagi Pendedahan berkenaan Ladang Rakyat



Team Media Kedah  pernah menceritakan mengenai penipuan kerajaan Pas Kedah perihal Ladang Rakyat, atau yang depa panggil Ladang Sejahtera. Nak baca boleh klik SINI. Namun ia di jawab semula oleh pihak Pas yang mengatakan tiada penipuan dalam pembalakkan tersebut dan mereka hanya mengikut apa yang di tenderkan kerajaan BN terdahulu.



JAWAPAN OLEH SETIAUSAHA MB - SANUSI MOHD NOR

Projek ini mendapat soft-loan dari Kementerian komoditi utama, Dato Peter Chin. Difahamkan softloan berjumlah 27 juta. Bila kerajaan berubah, projek asal dibatalkan kerana tender tidak telus, dan negeri tak dapat hasil apa2. Projek baru diletakkan di bawah Kedah Agro (agro plantation) yg mengubah projek asal kepada ladang rakyat yang dinamakan ladang sejahtera. Lepas 20 tahun, balak akan ditebang untuk kayu dan sebelumnya, ditoreh untuk susu. Semua hasil susu akan diagih kepada peserta ladang sejahtera dari seluruh negeri kedah setiap tahun. Ini komitmen kita untuk rakyat.


Walaupun Team Media Kedah sudah mendapat jawapan dari Sanusi, namun masih ada kemusykilan.

Hmm..








Semasa perasmian Ladang Rakyat di Mukim Kupang, Baling. Orang ramai dikaburi dengan penyerahan wang  FELCRA kepada peserta E-SINAR atas pemberian wang kepada rakyat termiskin. Bantuan kerajaan terpilih kerajaan negeri kepada rakyat.

Pada mulanya, Team Media Kedah pun ingat penduduk kampung yang menerima wang tu ialah peserta Ladang Rakyat. Namun selepas di siasat, mereka sebenarnya penduduk kampung yang tidak ada kena mengena langsung dengan Ladang Rakyat yang di panggil untuk menerima wang bantuan.

Kenapa acara di ubah penyerahan wang bantuan.. kenapa tak serahkan duit ladang rakyat kepada peserta?

Sudah la wang bantuan E-Sinar tu hasil wang dari FELCRA (satu agensi kerajaan pusat). Di mana wang kerajaan negeri?

Di mana wang berjuta-juta yang diperolehi dari hasil balak?

Lagi satu, siapa peserta Ladang Rakyat?

Benarkah sudah ada peserta Ladang Rakyat?

Atau Ladang Rakyat di cetuskan apabila penduduk kampung bising mengenai kegilaan pembalak Pas Kedah menebang balak di Gunung Inas?

Gunung Inas sudah botak di kerjakan oleh pembalak, hasil "BALAK ANUGERAH" dari kerajaan negeri dan di halalkan pula dengan "PROJEK LADANG MENIPU RAKYAT".


Namun peserta hasil dari Ladang Rakyat, seorang pun kita tak tahu. Entah wujud, atau tidak.


Boleh Pas Kedah terangkan perkara ini bagi jelas?


Apakah ada penipuan terancang mengenai hal ini.

Panas!! Team Media Kedah nak tanya skim KAFALAH...DUIT HALAL ATAUPUN DUIT HARAM?



Kerajaan Negeri Kedah membuktikan keprihatinannya dengan memperkenalkan Skim Kafalah bagi membantu rakyat yang kurang bernasib baik tanpa mengira agama, bangsa, umur dan fahaman politik. Ia menjamin hak keistimewaan rakyat negeri ini dengan sejajar dengan slogan “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”. 

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri telah memperuntukkan wang sejumlah RM3.6 juta untuk melaksanakan program Skim Kafalah Kedah bagi tahun 2010. Program ini mensasarkan golongan miskin yang berpendapatan perkapita RM180 ke bawah atau pendapatan seluruh isi rumah RM720 ke bawah.
 
Menurutnya, keluarga miskin yang layak dan mengikuti garis panduan e-Sinar di mana penerima sumbangan adalah rakyat Kedah yang berdaftar di bawah program e-Sinar.

Selain itu, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM500 kepada waris secara tunai dan pemberiannya hanya sekali sahaja setiap satu kematian, ini adalah bagi mengelakkan tuntutan bertindih waris yang lain.

Jika sebelum ini kerajaan negeri memperkenalkan Skim Kifalah, namun kini namanya ditukar kepada Kafalah kerana bertepatan dengan sebutan Bahasa Arab.

Kata beliau, penukaran ini dilakukan bagi menepati sebutan asalnya kerana tidak mahu rakyat terkeliru namun matlamat asal skim ini tetap sama bagi membantu golongan berpendapatan rendah membiayai kos pengurusan jenazah.

Assalamualaikum...


Skim ini sebenarnya sudahpun dimulai oleh Kerajaan BN dan di’copy paste’kan oleh Kerajaan PAS Kedah sekarang. Tidak dinafikan bahawa baik PAS ker, PKR ker mahupun DAP akan mengikut segala perancangan BN dalam mengurus tadbir Kerajaan Negeri yang telah berjaya dirampas dari BN. 

Hakikat yang terpaksa disembunyikan oleh mereka ialah MALU untuk mengakui keberkesanan segala perancangan pembangunan oleh BN sebenarnya baik dari segi lahiriah mahupun batiniah kepada rakyat.

Pemberian skim ini terbukti hanya diberikan kepada segelintir golongan sahaja iaitu golngan yang menyokong perjuangan parti PAS ataupun Pakatan Rakyat. Berlainan dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang telah terbukti tidak diberikan kepada segelintir golongan tetapi keseluruhan rakyat Malaysia (tolak yang kaya jer ler). Tidak kira fahaman politik, agama mahupun bangsa dan tidak pula perlu daftar melalui apa-apa E sekali pun.

Tetapi tiada bukti menyatakan pemberian skim tersebut diberikan kepada masyarakat bukan Islam. Padahal mengikut tujuan asalnya skim ini disasarkan kepada golongan yang kurang bernasib baik tanpa mengira agama, bangsa, umur dan fahaman politik. Jika ada Team Media Kedah hendak Kerajaan PAS Kedah sila buktikan.

Rakyat hendak tahu dari manakah sumber kewangan sebanyak RM4 juta diperolehi untuk pengurusan skim ini. Sedangkan mengikut Bajet Negeri Kedah pada 2012, Kerajaan PAS Kedah sudahpun didalam keberhutangan sebanyak RM20 juta (defisit). Adakah ianya datang dari sumber haram seperti hasil cukai arak dan lain-lain, kerana difahamkan Kerajaan PAS Kedah tidak mengasingkan akaun hasil halal dan haram.

Lagi satu, kelemahan ketara skim ini hayalah untuk bila ada kematian sahaja. Barulah akan diberikan. Maksudnya jika seseorang rakyat Kedah hendakkan sedikit imbuhan dari skim ini, kena mati ler dulu. Tapi bukan yang memohon yang dapat, waris yang dapat merasa duit itu....HAMPESSSS......


Sumber :-klik sini

Mat Sabu pengkhianat bangsa-Najib Razak




                                                  Pengkhianat bangsa patut di pijak seperti ini



Tuesday, March 27, 2012

Panas!!! Pakatan Haram bakal kalah awal di Parlimen Merbok






Dari sumber maklumat yang Pisau kedah dapat dari Ahli PKR..Benarkah Ahli Parlimen Merbok Datuk Rashid Din menyimpan dendam terhadap Saiful Izham Ketua Cabang Merbok.setelah bermasalah dengan Saiful Izham selepas mensyuarat cabang Tahunan Merbok pada September 2010 dan telah membuat Rashid Din dengan mengejutnya menarik diri bertanding sebagai Ketua Cabang Merbok.?

Pada Mensyuarat berkenaan juga berlaku keganasan sehingga membuat Adun Bukit Selambau S Manikumar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda kerana di ugut..ini menunjukan S Manikumar yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri bukanlah Wakil Rakyat yang di sukai dalam Cabang merbok.

Terbaru,tindakan Rashid Din memberi kenyataan ( klik sini ) telah membuat keadaan PKR cabang  Merbok menjadi bergolak..Apakah Rashid Din berniat mahu membalas dendam terhadap Saiful Izham yang di sebut bakal calon parlimen Merbok pada PRU 13 nanti ?.

Bagi Pisau Kedah,tak perlu Rashid Din membalas dendam.kerana Saiful Izham bukanlah calon yang boleh membuat PKR menang di Parlimen Merbok,,kerana bukan saja pengundi India tidak suka padanya malahan pengundi Melayu juga tidak suka terhadap Saiful Izham kerana kesombongan dirinya.malahan penduduk yang  berhampiran rumah keluarga Saiful Izham yang terletak di Taman Peruda,Sungai Petani juga tidak sukakan Saiful Izham,,apa yang Pisau Kedah dapat tahu dari jiran tertangga rumah keluarga Saiful Izham..Saiful Izham bukanlah orang yang mesra jiran tertangga,bila balik kerumah keluarganya tak pernah keluar rumah beramah mesra dengan jiran tertangga,malahan jarang sekali ke surau berhampiran rumah keluarganya..jika begitulah.bagaimana nak jadi wakil rakyat sekiranya bersikap sombong dengan jiran tertangga.


Pisau Kedah :-

Macam manalah si Saiful Izham ni di katakan bakal calon di Parlimen Merbok mengantikan Datuk Rashid Din?,Wakil Rakyat perlu berhadapan dengan rakyat,bagaimana Saiful Izham nak jadi wakil rakyat,,sedangkan dengan jiran tertangga pun menyombong,,orang Taman Peruda kata siapa undi Saiful Izham memang bodoh...