Pihak Madrasah Salihiah juga mempersoalkan |
Gambar dari blog PadiJantan
Baca beritanya..
Pemegang amanah Madrasah Salihiah, Jalan Tambang Badak, di sini yang berusia kira-kira 100 tahun, terkejut dengan keputusan kerajaan PAS Kedah untuk mengambil alih tapaknya bagi membangunkan semula Plaza Tunku Yaacob yang terbengkalai pembinaannya sejak 30 tahun lalu.
Mereka mempersoalkan cadangan pengambilan tapak dan bangunan madrasah itu kerana hartanah berkenaan berstatus wakaf khas untuk dijadikan madrasah dan surau serta mendapat sokongan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah.
Ia susulan notis siasatan bertarikh 3 Julai lalu yang meminta pemilik tanah atau pihak berkepentingan terhadap tanah yang terbabit dengan pembangunan plaza berkenaan supaya hadir ke Pejabat Tanah Daerah Kota Setar pada 25 Julai ini bagi membincangkan pampasan untuk membolehkan pengambilan tanah dilakukan.
Pemegang amanah yang juga bendaharinya, Fadzil Ishak, 60, berkata pihaknya tidak pernah dihubungi atau menerima surat daripada pentadbir tanah mengenai pengambilan itu dan terkejut apabila turut dipanggil untuk membincangkan pampasan.
Katanya, tapak madrasah berkenaan yang mempunyai kira-kira 200 ahli adalah berstatus tanah wakaf khas yang dikhususkan untuk orang Islam bagi tujuan pembinaan masjid atau surau dan ia tidak pernah diganggu sejak sekian lama.
“Kita tidak sangka sama sekali pembinaan semula Plaza Tunku Yaacob akan membabitkan kawasan ini sehingga kami menerima notis berkenaan. Namun, bagi kami ini adalah hak orang Islam yang sudah termaktub sekian lama dan kami memilih untuk mengekalkannya seperti sedia ada.
“Justeru, kerajaan negeri perlu menghormati status tanah wakaf khas ini kerana mungkin terlepas pandang dan tidak perasan mengenai perkara ini berikutan tidak mendapat maklumat tepat. Kami harap mereka mengkaji semula tindakan ini.
“Kita juga sudah menghantar surat bantahan bertarikh 13 Julai lalu, namun belum ada sebarang pihak menghubungi kami untuk berbincang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Fadzil berkata, jawatankuasa madrasah itu turut mendapat sokongan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang memutuskan supaya premis itu dikekalkan di tempat asal tanpa diruntuhkan bagi manfaat jemaah untuk menunaikan ibadah serta melakukan aktiviti keagamaan.
Katanya, tapak asal Madrasah Salihiah adalah kira-kira 0.1 hektar, namun mengecil kepada 0.08 hektar selepas sebahagian daripada tanahnya diambil untuk tujuan pembinaan jalan raya.
“Madrasah ini kini menjadi pusat kegiatan kelas Bahasa Arab dan pengajian agama dan al-Quran,” katanya.
Difahamkan, projek pembangunan semula Plaza Tunku Yaacob turut membabitkan pembinaan kompleks beli-belah, pusat komersial, hotel dan kondominium. Ia dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan pemaju swasta.-bh
Ini la kerja kerajaan Pas Kedah. Inikah hasil daripada 'Islam Terlebih' hinggakan sanggup nak merampas Surau dan tanah wakaf? Biaq betui ni Pas?
Di mana kerajaan kebajikan yang dijanjikan oleh Pas? Takkan tunggu nak tawan Malaysia baru ada kebajikan?
Macam ni nak percaya dengan kerajaan Pas Kedah? Islam lagu mana pun tak la..
McTheory:
Pikiaq elok-elok la orang Kedah oi..
pi tanya org2 kedah, inikah kebjikan dan negara islam yg depa mahu? kalau ya pru 13 nanti undilah lg ...heheheheh, bangang mcm ore kelate dgn nicky ajis nya.
ReplyDeleteApakah ini tanda-tanda bahawa kerajaan PAS akan tumbang? Ingatkan Israel saja dok buat kat palestin rupanya kat Kedah pun dah ada rupa macam tu.
ReplyDelete