Monday, November 28, 2011

GEMPAR!! PAS KEDAH JUGA MAHU BERI RM100 PADA SETIAP PELAJAR DI KEDAH??


Apabila kerajaan pusat membantu rakyat dengan bantuan rm100 pada setiap pelajar sekolah. Tidak kira sekolah apa jenis sekali pun. Dengar kata kerajaan Pas Kedah juga turut mahu membantu dengan menghadiahkan rm100 kepada setiap orang pelajar sekolah di Kedah.

Betui ka?


Sebelum ni orang Pas heboh mengatakan pemberian bantuan rm100 dari kerajaan pusat kepada pelajar sekolah tu tak cukup. Celah gigi pun dah habis. Malah ada yang kata rm100 tu buat beli buku anak pun tak lepas, siap kena tambah lagi.

Inilah jenis manusia yang mengaku dirinya Islam 'terlebih' tapi tidak pernah bersyukur untuk merasa nikmat yang Allah kurniakan.

Bantuan rm100 tu sememangnya untuk ibu bapa membeli barangan keperluan sekolah. Kalau kena tambah duit beli buku pun, hanya beberapa ringgit sangat.

Yuran sekolah dah tak payah bayar, nak beli buku pun kerajaan dah bagi rm100. Ibu bapa cuma beli pakaian dan kasut sekolah saja. Itu pun tak reti-reti nak bersyukur, masih ramai yang dok kutuk kerajaan dan mengata yang bukan-bukan.

Namun berita yang mengatakan kerajaan Pas Kedah mahu turut sama membantu pelajar sekolah dengan tambahan wang rm100 tu. Mc sokong!

Alaa macam orang Pas selalu cakap, rm100 tu celah gigi saja. Kalau benar celah gigi, tidakkah kerajaan negeri lain yang diketuai oleh Pakatan Haram, turut mengikut jejak langkah kerajaan negeri Kedah?

Alaa.. kata celah gigi.. buktikanlah!


McTheory:
Untungnya pelajar sekolah di Kedah noo..

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!