Sunday, November 13, 2011

PANAS!! GEJALA SOOSIAL DI KEDAH SEMAKIN MENJADI-JADI!!



Apa dah jadi? Blogger Pas mendedahkan sarang maksiat di Kedah?

Gunung Jerai, lambang kegagahan negeri Kedah. Diantara gunung ketiga tertinggi di Malaysia. Penuh dengan sejarah, keindahan alam dan juga misteri yang tidak terungkai di dalamnya. Namun sudah tercemar apabila dilaporkan menjadi 'pot' remaja untuk beromen dan bermaksiat.

Berani benar mereka melakukan sedemikian. Ini kerana, gunung jerai mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Pernah dahulu, ada pasangan remaja yang 'terlekat' batu dalam lesung dan tidak dapat dipisahkan. Kerana mereka berzina dikawasan jin Islam.

Akibatnya, pengamal perubatan tradisional datang untuk menyelesaikan masalah mereka, setelah hospital pun tidak dapat berbuat apa-apa, kecuali memotong anu lelaki tadi.


Tetapi mungkin pasangan yang berani bermaksiat ini sudah tidak fikirkan baik dan buruknya. Janji dapat melepas nafsu, tidak kira di mana pun asalkan orang tak nampak kira ok.

Selain gunung jerai, dikatakan gunung keriang juga menjadi pot untuk pasangan haram bermaksiat. Gunung keriang bukan sahaja pot untuk bermaksiat, malah ia dijadikan pot untuk remaja melepaskan ketagihan dadah.

Dikawasan Gunung Keriang juga dijadikan tempat mengedar ganja dan mengisapnya secara sembunyi.

Tanyalah remaja disekitar Alor Setar, apakah mereka tidak mengetahui perkara ini. Nescaya ramai yang mengetahuinya, kerana Gunung Keriang (Kawasan Kubu Kuat Pas) sememangnya sudah lama menjadi 'pembekal' ganja kepada remaja di sekitar Alor Setar.

Bukan Mc nak menuding jari, tidak. Tetapi gejala ini sudah lama berlaku. Mungkin ada sesetengah diantara kita sedar, dan ada yang tidak. Namun penagihan dadah dan maksiat perlu dibenteras dengan segera.

Kerajaan negeri dan jabatan agama Islam negeri perlu melakukan sesuatu jika tidak perkara ini akan menjadi lebih teruk dan kritikal.

Kerajaan Pas Kedah, boleh menyusun berpuluh-puluh ceramah politik dalam sebulan untuk orang mengundi Pas. Namun tidak adakah usaha untuk mengadakan ceramah agama bagi kesedaran rakyat.

Di tangan Pas Kedah. Maksiat semakin menjadi-jadi, dadah makin kritikal, graf jenayah semakin meningkat. Apa dah jadi? Dimana Pas Kedah terapkan pentadbiran Islam?

Orang Pas cakap bab Islam, umpama dia sorang saja yang pandai bab Islam, namun dalam segi mentadbir? Buktikan dahulu kepada kami Pas mempunyai pentadbiran Islam yang kuat. Bukan hanya bercakap dan berceramah politik disana-sini.

Sudah la penjanaan ekonomi negeri, Pas hanya harapkan sumber balak. Perkilangan, FDA dan sumber lain semua lingkup. Bab sosial juga gagal, apa lebihnya Pas berbanding kerajaan UMNO dahulu? Apa yang Pas buat setelah mendapat kerajaan negeri dari UMNO?

Kalau dasarnya tidak berubah, malah menjadi semakin teruk, baik bagi balik Kedah dekat UMNO. Menegur, mengkritik dan berjanji memang mudah. Namun dalam melaksanakannya.. apakah Pas berjaya?


McTheory:
Beli cermin, cerminkan diri sendiri..

1 comment:

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!