Wednesday, January 25, 2012

Apa ada lagi dengan NFC ????

Al-Ruwaibidoh adalah satu golongan yang diberi amaran oleh Nabi s.a.w. akan kemunculannya menjelang kiamat. Sabda baginda: “Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Parasahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi. Demikian juga Ibn Hajar al-`Asqalani menyebut di dalam Fath al-Bari :sanadnya baik. Al-Albani di dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah juga menyatakan ianya sahih







Jabatan Audit Negara (JAN) menjelaskan bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar kacir, "in a mess" ataupun penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) di Gemas, Negeri Sembilan. 

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam kenyataan hari ini berkata, "Perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan.



Beliau berkata, pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek itu yang menyebabkan kerajaan menangguhkan pelaksanaannya pada Mei 2009, iaitu sebelum pengauditan dijalankan, sehingga satu kajian daya maju dan model perniagaan dijalankan. 

"Perkara ini ada dinyatakan dalam LKAN 2010. Ia membayangkan Kerajaan Malaysia sememangnya sedar akan kelemahan-kelemahan dalam pelaksanaan projek ini dan telah mengambil tindakan untuk menentukan hala tuju projek," katanya. 

Ambrin berkata, pengauditan bagi projek PFN dibuat secara bebas dan profesional tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak dan sebarang kenyataan yang mempertikaikan kewibawaan dan integriti juruaudit JAN adalah dikesali. 


Ada apa lagi yang puak pakatan tak puas 

Hati dengan NFC ????

5 comments:

  1. isu pokoknya ialah mengapa projek ini diberi kepada suami shahrizat,bukankan ini projek rakyat yg tiada kepentingan pada ahli keluarga menteri.MB selangor buat korban lembu 2,3 ekor korang dah menyalak mcm anjing SPRM menderu dtg .padahal daging2 diagih pada rakyat bukan makan sendiri.

    ReplyDelete
  2. pusing mcm mana pun benda tetap tak canti dan tak cerdik kata HASSAN ALI.kawan ibrahim ali,marahlah azmin ali dan azwan ali.

    ReplyDelete
  3. nampak bersih tapi sudah tidak suci lagi.

    rakyat dapat kuah dan tulang sahaja.

    isi yg kental-kental puak menteri sapu.

    nasib rakyat dibumi bertuah.

    ReplyDelete
  4. WOI 'ORANG UMNO'...NAK DAPAT ISI MACAM MANA KALAU DAH MALAS...INILAH AYAT PEMBOHONG PEMBANGKANG...KONONNYA MENTERI DAPAT ISI RAKYAT DAPAT TULANG DAN KUAH...BODOH PUNYA 'ORANG UMNO'...LU TENGOK BERAPA JUTA ORANG MELAYU DI KASI KERJA DAN BOLEH MAKAN NASI KEDAI DAN KFC SETIAP HARI...LU SAJA KOT DOK MAKAN TULANG...HUJAH TU ORANG BODOH SAJA BOLEH TERIMA...KENAPA LU TAK SOAL ANUWAR IBRAHIM PASAI DUIT KUPANG NI...MAI MANA DUIT DIA...TANYALAH SAMA...JANGAN DOK HIPOKRIT GUNA NAMA 'ORANG UMNO'..

    ReplyDelete
  5. sebanarnya ramai orang umno yg hidup miskin serba susah di kampung,dan bandar.Yang kaya umno juga.Tapi orang umno yg ada jawatan.Ahli biasa eeelek jadi kuli kang.

    umno jadikan orang miskin sebagai alat cari nama.

    cuba hangpa masuk kampung jumpa lah orang umno yg miskin.

    orang umno miskin kena buli dgn orang umno kaya .depa dikadikan alat sahaja.

    ReplyDelete

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!