Datuk Mukhriz Mahathir
05/12/2012
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir menggelarkan kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat sebagai "kemere" kerana tidak mempunyai daya usaha untuk membantu rakyat keluar dari tekanan hidup kerana mereka hanya tahu mengkritik.
Katanya ini kerana kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan seharusnya bersama kerajaan pusat menyelesaikan masalah rakyat.
"Mereka tidak bagi buah fikiran cara terbaik untuk diselesaikan pada masa rakyat terbeban dengan bermacam-macam masalah sebaliknya hanya tahu mengkritik program kerajaan BN walaupun ia hanya perkara remeh-temeh.
"Inilah bezanya pendekatan kerajaan BN dengan parti pembangkang dalam usaha meringankan beban rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ke-15, di Padang Sera, Jerlun, di Kodiang, hari ini.
Mukhriz yang juga ahli parlimen Jerlun berkata kewujudan KR1M tidak akan membunuh kedai-kedai runcit atau mewujudkan persaingan tidak sihat malah ia membantu pengusahanya mendapat bekalan lebih mudah, harga murah dan keuntungan berpatutan.
Katanya kerajaan mahu mewujudkan satu sistem pengedaran produk berkualiti berharga murah melalui KR1M supaya orang ramai dapat membeli barangan asas pada harga terkawal dan berpatutan dan tidak bertujuan menanggung subsidi harga barangan.
KR1M adalah usaha kerajaan BN sebaliknya menjadi amalan pembangkang menjadikannya satu polemik supaya dapat mengkritik dan mempolitikkan apa saja usaha BN walaupun ia dilaksanakan demi kebaikkan rakyat, kata Mukhriz.
"Rakyat menerima tempias kenaikan harga barang kesan dari ekonomi dunia yang lembab walaupun ekonomi dalaman negara baik tetapi kerana perkara yang berlaku di luar kawalan seperti kenaikan harga minyak memberi kesan secara langsung," katanya.
Menurutnya rakyat cukup matang untuk menilai usaha kerajaan yang memberi manfaat kepada mereka.
Mengenai kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang memberi penekanan setiap produk memenuhi piawaian kesihatan dipatuhi, Mukhriz berkata produk KR1M memenuhi syarat tersebut dengan baik.
"Masalah yang berlaku baru-baru ini hanyalah pelabelan tetapi selepas diletakkan pelekat kita sudah menyelesaikan untuk jangka masa pendek, ini bukan isu kritikal yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna," jelasnya.

Turut hadir pada majlsi itu ialah Pengarah Urusan yang juga Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Dr Ameer Ali Mydin.
- Bernama
Di sini kita dapat lihat pengunaan jenama 1Malaysia bukanlah satu saingan untuk produk yang berjenama..rakyat berhak memilih barangan yg berjenama atau pun barangan yg semuanya di bawah satu jenama 1Malaysia.selalunya rakyat yg berpendapatan tinggi tidak akan memilih barangan yg di anggap mereka low class..kita dapat lihat apa yg berlaku di Hyper Market yg tak perlulah di sebut namanya..apabila menjual barang di bawah satu jenama syarikat mereka sejak sekian lama,,tapi tak pulak golongan peruncit musnah..tapi apa yg kita lihat berlaku di Hyper Market membawa keluar barang dalam satu jenama..pembeli mempunyai hak memilih...sama ada membeli barangan yg di letak satu jenama,,atau barangan yg berjenama sendiri..tetap terjual.
Sepatutnya golongan rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah menggunakan manfaat ini,,kerajaan telah menjaminkan dlm bajet 2012..KR1M akan dibuka seluruh malaysia..bertapa begitu perihatinya kerajaan kita..itu pun masih ada pihak yg memburukan kerajaan.setelah terhasut dengan pihak parti yang tak bertanggungjawap..
Tahukah anda..tentu ada udang di sebalik batu pihak parti yg tak bertanggungjawap itu..kenapa mereka terlalu terasa tergugat dengan perlaksanaan KR1M.sedangkan ianya memberi banyak manfaat kpda rakyat yg berpendapatan sederhana dan rendah..bukan kah PR matlamat mereka Negara Kebajikan..kena inggat itu baru matlamat mereka,,belum tentu terlaksana pun,,sedangkan kerajaan Malaysia sekarang telah melaksanakan kebajikan sejak sekian lama..dan perubahan demi perubahan untuk kerajaan pastikan kebajikan itu kpda rakyat..
Apa hujahnya yg menyatakan peruncit tak akan musnah..cuba kita lihat perlaksanaan hospital kerajaan,,klinik 1 malaysia yg hanya menggenakan RM1 kepada rawatan pesakit luar dan ubat-ubatan,,sedangkan klinik swasta atau hospital jauh lebih tinggi..tapi knpa klinik swasta dan hospital swasta tumbuh bagaikan cendawan,,tak juga musnah..sedangkan hyper market juga membawa keluar barangan di bawah satu jenama syarikat mereka..tak juga peruncit musnah.bukankah kuasa membeli terletak ditanggan pembeli dan pengguna....
tepuk dada tanya hati..knpa rakyat tak di beri pilihan barangan yg murah oleh Pakatan Rakyat untuk membeli sekiranya wujudnya KR1M,,bukankah kerajaan telah menjaminkan harganya serendah sehingga 40% dari harga pasaran,,tapi yg bezanya cuma barangan tersebut di letakan dlm satu jenama.
Blog anda telah disenaraikan di dalam Blog Pilihan Tendang Terajang
ReplyDelete