Fatwa Larangan terhadap buku Mengenali Diri Ilmu Peningalan Tok Kenali Kelantan
Pada bulan Oktober 2011,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan fatwa pengharaman buku yang bertajuk "Mengenal Diri Ilmu Peninggalan Tok Kenali Kelantan" kerana isi kandungan buku tersebut mengelirukan umat Islam.
Buku yang setebal 572 muka surat itu menceritakan kisah bagaimana seseorang individu untuk mengenal dirinya sendiri serta Allah S.W.T sebagai pencipta Alam ini.Buku yang dituliskan Mohd Yusof Che Wook itu di percayai mula dicetak untuk penjualan pada February lalu.dan mendakwanya adalah anak murid ulama terkenal di Kelantan,,buku tersebut di jual melalui laman web tetapi tidak di pasarkan di kedai-kedai buku
Menurut hasil siasatan,mendapati banyak kesalahan fakta dan mengelirukan dalam buku itu,malah hadis yang di gunakan di ragui kesahihannya serta kesalahan penulisan ayat Al-Quran..
"Antara pekara yang meragukan ialah hadis
yang kononnya di sabdakan Nabi Muhammad S.A.W bermaksud..
"Aku Melihat Tuhanku pada rupa seorang yang muda belia"
Contoh lainnya ialah "Menyamakan Allah dengan makhluk atau sesuatu seperti cahaya" dan ini telah jelas ia dapat mengelirukan umat islam serta tidak boleh di jadikan panduan
Antara buku yang telah di haramkan juga adalah "Senarai 100 Tokoh Paling yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah" yang diterjemahkan daripada karya Bahasa Inggeris hasil penulisan Muchael H Heart serta Buku Ajaran Ahmad Qadiani.kerana mengandungi fakta yang mengelirukan dan tidak sahih..
Antara isi kandungan buku tersebut meletakan
"Nabi Muhammad S.A.W sebagai manusia paling berpengaruh dalam sejarah
kerana bertanggungjawab mencatat,menulis dan mencipta Kitab Suci Al-Quran"
Kandungan Buku Ajaran Ahmad Qadiani
Ahmad Qadani mendakwa dirinya rasul selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W
di dalam buku tersebut
Ajaran Qadiani ialah suatu ajaran yang diasaskan ioleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiani di India pada tahun 1889. Ajaran ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan terkeluar dari agama Islam.
Perkataan Ahmadiah adalah disandarkan kepada nama Mirza Ghulam Ahmad sendiri iaitu pengasas ajaran ini. Qadiani pula adalah diambil dari nama kampung atau kawasan tempat lahirnya Mirza yang terletak di daam daerah Gurdaspur, India. Dengan demikian, ajaran ini dikenali juga dengan nama ajaran Qadiani atau Kadiyani bersandarkan kepada nama kawasan tempat lahirnya Mirza.
Ajaran ini telah tersebar hampir ke seluruh dunia sejak awal abad kedua puluh hingga sekarang oleh mubaligh-mubaligh atau pengikut-pengikut ajaran ini, atas nama agama Islam walaupun ianya tidak pernah diiktiraf oleh agama Islam sendiri.Siapa Mirza Ghulam Ahmad , Qadiani?Baca selengkapnyaKeturunanMirza Ghulam Ahmad dilahirkan pada tahun 1839 di Kampung Qadian dalam daerah Gurdaspur pada peringkat akhir pemerintahan Sikh di situ. Bapanya bernama Mirza Ghulam Murtaza bin mirza Atta Muhammad. Beliau berketurunan Borlas dari bangsa Monghul. Tetapi tidak berapa lama kemudian, beliau mendakwa mendapat ilham bahawa beliau berasal dari bangsa Parsi. Keturunannya dipercayai berasal dari Samarkand, kemudian berpindah ke India dan menetap di Qadian.PendidikanPendidikan awal Mirza Ghulam Ahmad dimulai dengan pengajian membaca Al-Quran dan beberapa buah buku Parsi. Apabila berumur 10 tahun, beliau belajar bahasa Arab. Di kala berumur 17 tahun, beliau belajar ilmu-ilmu nahu, mantiq dan falsafah secara berguru. Beliau belajar ilmu perubatan dengan ayahnya sendiri. Beliau tidak mempelajari ilmu agama dengan sesiapapun cuma secara belajar sendiri sahaja. Beliau menerima pelajaran di rumah hingga ke peringkat menengah (Middle Class). Beliau seorang yang kuat belajar. Guru-gurunya yang mengajar nahu, mantiq (Logic) dan falsafah ialah Maulavi Fazlilillahi, Maulavi Fazli Ahmad dan Maulavi Gul Ali Shah. Ayahnya sendiri seorang ahli ilmu perubatan (Physician) yang berpengalaman.PekerjaanDengan pengetahuan yang ada Mirza bertugas di bawah Penolong Pesuruhjaya Sialkot dengan gaji yang kecil selama 4 tahun (1864-1868). Pada masa ini, beliau belajar sebuah atau dua buah buku Inggeris. Beliau telah cuba mengambil peperiksaan sijil Mukhtar tetapi gagal. Pada tahun 1868, beliau meletakkan jawatan dan pulang ke Qadian menjaga tanah dan harta sendiri. Tetapi sebahagian besar masanya ditumpukan untuk menatap Al-Quran serta buku-buku Tafsir dan Hadith.KehidupanKehidupan awal Mirza adalah susah dan miskin seperti juga orang-orang biasa. Hanya setelah dakwaan-dakwaannya mendapat perhatian dan berjaya, beliau mula mendapat hidup senang. Dalam tahun 1907 beliau menulis : “…dulu saya tidak dikenali, hidup di kampung terpencil, Qadian dan tidur di ceruk sudut. Kemudian Allah telah menukarkan dunia ini kepada saya dan menolong saya dengan kemenangan demi kemenangan. Dulu sebenarnya saya tidak pernah ada harapan untuk mendapat 10 rupee sebulan. Tetapi sekarang saya dapat menerima kira-kira 300 rupee atau lebih lagi. Mereka telah menghantarkan kepada saya wang dan emas dan saya tidak tahu nama mereka”.Kahwin Dan AnakPerkahwinan Mirza yang pertama ialah pada tahun 1852 atau 1853 iaitu dengan seorang daripada kalangan keluarganya sendiri. Beliau mendapat dua orang anak iaitu Mirza Sultan Ahmad dan Mirza Fazal Ahmad. Dalam tahun 1891, beliau menceraikan isterinya. Tahun 1884 beliau mengahwini anak perempuan Nawab Nasir, Delhi. Anak-anaknya yang lain adalah dengan isterinya ini iaitu tiga orang. Mereka ialah:1. Mirza Bashiruddin Mahmood2. Mirza Bashir Ahmad (Pengarang Sirat Al-Mahdi)3. Mirza Sharif AhmadKesihatanSemasa muda Mirza selalu diserang penyakit hysteria di mana kadang-kadang beliau pernah rebah dan tidak sedarkan diri. Mirza sendrii pernah menganggap penyakitnya itu sebagai hysteria dan tekanan perasaan (Melancholia). Beliau juga diserang penyakit kencing manis (diabetes) dan kencing besel (copious urination). ýBeliau sering mengamalkan latihan rohani (spiritual exercise) dan disiplin diri yang ketat. Beliau pernah berpuasa enam bulan tanpa henti.Sikap Dan TingkahlakuPada masa kanak-kanak, Mirza adalah seorang budak yang ‘simple’ dan tidaklah begitu cerdik. Beliau tidak tahu bagaimana memutarkan jarum jam. Kalau dia hendak mengetahui masa, beliau mengambil jam dari poketnya lalu membilang dengan tangan bermula dari angka satu. Beliau membilang kuat-kuat supaya tidak lupa kerana beliau seorang pelupa. Kadang kala beliau tidak dapat membezakan kasut kiri dan kanan. Mirza juga seorang yang bercakap keras dan kasar serta menggunakan bahasa yang kesat bila menjawab tuduhan-tuduhan lawannya. Dalam syairnya untuk menghentam orang yang tidak mempercayainya, beliau berkata: “Seteru-seteru itu macam babi; perempuan-perempuan mereka macam anjing”.Meninggal DuniaSetelah Mirza mengisytiharkan dirinya sebagai Al-Masih yang dijanjikan (The Promised Messiah) pada tahun 1891 dan sebagai nabi Allah pada tahun 1901, maka ulama-ulama Islam mula menyerang dakwaannya itu. Antara mereka termasuklah Maulana Sana’ullah Amritsari, pengarang (penyunting) buku Ahli-Hadith.Pada 5hb. April, tahun 1907, Mirza dengan lantang menjawab dan mencabar Maulana Sana’ullah di atas tuduhannya itu. Antara lain Mirza berkata: “Jika saya ini pembohong dan penipu maka saya akan mati pada masa kau masih hidup kerana saya tahu bahawa hidup seorang pembohong itu tidak akan panjang; dia akan mati sebagai seorang yang gagal pada masa lawannya masih hidup. Tetapi jika saya bukan pembohong malah diutuskan Allah dan juga sebagai Al-Masih yang dijanjikan maka saya harap dengan kekuasaan Allah, kau tidak akan dapat lari balasan-Nya. Dengan itu, justeru balasan itu hanya di tangan Allah, maka penyakit yang mematikan manusia seperti taun tidak akan mengenakan kau selagi saya masih hidup sebagai bukti saya ini pembohong”.Tetapi setahun selepas itu iaitu pada 25hb. Mei, 1908, Mirza jatuh sakit akibat penyakit ceret-beret di Lahore. Padai masa itu juga, beliau diserang penyakit cerah muntah (taun). Pada keesokan harinya, 20hb. Mei, 1908, Mirza menghembuskaan nafasnya yang terakhir. Mengikut bapa mertuanya: ‘Di malam Hazrat Mirza sedang tenat itu saya telah mendampinginya. Lalu beliau mengucapkan kepada saya: “Tuan sahib, saya ini diserang penyakit tuan”. Selepas itu saya tidak dengar lagi dia bercakap denga jelas sehingga dia menghembuskan nafansya yang terakhir pada pukul 10 malam”. Beliau dikuburkan di Qadian yang sekarang ini di dalam negara Pakistan.Bagaimana Munculnya Ajaran QadianiFaktor Dalam Diri Mirza Ghulam AhmadMirza Ghulam Ahmad adalah seorang yang kuat dan tekun belajar. Dia berminat dalam bidang tafsir Al-Quran dan Al-hadith. Beliau juga adalah seorang yang bercita-cita tinggi dan amat sensitif dengan kedudukan agama Islam pada masa itu yang sentiasa diancam oleh pengaruh luar khasnya kebudayaan Inggeris dan agama Kristian.
Pada masa inilah Mirza telah bangun mempertahankan Islam dan menyerang Kristian. Beliau telah menulis risalah-risalah dan mengarang buku untuk mempertahankan Islam. Antaranya Baharin-I-Ahmadiah. Mirza telah dipuji atas hasilnya itu. Dan ini akhirnya menjadikannya merasa sangat bijak, pandai dan berjasa kepada Islam. Akhirnya pula beliau merasa cukup sesuai untuk membuat dakwaan luar biasa ke atas dirinya seperti ‘reformer’ (mujaddid), Al-Mahdi dan lain-lain lagi. Di sinilah bermulanya penyelewengan-penyelewengan lain yang melahirkan ajaran Qadiani ini.Faktor Luar Alam SekitarPada akhir abad ke-19, umat Islam termasuk di India menghadapi pelbagai keadaan. Ulama-ulama bercakaran pendapat mengikut mazhab masing-masing. Perang mazhab sering mencetuskan keganasan yang mengakibatkan perpecahan. Imej ulama telah rosak. Ramai ahli sufi olok-olok mendakwa boleh menunjukkan sesuatu yang ajaib dan mendakwa menerima ilham daripada Allah. Mereka menarik minat masyarakat. Di samping itu, Punjab tempat lahirnya Mirza Ghulam Ahmad menjadi pusat konflk pemikiran karut-marut dan kejahilan di dalam agama. Mereka menderita akibat pemerintahan Sikh sejak lapan puluh tahun dahulu. Ajaran Islam yang sebenarnya hampir hilang. Masyarakat Islam menjadi pudar, kosong fikiran dan ragu-ragu.Kekalahan orang-orang India dalam pemberontakan 1857 menentang penjajah Inggeris menambahkan lagi keperluan kepada seorang pemimpin yang mempunyai sifat kepimpinan yang teristimewa (charismatic). Segolongan orang Islam menunggu kemunculan Isa yang dijanjikan sebagaimana yang diberitahu kepada mereka. Maka dari keadaan dan peluang ini, bangkitnya Mirza Ghulam Ahmad membuat berbagai-bagai dakwaan berkenaan dengan idirnya.Pengaruh Nuruddin Ke Atas Mirza Ghulam AhmadSiapa Nuruddin?Nuruddin Bhairawi dilahirkan di Kampung Bhaira, Punjab, Pakistan Barat pada tahun 1841. Beliau mempelajari bahasa Parsi, tulisan dan bahasa Arab permulaan. Beliau sebenarnya seorang ahli perubatan tradisi India yang memegang gelaran ‘Hakim’. Nuruddin Bhairawi orang yang kedua di dalam ajaran Qadiani ini selepas Ghulam Ahmad. Malah setengah pengkaji berpendapat bahawa beliaulah orang yang sebenarnya menghasut Mirza melakukan pentyelewengan di dalam ajaran ini.Hubungan Nuruddin Dan MirzaPerhubungan Nuruddin dengan Mirza bermula pada tahun 1885 di Qadian. Terdapat banyak persamaaan idea antara Nuruddin dan Mirza. Sehinggakan apabila Mirza menulis bukunya “Barahin Ahmadiah”, Nuruddin menulis bukunya “Tasdiq Barahin Ahmadiah” untuk menyokong Mirza. Betapa dalamnya kepercayaan Nuruddin kepada Mirza dapat ditunjukkan dalam cerita ini : Apabila Mirza mengarang Fath Al-Islam dan Tawdhih Al-Maram, seorang bertanyakan Nuruddin sebelum beliau melihat buku-buku itu, “Apakah sebarang nabi akan muncul selepas Nabi Muhammad? Jawabnya, “Tidak”. “Jika ada orang yang mendakwa menjadi Nabi?”. Jawabnya, “Kita tengok dulu dia itu benar atau tidak. Kalau benar saya akan terima, malah kalau Al-Masih itu mendakwa membawa syariat baru dan membatalkan Al-Quran, saya tidak menafikannya. Ini kerana jika kita telah mengakui (Mirza Ghulam Ahmad) sebagai benar dan telah diutuskan Allah, maka apa saja yang dia kata tentunya benar dan kita mesti fikirkan bahawa maksud Khatami An-Nabiyyin (nabi terakhir) di dalam Al-Quran itu tentu mempunyai makna yang lain”.Nuruddin Mempengaruhi MirzaPAda awal tahun 1891, Nuruddin telah menghantar surat kepada Mirza memintanya supaya mengisytiharkan dirinya sebagai Al-Masih yang dijanjikan. Dalam surat jawapannya kepada Nuruddin, Mirza menulis bahawa dia tidak bercadang untuk membuat dakwaan demikian. Beliau hanya ingin menjadi seorang hamba Allah yang taat. Tetapi kemudian dalam tahun yang sama Mirza menerima gagasan Nuruddin itu.Kesan Kepada MirzaImplikasi dari penerimaan Mirza itu, menampakkan bahawa Mirza sebenarnya seorang yang lemah dan tidak cekal. Dia senang dipengaruhi oleh orang lain. Kesan daripada ini terdapat dua peringkat dalam hasil karya Mirza iaitu:Peringkat Pertama:Mengandungi karya-karya yang membuktikan sahnya agama Islam dan membatalkan agama-agama lain. Dalam karya-karya ini tidak terdapat dakwaan menjadi Al-Masih. Antara karya-karyanya itu ialah Barahin Ahmadiah, surmahi-Chashor-I-Arya dan Shahna-I-haq.Peringkat kedua:Bermula dengan dakwaannya menjadi Al-Masih kemudian diikuti dengan dakwaan-dakwaan lain berkenaan dengan dirinya. Dalam karya -karya ini penuh dengan sikap sombong dan mulia diri daripada masa yang lalu. Karya pertamanya di peringkat ini ialah Fath Al-Islam yang dikeluarkan pada tahun 1891 di mana di dalam buku inilah beliau mendakwa dirinya sebagai bayangan kepada Al-Masih yang dijanjikan. Mirza Bashir Ahmad dalam bukunya Sirat Al-Mahadi mengatakan bahawa Al-Masih Isa telah mati.Kandungan Ajaran QadianiKandungan ajaran Qadiani yang bertentangan dengan Islam itu boleh dilihat dari dakwaan-dakwaan Mirza Ghulam Ahmad dan perbuatan-perbuatannya.Siri Dakwaan MirzaMula-mula pada tahun 1885, Mirza Ghulam Ahmad mendakwa dirinya sebagai reformasi (mujaddid) kemudian pada tahun 1891, beliau mendakwa sebagai Imam Mahadi yang ditunggu-tnggu kemudian beliau dihasut oleh Nuruddin supaya mendakwa dirinya sebagai Al-Masih yang dijanjikan dan ini juga dilakukannya pada tahun 1891. Kemudian pada tahun 1901, beliau mengakui dirinya sebagai nabi. Di samping itu, pada 1hb. November 1904, beliau mendakwa dirinya sebagai penjelmaan Krishna unutk orang-orang Hindu di samping sebagai Isa Al-Masih untuk orang-orang Islam dan Kristian.Dakwaan Sebagai Imam MahdiSebelum Mirza Ghulam Ahmad, golongan-golongan Syiah telah terlebih dahulu mendakwa kedatangan Imam Mahdi dari kalangan tokoh-tokoh mereka. Umpamanya Syiah Sabaiah menganggap Ali bin Abi Talib adalah Imam Mahdi yang akan datang lagi ke dunia pada akhir zaman, Syiah Imamiah Ithna-Asyariyyah menganggap Muhammad bin Hassan Al-Asykari, Imam mereka yang kedua belas sebagai Imam Mahdi. Dia sekarang dalam keadaan ghaib dan akan keluar lagi sebagai Imam Mahdi. Dan golongan-golongan lain lagi yang mendakwa mempunyai Imam Mahdi masing-masing. Dengan demikian, tidak hairanlah jika Mirza Ghulam Ahmad yang mendakwa dirinya berjasa kepada Islam, mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi.DakwaanSeperti juga kepercayaan Kristian dan Yahudi, Mirza Ghulam Ahmad mempercayai bahawa nabi Allah Isa a.s. itu adalah telah mati sebagaimana kematian manusia biasa. Tetapi berlainan dari Kristian, beliau mendakwa mendapat ilham daripada Allah pada tahun 1890 bahawa Isa tidak mati di atas palang. Malah sebenarnya apabila beliau pengsan di atas palang, beliau diturunkan dalam keadaan luka. Kemudian kononnya apabila beliau benar-benar sembuh, beliau pun lari ke Kashmir dan mati di sana dalam keadaan biasa dan kuburnya terdapat di Srinagar, Kashmir.Dakwaan Sebagai Al-MasihPada mulanya kepercayaan Mirza kepada nabi Allah Isa a.s. sama dengan kepercayaan orang-orang Islam yang lain. Tetapi pada tahun 1891 di atas desakan kawannya Nuruddin, Mirza mendakwa dirinya sebagai Isa Al-Masih. Dengan demikian, supaya sesuai dengan dakwaannya, Mirza tidak lagi berpegang bahawa Isa Al-Masih yang akan turun itu adalah Isa ibn Mariam tetapi kononnya Al-Masih dari kalangan penganut agama Islam dan pengikut Nabi Muhammad saw. Tetapi ianya masih tetap mempunyai ciri-ciri, sifat-sifat dan peranan-peranan yang sama dengan Al-Masih ibn Mariam yang dijanjikan itu. Dan dengan demikian juga, Isa ibn Mariam itu tidak akan turun lagi kerana beliau (Mirza Ghulam Ahmad) sendiri yang telah menggantikannya. Untuk menguatkan lagi hujah ini beliau terus mengatakan bahawa Isa ibn Mariam itu telah mati bukan diangkat ke langit oleh Allah. Orang yang mati tidak mungkin akan hidup dan turun ke dunia lagi.
Dakwaan ini terkandung di dalam buku-bukunya, antaranya: Fath Al-Ilam, Tawdhih Al-Maram dan ‘Izalah Al-Awhan.Dakwaan Menerima WahyuDalam khutbah Ilhamnya (Al-Khutbah Al-Ilhamiah) Mirza Ghulam Ahmad berkata:
“Ini adalah kitab yang telah diilhamkan oleh Tuhan kepadaku pada satu hari daripada hari-hari perayaan, malah ia adalah hakikat yang diwahyukan Tuhan kepadaku”.
Katanya lagi,
“Sesungguhnya telah sampai wahyu kepadaku daripada Tuhan sebelum diturunkan penyakit taun supaya aku membuat perahu (bahtera) dengan pertolongan dan wahyu Kami”.
Beliau mendakwa bahawa apa-apa dakwaan dirinya adalah wahyu atau ilham daripada Allah bukan daripadanya sendiri.Dakwaan Sebagai NabiDakwaan Mirza Ghulam Ahmad yang paling merbahaya dan terakhir sekali ialah sebagai nabi iaitu pada tahun 1901. Dakwaan ini didahului dengan dakwaan menerima wahyu daripada Allah di mana bukan melalui malaikat Jibrail tetapi melalui ilham terus daripada Allah. Beliau mengakui bahawa wahyu melalui Jibrail hanya kepada rasul yang membawa agama baru. Wahyu seperti itu telahpun ditutup.
Pada tahun 1901, beliau telah membuat pernyataan yang mutlak tentang dirinya sebagai nabi yang sebenar:
“Demi Allah yang nyawa saya di tangan-Nya, Dia-lah yang telah mengutus dan menamakan saya Nabi … dan menunjukkan bukti-bukti yang jelas tentang kebenaran dakwaan saya yang jumlahnya sampai tiga ratus ribu bukti”.
Kemudian beliau menyamakan dirinya dengan nabi-nabi lain, malah akhirnya beliau menyatakan : “Sayalah Muhammad Rasul Allah”.‘Mukjizat’ MirzaSelain daripada mengakui menerima ‘wahyu’ daripada Allah yang taraf sahnya sama dengan wahyu Al-Quran, beliau mengakui juga mempunyai mukjizat. Katanya : “Nabi Allah itu telah menunjukkan tiga ribu mukjizat. Tetapi mukjizat saya melebihi dari satu juta”.
Dalam risalah ‘Ikjaz Ahmadi’ katanya:
“Bulan yang terang menjadi gerhana kerana saya, masakan dapat saya menafikan bulan dan matahari menjadi pucat kerana saya”.Menafikan Jihad Dan mewajibkan Taat Kepada InggerisMirza Ghulam Ahmad adalah seorang yang anti-jihad dan menjunjung tinggi penjajah Inggeris. Di bahagian lampiran dalam bukunya ‘Shahadatul-Quran’ edisi keenam, atas tajuk “Untuk Perhatian Segera Pemerintah”, beliau menulis : “Saya telah menerangkan beberapa kali bahawa Islam yang saya anuti ini mengandungi dua bahagian; iaitu Taat Kepada Allah dan kedua : Taat kepada pemerintah yang telah memberikan keamanan dan perlindungan kepada kita serta mengawal kita daripada kezaliman. Itulah dia kerajaan Inggeris”.
Beliau menambah:
“Saya bukan saja menjadikan orang-orang India Muslim taat kepada kerajaan Inggeris, malah saya telah menulis beberapa buah buku dalam bahasa Arab dan Parsi juga Urdu menerangkan kepada penduduk-penduduk Islam bagaimana untuk hidup aman, nikmat bahagia dan bebas di bawah kepak sayap kerajaan Inggeris”. Dan Mirza menambah lagi: “Saya yakin bahawa dengan bertambahnya bilangan pengikut-pengikut saya, maka berkuranglah orang yang percaya kepada jihad kerana kepercayaan kepada saya sebagai Al-Masih dan Al-Mahdi dengan sendirinya menafikan adanya jihad itu”.Mirza mengeluarkan hukum dan pendapat yang bertentangan sekali dengan kehendak ayat-ayat Al-Quran. Ini dapat ditunjukkan melalui kata-katanya di bawah:1. Jihad dengan pedang telah dilarang;2. Semua peperangan untuk agama sekarang ini telah ditegah;3. Sekarang jihad untuk tujuan agama telah diharamkan;4. Pada pendapat saya, tidak ada doktrin yang memburukkan nama Islam lebih daripada doktrin jihad;5. Saya menghabiskan sebahagaian besar umur saya untuk mengiyakan kerajaan British dan menentang jihad.Mengubah Ayat-Ayat Al-QuranSatu lagi penyelewengan dan kesalahan besar yang dilakukan oleh ajaran Qadiani ialah mengubah ayat-ayat Al-Quran atau disebut ‘Tahrif Al-Quran’. Tahrif bererti mengubah atau meminda bentuk dan kedudukan ayat-ayat Al-Quran. Sebarang pengurangan yang sengaja, penghapusan dan penambahan terhadap ayat-ayat Al-Quran adalah merupakan tahrif. Usaha yang sengaja dilakukan untuk mentafsir ayat-ayat Al-Quran di luar dari erti yang sebenar dan jelas adalah juga dipanggil tahrif.
Antara contoh-contoh tahrif adalah seperti ayat 23 surah Al-Baqarah, ayat 52 surah Al-Hajj dan ayat 1 surah Al-Qadr. Terdapat banyak lagi ayat-ayat yang diubah atau ditahrifkan oleh Mirza Ghulam Ahmad di dalam Al-Quran. Segala-galanya adalah untuk menguatkan segala dakwaannnya.Lain-Lain DakwaanDakwaan-dakwaan lain yang dilakukan oleh Mirza Ghulam Ahmad , antaranya ialah:1. Para Nabi Menyaksikan dirinyaDalam bukunya ‘Maktub Ahmad’ halaman 62, Mirza mendakwa:
“Nabi Allah Saleh telah menyaksikan kebenaran saya sebelum saya melahirkan seruan saya. Saya adalah Isa Al-Masih yang akan datang. Beliau menyebut nama saya serta nama kampung saya”.2. Malaikat Sebagai Pancaindera TuhanDalam buku ‘Hamamah Al-Busyra’ halaman 98, Mirza menegaskan:
“Lihatlah pada malikat-malaikat itu bagaimana Allah menjadikan mereka itu sebagai pancainderanya”.3. Ibadat Haji Di QadianOrang-orang Qadiani menganggap bahawa daerah Qadian adalah merupakan salah satu daripada tiga tempat suci disebutkan iaitu Makkah, Madinah dan Qadian. Harian ‘Al-Fadhl’ bilangan 1848, Jilid 10 Disember 1912 menyebut:
“Sesiapa yang menziarahi menara putih Al-Masih yang dijanjikan (Mirza) akan diberikan berkat yang hanya ditentukan kepada menara hijau Nabi di Madinah Al-Munawwarah. Alangkah menderitanya orang yang menghalang dirinya daripada menikmati Haji Akbar di Qadian”.
Dalam Harian ‘Al-Fadhl’ Jilid 20 bilangan 23 ada disebutkan katanya:
“Apa yang dimaksudkan dengan Masjid Al-Haram ialah Masjid Qadian. Andainya daerah Qadian menyamai Tanah Suci malah mungkin lebih utama daripadanya, maka menziarahinya adalah menyamai fardhu haji dan mungkin melebihi daripadanya”.
Dalam ‘Bigam Sulhi’ Jilid 21 bilangan 22, lidah rasmi ‘Cawangan Lahore’ menyebut:
“Menunaikan haji di Makkah tanpa melakukan haji di Qadian adalah haji kering dan kosong kerana menunaikan haji di Makkah hari ini tidak memenuhi risalah dan tidak menunaikan fardhunya”.UlasanMunculnya Ajaran QadianiMunculnya ajaran Qadiani ini adalah jelas dari keadaan-keadaan yang tidak ‘normal’ pada diri Mirza Ghulam Ahmad sendiri dan pada suasana alam sekelilingnya. Mirza adalah seorang yang mempunyai cita-cita yang tinggi, kuat berusaha dan belajar serta mempunyai sikap yang keras. Namun beliau bukan mempunyai pendidikan yang tinggi dan mendalam di dalam agama Islam. Pengetahuan yang didapatinya lebih merupakan hasil pembacaannya sendiri.
Suasana yang tidak tenteram di dalam masyarakatnya khasnya ancaman-ancaman politik dan kebudayaan dari penjajahan Inggeris dan kejahilan rakyat, memberi peluang kepadanya untuk muncul sebagai pemimpin yang akhirnya mendakwa dirinya dengan bermacam-macam dakwaan yang karut. Lebih-lebih lagi beliau sentiasa digalakkan oleh kawannya Nuruddin yang bukan seorang ahli agama yang kemudiannya menjadi khalifahnya yang pertama.Dakwaan Menerima WahyuPenyelewengan yang nyata dalam ajaran Qadiani bermula dari dakwaan menerima wahyu dari Allah swt oleh Mirza Ghulam Ahmad. Sebenarnya tiada seorangpun selepas Nabi Muhammad saw sama ada dari kalangan sahabat atau kalangan salafussalih yang telah diturunkan wahyu. Dengan demikian, apa yang dimaksudkan wahyu oleh Mirza Ghulam Ahmad itu adalah rekaan semata-mata.Dakwaan Sebagai Imam MahdiDakwaan Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi adalah dakwaan tanpa asas. Tidak ada orang yang mengetahui dengan tepat siapakah Imam Mahdi itu. Hadith-hadith berhubung Imam Mahdi hanyalah Hadith ‘Ahad’ dan tidak menjelaskan siapkah Imam Mahdi itu sebenarnya. Ulama-ulama Islam berselisih pendapat tentang akan lahirnya Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu itu. ýDengan demikian, kemunculan Imam Mahdi itu bukan suatu akidah di dalam akidah Islam.
Gelaran Imam Mahdi yang disebutkan itu adalah rekaan golongan tertentu untuk mengagungkan pemimpin mereka. Dan Mirza telah mengambil kesempatan menggunakan nama tersebut untuk dirinya dan mendakwa ianya datang daripada perintah Allah. Inilah taktik pembohongan Mirza yang selalu dilakukannya.Dakwaan Isa a.s. Mati Dan Kuburnya Di SrinagarDi dalam Al-Quran , Nabi Isa a.s. bukan dibunuh dan disalibkan tetapi rupanya telah diserupakan oleh Allah dengan seorang yang lain. Malah Allah telah mengangkatnya kehadrat-Nya sebagaimana tersebut di dalam ayat:
“Dan (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan :”Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa ibn Maryam, Rasulullah”. Pada hal mereka tidak memalangnya (dikayu palang salib) tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham tentang (Nabi) Isa, sebenarnya mereka berada dalam syak (ragu-ragu) tentang menentukan pembunuhannya. Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka tentangnya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata dan mereka (pula) tidak membunuhnya dengan yakin. Bahkan Allah telah mengangkat (Nabi) Isa kepada-Nya, dan adalah Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksna”.
(An-Nisaa’ : 157 & 158)
Dengan demikian, umat Islam percaya bahawa Nabi Isa a.s. itu tidak mati di tiang salib atau di mana-mana malah telah diangkatkan Allah ke hadrat-Nya. Hadith-hadith juga telah menyebutkan demikian. Dengan itu, kubur ýNabi Isa a.s. tentulah tidak ada di mana-mana juapun.Dakwaan Sebagai Isa Al-MasihDakwaan tersebut oleh Mirza Ghulam Ahmad ternyata karutnya. Ada dua perkara yang mesti difahami dalam soal ini:Pertama:Soal turunnya Isa Al-Masih ke dunia ini bukanlah boleh difahami dengan mudah. Ulama-ulama Islam berselisih pendapat tentangnya.
Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh An-Nuwwas bin Sam’an r.a. mengatakan bahawa Rasulullah saw ada menjelaskan ;
‘ … semasa Dajjal itu bermaharajalela, Allah menghantar turun Nabi Isa Al-Masih anak Maryam. Lalu ia turun berhampiran menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyik. .. maka Nabi Isa pun mengejar Dajjal sehingga dapat menawannya di pintu kampung yang bernama ‘Lud’ lalu membunuhnya ‘.
(Riwayat Muslim)Apa yang tersebut di dalam hadith di atas tidak ada kaitan langsung dengan Mirza. Dengan demilkian Mirza Ghulam Ahmad itu bukan sekali-kali Isa Al-Masih.Kedua :Isa Al-Masih yang disebutkan akan turun ke dunia menjelang kiamat itu jelas sekali adalah tidak lain daripada Isa anak Maryam dari keturunan Bani Israel yang tidak berbapa, sedangkan Mirza Ghulam Ahmad adalah berbapa dari keturunan Borlas dari bangsa Monghul bukan sekali-kali anak Maryam.Dakwaan Sebagai NabiDakwaan Mirza yang paling merbahaya sekali ialah dakwaan dirinya sebagai seorang nabi. Ayat yang digunakan oleh Mirza untuk menyokong dakwaannya ialah:
“Bahawa Muhammad itu bukanlah bapa kepada salah seorang lelaki kamu (Zaid bin Harithah, anak angkat Rasulullah) malah beliau adalah rasul (utusan) Allah dan penyudah segala nabi-nabi (yang terdahulu). Dan adalah Allah itu mengetahui segala-galanya”.
(Al-Ahzab : 40)Mengikut ajaran Qadiani, maksud ‘Khatam Al-Nabiyyin’ itu ialah bahawa Muhammad itu adalah mohor (seal) atau pengesah kepada segala nabi-nabi selepasnya, khasnya Mirza Ghulam Ahmad. Kesilapan dan pembelotan yang dilakukan oleh Qadiani di sini ialah ia memberi erti “adanya nabi-nabi selepas Nabi Muhammad” kepada perkataan Khatam Al-Nabiyyin itu. Ini semata-mata untuk membuka pintu kepadanya mengisytiharkan dirinya sebagai nabi, sedangkan makna sebenar ‘Khatam Al-Nabiyyin’ itu ialah tidak akan ada lagi nabi selepas Nabi Muhammad saw.
Pada zaman sahabat dahulu, setelah wafatnya Rasulullah saw terdapat orang yang mendakwa dirinya sebagai nabi umpamanya Musailamah Al-Kazzab. Mereka ini telah diperangi dan ada yang dibunuh.“Mukjizat” MirzaMukjizat ialah kebolehan luar biasa yang tidak dapat dicabar oleh manusia yang dianugerahkan Allah kepada Rasul dan Nabi-Nya untuk membuktikan kenabian atau kerasulan mereka. Misalnya mukjizat Nabi Muhammad saw ialah keluarnya air dari celah-celah jari Baginda apabila Baginda meletakkan tangannya di bumi. Oleh kerana Mirza ini bukan nabi dan bukan rasul maka tentunya beliau tidak mempunyai mukjizat apa-apa. Dan memang beliau tidak dapat menunjukkan apa-apa mukjizat pun.Menafikan JihadMirza telah melawan hukum Allah swt di dalam Al-Quran apabila beliau menafikan jihad. Jihad yang dimaksudkan di dalam konteks ini ialah berjuang memerangi musuh yang menceroboh agama Allah dan umat-Nya. Di dalam Al-Quran, kewajiban berjihad terhadap seteru-seteru yang merampas hak-hak orang Islam adalah jelas dan tiada siapa yang menafikannya. Ayat-ayat 190 hingga 194 surah Al-Baqarah memberi maksud:
“Berperanglah untuk jalan Allah (berjihad) terhadap orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui … dan perangilah mereka di mana sahaja kamu berjumpa, dan usirkan mereka keluar sebagaimana (setakat mana) mereka telah mengusirkan kamu. Dan fitnah itu adalah lebih dahsyat daripada pembunuhan.. Dan perangilah mereka hingga tidak ada lagi fitnah .. “Mengubah Ayat-Ayat Al-QuranPerbuatan tahrif iaitu mengubah atau meminda bentuk dan kedudukan ayat-ayat Al-Quran dengan sengaja adalah dianggap kafir. Setiap orang Islam yang mempercayai bahawa Al-Quran itu wahyu daripada Allah, tidak akan berani dan sanggup melakukan tahrif demikian.Lain-Lain Dakwaan Yang SalahPara Nabi Menyaksikan MirzaDakwaaan Mirza yang para nabi seperti Nabi Saleh a.s. menyaksikan dan mengakui Mirza sebagai Al-Masih adalah satu pembohongan yang amat nyata yang tidak masuk akal. Kalau itu berlaku di dalam mimpi, maka mimpi manusia tidak boleh dipegang lebih-lebih lagi tentang perkara yang tidak betul dan tidak dapat dibuktikan.Malaikat Pancaindera TuhanKata-kata bahawa malaikat adalah pancaindera Tuhan ternyata sesat dan salah sekalipun diucapkan dalam bentuk simbolik. Semua makhluk tidak boleh dicantumkan dengan zat Allah Yang Maha Suci dari segala makhluk-Nya.Haji Di QadianAmat sesat jika terdapat dakwaan adanya tempat lain untuk ibadat Haji selain dari Makkah tempat terletaknya Baitullah. ýPerkara ini sudah jelas di dalam Al-Quran dan Al-Hadith.Kumpulan Qadian Dan Kumpulan Lahor(Dikenali Juga Dengan Panggilan Ahmadiah Sahaja).Antara sifat-sifat penting kumpulan Lahor ini ialah:Pertama:
Ia tidak mengakui kenabian Mirza Ghulam Ahmad tetapi mereka mengakui ajaran Mirza (Golongan Qadian memang mengakui Mirza sebagai nabi).Kedua:
Ia mendakwa bahawa Isa itu adalah anak ‘Yusuf tukang kayu’ bukan tidak berbapa.
Namun kedua-dua kumpulan iaitu Kumpulan Qadian dan Kumpulan Lahor adalah pengikut ajaran Qadiani yang sesat dan terpesong daripada agama Islam itu.
Ajaran Qadiani Di MalaysiaKedatangannyaKedatangan ajaran Qadiani ke Malayssia dipercayai pada awal tahun 1930-an.dan penyebarnya yang pertama dipercayai Maulana Husin Iyaz yang datang ke Singapura pada tahun 1935 dan pejabatnya ialah di No. 116, Unan Road, Singaoura 15. Melalui pengkalannya di situ beliau menyebarkan ajaran ini. Selepas Maulana Husin Iyaz, datang pula Maulana Mohd. Sadiq bin Barakatullah pada 22hb. Disember 1949 sebagai wakil penyebarnya di sini.Kemasukan ajaran Qadiani ke Malaysia ini telah ditentang hebat ooleh ulama-ulama Islam. Di Jeram, Selangor ketua Qadiani di situ iaitu Syed Abdul rahman bin Syed Alwi telah meminta Sultan Selangor mengadakan penyelidikan ke atas ajaran ini pada bulan Mei 1951. Pada 23hb. Julai 1951 satu majlis perbahasan telah diadakan di hadapan baginda di Istana Selangor, Kuala Lumpur. Pihak Qadiani diwakili oleh Mohd Sadiq Barakatullah dan Mohd Zuhdi Fadhli. Pihak ulama Islam diwakili oleh Sheikh Mahmud Zuhdi dan ulama-ulama di Pejabat Agama Islam Negeri Selangor. Keputusan perbincangan ialah bahawa golongan Qadiani tidak diiktiraf sebagai golongan Islam malah terkeluar dari Islam.Kedudukan Ahmadiah/Qadiani SekarangSejak berlakunya dialog antara Ketua Ahmadiah/Qadiani dengan ulama-ulama tempatan yang berlangsung di hadapan Sultan Selangor dalam tahun 1951 itu, ajaran ini menjadi makin lemah dan tidak mempunyai pemimpin yang benar-benar dikenali. Lebih-lebih lagi kerana ajaran ini tidak diiktiraf sebagai ajaran Islam yang sebenar.
Dengan demikian, ianya tidak dapat berkembang ke seluruh negara, cuma hidup di tempat yang ia telah lahir sebelum itu. Di Selangor, antara tempat-tempat yang terdapat penganut-penganut ajaran ini ialah:1. Jeram : Ada kira-kira 40 orang pengikut (lelaki dan perempuan) di sini. Terdapat tanah perkuburan mereka sendiri yang diberi oleh Pegawai Daerah Inggeris pada tahun 1954. Luasnya kira-kira dua ekar.2. Sungai Tua : Kira-kira 20 orang pengikut (lelaki dan peremmpuan) terdapat di sini. Pengikut Ahmadiah/Qadiani dari Melaka datang berkumpul di sini.3. Sungai Buloh : Di sini terdapat sebuah surau Ahmadiah/Qadiani yang berharga kira-kira RM1600. Surau ini dibina daripada derma pengikut-pengikut ajaran itu.4. Kampung Nakhoda : Pengikutnya di sini masih kuat berpegang ajaran ini. Mereka terdiri daripada kira-kira lima keluarga. Terdapat sebuah ‘masjid’ Qadiani yang digunakan untuk mereka sahaja.Di negeri-negeri lain di Malaysia, selain dari Selangor, terdapat juga pengikut ajaran Ahmadiah/Qadiani ini. Tetapi mereka itu tidak diketahui orangnya. Mungkin kerana jumlahnya terlalu kecil. Tiap-tiap pengikut ajaran ini dikehendaki mengeluarkan 1/16 daripada pendapatan harian mereka kepada tabung kumpulan ini.Buat masa ini, penganut Ahmadiah/Qadiani adalah semakin berkurangan kerana di kalangan mereka ramai yang telah bertaubat dan anggota baru hampir tidak ada langsung. Gerakan mengembangkan ajaran ini telah lama berhenti dan orangramai umumnya mengetahui ajaran ini adalah bertentangan dengan Islam. Apa yang jelas kelihatan ialah pengikut ajaran ini terpisah dari masyarakat Islam biasa. Anak-anak mreka tidak dapat berkahwin dengan anak orang Islam dan mereka terpaksa menerima keadaan ini.
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!