Monday, January 23, 2012

Panas!! Chegubard dan Plan B???

Pelik dengan chegubard kenapa begitu cepat
di tunding kepada UMNO

D


Adakah ini konspirasi yang hendak di lakukan chegubard??,,yang menjadi persoalan tiada pun di dalam golongan yang menyerang menyatakan mereka ahli UMNO.,kenapa dengan begitu cepat chegubard menunding ke arah UMNO dan anggap UMNO rasist..apakah bukti yang menyatakan mereka yang menyerang adalah Pemuda UMNO ??



Cepatnya chegubard menunding ke arah Pemuda UMNO..


Apakah peristiwa ini adalah plan B chegubard,,membuat kekecohan??

Mengapa chegubard dan Mat Sabu tak di serang???

Mengapakah kaum india sahaja di serang??

Apakah kaum india ni di jadikan bahan untuk menunjukan golongan UMNO rasist tanpa ada bukti ianya di lakukan pemuda UMNO??

Apakah golongan yang menyerang di upah???

Kenapa chegubard mengarahkan yang berada di sekeliling bergerak ke dewan MBSA ?? kepada siapa di tujukan mesej itu???







JAWAPAN DARI PEMUDA UMNO SELANGOR

Pemuda Umno: Buang masa serang program ABU


SHAH ALAM - Pemuda Umno Selangor menyangkal dakwaan ahli pergerakan itu terlibat kekecohan melibatkan program ceramah Asal Bukan Umno (ABU) anjuran Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) dan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), malam tadi.

Ketuanya, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, Pemuda Umno tidak diberikan tugas untuk mendengar dan memantau sebarang program yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat (PR) di Negeri Selangor.

Menurutnya, tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada Pemuda Umno adalah untuk memastikan program parti berjalan lancar termasuk, program bantuan kepada rakyat dan menggerakkan jentera pilihan raya.

“Buang masa sahaja, untuk kami pergi ke ceramah mereka, malah saya sendiri pun tidak tahu ceramah ABU ini diadakan.

“Kami masih lagi mempunyai tugas yang banyak untuk diselesaikan daripada datang ke program pembangkang,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa Umno terlibat dalam kekecohan di program ceramah yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam di sini, kelmarin.

Ungku berkata, walaupun wujud ceramah yang dianjurkan PR menyentuh isu tentang Umno, namun pihaknya tidak mahu melakukan sebarang tindakan.

“Sebaliknya, kami perlu terus memfokuskan terhadap tugasan yang telah diberikan terutama dalam program mendekati rakyat,” katanya.

Difahamkan, kejadian berlaku pada jam 9 malam, apabila lebih kurang 20 lelaki yang menunggang motosikal dengan bersenjatakan kayu menyerang orang ramai yang berada di dalam dewan tersebut.

Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang ada ketika kejadian berkata, lebih kurang 100 orang berada di dalam dewan dan akibat serangan tersebut, beberapa orang mengalami kecederaan.



Sekiranya benar dakwaan Pemuda UMNO Selangor,,pemuda Selangor sepatutnya ambil tindakan Mahkamah terhadap chegubard kerana tuduhan tanpa bukti,,kerana dalam keadaan kekecohan itu,,di tunding terus kepada UMNO sedangkan tiada bukti.




1 comment:

  1. UMNO buat laporan polis saman cikgu bodoh bard ni..kata kata dia penuh dengan hasutan ... patut dakwa bawah akta hasutan.,..tuduh tanpa ada bukti...

    ReplyDelete

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!