Thursday, January 19, 2012

Panas!!!! Adun PAS Kedah Saman orang miskin RM10 juta.

Wakil Rakyat PAS Menyaman Pengundi Sendiri RM10j


"Sedih dan pilu". Itu sajalah ungkapan yang dapat aku rungkaikan kepada 2 orang penyokong tegar PAS dan pengundi kepada YB berkenaan, apabila mereka menyerahkan notis saman yang baru diterima daripada peguam lantikan Yb muda di Kedah.

Kedua-dua mereka didakwa telah 'menghina' dan membuat 'tohmahan' terhadap YB berkenaan kerana telah membongkarkan penderitaan penduduk beberapa kampung terlibat, berhubung jalan kampung yang sangat tidak terurus, melalui program Titik Sentuhan' terbitan RTM pada jam 9 malam 18 Disember 2011.

Encik Hanafiah dan Encik Zakri, hanya 'pekerja kampung' dan termasuk di dalam kumpulan 'orang miskin' yang tidak berpendidikan telah diberi notis seminggu supaya memohon maaf secara bertulis kepada Yb berkenaan dan secara terbuka melalui RTM.

Selanjutnya Yb berkenaan telah meminta mereka yang terlibat supaya membayar gantirugi kepada beliau sebanyak RM 10 juta

Mereka telah menyatakan sesuatu yang benar daripada pemerhatian mereka sebagai rakyat yang memilih YB berkenaan, kerana mereka adalah di antara penduduk yang sering menggunakan laluan yang dimaksudkan.


Persoalannya:


1. Apakah motif sebenar YB muda PAS ini mahu menyaman rakyat sendiri yang dikira

antara yang daif di kawasannya.

2. Wajarkah Yb PAS ini, yang telah dipilih oleh rakyat untuk memikul amanah membantu

mewujudkan kesejahteraan kepada rakyat mengambil tindakan menyaman rakyat dan

penyokong sendiri, hanya kerana ditegur oleh rakyat.

3. Kenapa begitu mudah sekali pemimpin PAS di Negeri Kedah ini mahu mendapatkan laba

dan keuntungan sehingga terlupa kepada peranan, tugas dan tanggungjawab sebenar

4. Apakah Yb muda PAS ini fikir, apabila sudah menjadi kerajaan maka rakyat tidak berhak

menegur dan apabila ditegur, ianya sudah menjadi fitnah dan tohmah

5. RM 10 juta yang dituntut adalah satu jumlah yang sangat besar kepada rakyat di

kampong WALAU PUN SANGAT KECIL KEPADA YB2 PAS SEKARANG


kreadit


Maklumat dari :- akubekaspkr.blogspot.com


Published with Blogger-droid v2.0.2

8 comments:

  1. BILA LAGI NAK BOLE KAUT UNTUNG

    LEPAS NI TAKLEH DAH SB PAS DAH BUNGKUS

    DONIA DONIA

    ReplyDelete
  2. Saman tu tak ada asas. Bodoh punya kerja. Nak beritahu masalah pun kena saman. Bodoh bodoh bodoh. PAS bodoh.

    ReplyDelete
  3. Minta penduduk pula buat laporan polis bahawa YB tersebut tak menjalankan tugas di kampong mereka sehingga menyusahkan orang kampong. Tuntut saman balas rm100 juta untuk kemudahan penduduk kampong yang telah memilih YB sebagai wakil mereka tetapi tidak menjalankan tugas dengan baik.

    ReplyDelete
  4. Tanpa Nama Tanpa Nama berkata.. 19 Januari 2012 9:19 PG

    AKU SETUJU SANGAT!! KALAU BOLEH BAGI MUFLIS TERUS YB TUH!!

    ReplyDelete
  5. la ni padan muka siapa pilih PAS sebagai pentadbir,,!!.
    lepas ni kita kalih,,jangan muka kat pas ni

    ReplyDelete
  6. Masih mentaliti pembangkang, walau pun sudah memerintah. Orang mengadu pun kena saman, bukan perbaiki kesilapan. Jangan mengadu dekat YB Pakatan Rakyat, nanti kena saman jugak. Kita perlu pastikan mereka berada di tempat setaraf dengan mentaliti mereka iaitu Pembangkang. Jangan biarkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, nanti habis semua rakyat disaman!

    ReplyDelete
  7. Kita kena ucap terima kasih kepada YB Muda PAS tu sebab dia berjaya menyedarkan penyokongnya sendiri akan SIAPA DIA SEBENARNYA....

    ReplyDelete
  8. Hahaha..lain kali ckp kt org2 kampung tu jgn lupa pangkah PAS...YB tu pilihan anda...so anda yg dapat manfaatnya...

    -|88|-

    ReplyDelete

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!