Friday, February 17, 2012

Rakyat Kedah mengamuk mahukan penjelasan dari Tok Jijan,Kenapa?

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak diminta menjelaskan kepada rakyat khususnya penduduk di Yan mengenai status projek Hab Hidrokarbon Sungai Limau (Sulihh) yang mahu dibangunkan oleh kerajaan Kedah yang diterajui Pas.

Penyelaras Parlimen Jerai Datuk Suhaimi Abdullah berkata masyarakat di Sungai Limau iaitu kawasan Dewan Undangan Negeri yang diwakili oleh Azizan, mahu melihat perkembangan terkini mengenai projek berkenaan yang dikatakan dalam pelaksanaan namun tidak menunjukkan sebarang perubahan.

"Penduduk juga mahu tahu sama ada tanah mereka di sekitar kawasan itu bakal diambil untuk projek tersebut dan juga jika mereka akan menikmati peningkatan taraf hidup selepas projek tersebut siap," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Stor Simpanan Baja dan Forklift di Pertubuhan Peladang Kawasan E-IV Bukit Besar dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, stor simpanan baja dan forklift disampaikan oleh Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Datuk Redza Rafiq kepada Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) E-IV Bukit Besar Suhaimi, yang juga Pengerusi Pembangunan Pertanian Parlimen Jerai, berkata beliau bimbang akan berlaku percanggahan terhadap sistem perairan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dengan projek terbabit.

Projek Sulihh dulunya dikenali sebagai Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) yang diumumkan pada 2007 hasil perancangan kerajaan Barisan Nasional semasa memerintah negeri Kedah.Projek itu melibatkan pembinaan kilang penapisan minyak yang memproses minyak mentah dari Asia Barat sebelum dijual ke negara-negara Asia Timur.

Selepas pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran Kedah pada pilihan raya umum pada 2008, mereka bersetuju meneruskan projek itu dengan menggunakan kaedah lain iaitu menambak laut bagi memberi laluan kepada pelaksanaannya.

Mengikut perancangan awal, projek itu dijangka siap pada 2013 dan apabila beroperasi nanti iandapat menjana pendapatan RM400 juta setahun kepada kerajaan negeri.

Sementara itu, Redza berkata bagi tahun 2011, NCIA telah menjana lebih RM250 juta hasil daripada penglibatan sektor swasta dan sekaligus dapat menyediakan 2,100 peluang pekerjaan dan perniagaan yang dijalankan golongan petani.

"Pembangunan ekonomi merupakan agenda penting di wilayah koridor utara dan dengan kehadiran sektor swasta dapat membantu petani menjana pendapatan, ekonomi dan peluang pekerjaan mereka di luar bandar," katanya.

Redza berkata penyerahan stor bernilai RM6,597 dan forklift hari ini dapat memberi manfaat kepada lebih 1,800 petani yang mengerjakan 4,500 hektar sawah padi.Sebanyak 13 lokasi di Wilayah Ekonomi Koridor Utara telah dipilih menerima bangunan stor baja dan forklift secara berperingkat sejak Januari 2011 hingga Februari 2012 yang dapat memberi manfaat kepada lebih 20,000 petani membabitkan 30,000 hektar sawah.

Redza berharap dengan bantuan itu, hasil padi yang diperoleh oleh petani sebanyak enam tan metrik bagi satu hektar akan meningkat kepada lapan tan metrik dalam masa terdekat.- Bernama

Pisau Kedah :-

Kalau tanya Tok Jijan senang aja dia jawap,,saya tak tahu!!,,saya tak tahu!! itu saja tok jijan tahu jawap,,entah la apa yang MB Kedah ni tahu,,asyik semuanya tak tahu aja,,malang rakyat Kedah dapat MB yang serba tak tahu.

Tok Jijan ni kalau bab nak jual tanah wakaf dia pandai la,,minta orang lain buat qeja secara islam,,yang dia tu jual tanah wakaf buat qeja secara islam ka?? jual pulak kat orang bukan islam pulak tu,,ada ka boleh tanah wakaf di jual kepada orang bukan islam atas dasar pembangunan..kalau nak buat pembangunan atas tanah wakaf pun biarlah ianya memberi manfaat kepada islam.

Tapi sebaliknya yang hendak di bangunkan merupakan pusat membeli belah dan hotel,tempat yang tidak dapat lari dari gejala sosial dan perlakuan maksiat.di atas tanah wakaf pulak tu..

Pentadbiran Kerajaan Negeri layak mengunakan slogan "Kedah Sejahtera,Islam Di Zalimi"

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!