Cerita panas.ada sumber maklumat menyatakan Johari Abdul tetap akan bertanding di Parlimen Sungai Petani pada PRU13 walau pun DAP dan PKR berhasrat meletakan calon lain kerana dengan alasan masyarakat cina tidak mahu kepada Johari Abdul.Masyarakat cina menolak Johari Abdul kerana masyarakat cina kecewa dengan Johari Abdul kerana sejak menjadi Ahli Parlimen,langsung tiadapembangunan yang di bawa Johari Abdul di Sungai Petani dan banyak lagi runggutan masyarakat cina terhadap Johari Abdul
Namun Begitu persaingan antara DAP dan PKR tetap mahukan kerusi Parlimen Sungai Petani.Di Khabarkan PKR akan meletakan Wan Salleh Wan Isa yang merupakan Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri dan Bekas wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) angkat bagi kawasan DUN Kuah, Langkawi tetapi di tolak DAP kerana mengatakan masyarakat cina Sungai Petani mahukan calon dari DAP.
Dalam masa yang sama Johari Abdul tetap mahu bertanding juga di Parlimen Sungai Petani walau pun terpaksa bertanding di atas tiket Bebas kerana Johari Abdul merasakan yang dia masih mampu menang lagi di Parlimen Sungai Petani pada PRU 13 berdasarkan keputusan PRU12
Ini adalah keputusan PRU12 bagi Parlimen Sungai Petani
P.15 Sungai Petani
Jumlah Pengundi = 83,851 orang (kaum= Melayu 59.79%-Cina 29.03 %-India 10.78 %-lain-0.40 % )
Johari Abdul (PKR) = 33,822 undi
Datuk Seri Zainudin Maidin (BN) = 24,441 undi
Majoriti = 9,381 undi (undi rosak 980 undi)
Jumlah Undi = 59,243 undi (peratus mengundi 70.65 %)
Sebelum ini Pisau Kedah ada menyatakan DAP mahukan 4 kerusi tambahan Di Kedah (di sini)
dan antara 4 kerusi yang di mahukan DAP adalah Parlimen Sungai Petani P.15,Dun Gurun N.22,P.9 Alor Setar,N.29 Sidam..DAP beranggapan kawasan ini ada pontensi untuk DAP menang
Dan tak mustahil DAP akan meletakan calon melayu kerana PAS sudah membuat kenyataan melalui Phahrolrazi "PAS sedia menerima sekiranya DAP mahu meletak calon Melayu"dan jika benar DAP meletakan calon Melayu,besar kemungkinan pontensi untuk menjadi Menteri Besar cukup cerah,ianya akan membuat Phaharolrazi,IR Amiruddin,Sanusi setpol dan Mahfuz ada pencabar baru untuk merebut jawatan Menteri Besar sekiranya Pakatan menang di Kedah.
hslywilkalau setakat bertanding makcik tua naik basikal pun penah bertanding...
ReplyDeletetanggung jawab bro!!!
bleh ka???
pejuang hamas...