Tuesday, December 13, 2011

Sekarang sudah terang apa yang Calon PAS Kedah Hanggat pungkoq..



Ini adalah apa yang di perkatakan tentang 
DAP hantar calon melayu untuk bertanding di Kedah



Cerita DAP nak bertanding banyak kerusi di Kedah sudah lama kita ketahui,dan kini kian nyata setelah apa yang di perkatakan oleh Timbalan Persuruhjaya 1 PAS Kedah,.Hasil dari maklumat yang dapat,mengatakan seorang calon melayu DAP telah di letakan di Kedah,,tapi kita jangan lupa,,DAP pernah berhasrat bertanding 4 kerusi di Kedah,sekarang di Kota Darul Aman memang DAP kekal bertanding,satu kawasan lagi tak di kenal pasti,tapi calon melayu di katakan sudah ada untuk bertanding,,lagi dua menjadi tanda tanya calon DAP bertanding di Kedah

Ini Artikel yang pernah tersiar bulan 9 baru-baru ni.

Isu agihan kerusi di Kedah kian hangat, DAP tuntut 4 kerusi lagi

ALOR SETAR 14 Sept. - Isu agihan kerusi di antara Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di Kedah semakin hangat diperkatakan apabila DAP menuntut empat lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi Parlimen untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagaimanapun berkata, Pas dijangka mengekalkan jumlah agihan untuk parti itu iaitu sebanyak 24 kerusi seperti pilihan raya umum lalu.
"Pas tiada apa perubahan tetapi mungkin DAP dan PKR ada berlaku tawar-menawar," katanya yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah kepada pemberita di sini hari ini.
Semalam, Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Lee Guan Aik berkata, parti itu menuntut enam kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang iaitu dua kerusi sedia ada dan empat kerusi tambahan.
Guan Aik berkata, selain itu, DAP juga mahu calonnya bertanding di dua kerusi Parlimen kerana sokongan terhadap DAP kini sudah jauh meningkat.
Azizan berkata, masih terdapat dua minggu lagi untuk DAP dan PKR mencapai kata sepakat mengenai agihan kerusi di dalam perundingan peringkat negeri.
Menurutnya, jika ia tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri maka cadangan dua parti itu akan dikemukakan ke peringkat pusat bersama hujah dan alasan masing-masing.
Kedah mempunyai 36 kerusi DUN dengan 24 ditandingi Pas, 10 kerusi (PKR) dan dua kerusi (DAP).
Daripada jumlah itu, Pas memenangi 16 kerusi manakala PKR memenangi lima kerusi dan DAP menang satu kerusi pada pilihan raya lalu.
Bagaimanapun, dua daripada lima wakil rakyat PKR kemudian mengisytiharkan diri sebagai sebagai wakil rakyat Bebas




Calon PAS dah kena jual oleh DAP,

"Elok lah penyangak jual penipu,,dah kena dah"

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!