Sunday, February 26, 2012

Ustaz PKR hebat tolong isteri orang dalam hotel


TUDIAA LAA!! Badrul Amin Ajar Kuliah Seks kat Isteri Orang Pukul 3 pagi??

                                                  



BADRUL AMIN DI TANGKAP KHALWAT!!

Mula-mula ingat kabar angin, lama-lama kebenaran pun muncul jua, apabila Badrul Amin telah ditangkap bersama isteri orang di Kuantan, Pahang awal pagi semalam.

Pisau Kedah di maklumkan bahawa, suami pada pasangan Badrul Amin yang menangkap mereka di bilik hotel pada pukul 3 pagi. Pelbagai alasan diberikan untuk mengelakkan tangkapan, namun apa kejadahnya dibuat pasangan bukan muhrim dalam bilik hotel pada pukul 3 pagi? Akai ada ka!!

Baca detail berita di bawah!!


Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangkap khalwat bersama seorang wanita dipercayai berstatus isteri orang di sebuah hotel di Kuantan, Pahang, awal pagi Sabtu.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz.

Mohd Ghazali berkata sekumpulan pegawai penguatkuasa Jaip tiba di hotel berkenaan kira-kira pukul 3.10 pagi sebaik menerima panggilan telefon daripada suami wanita berkenaan.

"Suami dan rakan-rakannya yang sampai di situ (hotel) dulu, sebelum Jaip tiba di lokasi yang sama untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi mStar Online, Sabtu.

Menurut Mohd Ghazali sehingga pukul 7 petang tadi pemimpin PKR tersebut masih disoal siasat oleh Jaip.

Pemimpin PKR itu pernah menggelarkan Penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi dan memegang jawatan penting dalam parti itu di peringkat negeri Selangor.

Bagaimanapun, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dipercayai dihantar pemimpin tersebut kepada pimpinan dan ahli PKR yang lain, beliau menafikan tuduhan berkenaan.

Menurut SMS berkenaan, pemimpin itu mendakwa wujudnya salah faham akibat masalah keluarga yang dihadapi wanita tersebut.

Jelas beliau, wanita berkenaan menghadapi masalah rumah tangga dengan suaminya dan sering lari dari rumah namun beliau turut menasihatinya agar pulang. - mstar

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!