Wednesday, February 22, 2012
Nik Aziz dan Anwar Ibrahim 2x5,5x2 Lidah bercabang
“Kenapa saya nak saman WSJ? Mereka letak perkataan ‘contingent‘ yang tidak disebut (oleh media UMNO). Mereka (media Umno) hanya melapor fitnah,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti dilaporkanMstar, memetik kata-kata Ketua Umum PKR itu yang tidak akan menyaman Wall Street Journal (WSJ) berhubung laporan mengenai sokongannya terhadap Israel yang disiarkan akhbar itu bulan lepas.
Bernama melaporkan Anwar bertegas tidak mahu menyaman WSJ, kerana akhbar itu telah meletakkan perkataan ‘contingent‘yakni syarat-syarat perlu bagi pembebasan Palestin dan laporan yang dikeluarkan WSJ itu adalah tepat seperti mana yang beliau maksudkan.
Anwar seperti dilaporkan Wall Street Journal, 26 Jan telah berkata “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians”
Maksudnya; “Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin”.
Kemudian, Anwar menjelaskan lagi maksud wawancaranya dengan WSJ dengan satu lagi kenyataan di laman rasminya, anwaribrahimblog pada 28 Jan, iaitu beliau bersetuju dengan cadangan ‘two state solution’.
Ketika ditanya tentang pertemuan dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Anwar berkata Mursyidul Am Pas itu faham pendiriannya dan beliau pun memahami pendirian PAS.
“Tok guru terima dan faham pendirian saya. Saya pun faham pertimbangan PAS yang cukup tegas dalam soal Israel.
“Saya jelaskan jangan ada salah tafsir tentang pengiktirafan Israel. Ia tidak berbangkit selagi syarat-syarat tidak dipenuhi,” katanya.
Katanya syarat itu ialah pertama undurkan tentera Israel dari Palestin; kedua, hentikan keganasan; ketiga, hentikan kepungan di Gaza dan keempat, iktiraf Baitulmaqdis.
“Tok Guru mendengar…Pendirian PAS berbeza..mereka tidak menerima sebarang syarat perundingan dengan Israel”, kata Anwar seperti dilaporkan Malaysian Insider.
Anwar mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz kira-kira sejam di PNB Darby Park, Kuala Lumpur bagi menjelaskan pendiriannya berhubung dengan isu sokongan kepada Israel seperti yang dilaporkan WSJ.
Hadir sama dalam pertemuan itu adalah Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Minggu lalu, Nik Aziz membacakan kenyataan Majlis Syura Ulama PAS yang menggesa Anwar agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel yang disiarkan dalam akhbar WSJ.
Nik Aziz berkata, jika kenyataan itu disalah lapor atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman akhbar tersebut bagi membersihkan namanya.
Artikel asal yang Pisau Kedah ambil dari AIDC ni menunjukkan pendirian Pas sememangnya tak tegas mengenai nasib umat Islam Palestin. Betul juga apa yang Pas buat ni. Dari Pas fikirkan umat Islam Palestine. Baik fikir Anwar naik jadi perdana menteri. Betul tak?
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!