Monday, October 24, 2011

Pas Kedah Nak Kutip Cukai Tanah Kat PLUS la pulak..



Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) perlu menjelaskan hutang cukai tanah yang tertunggak sejak tanah milik Kerajaan Negeri diambil alih untuk dibangunkan sebagai Lebuhraya Utara-Selatan.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau difahamkan bahawa sehingga kini tanah yang ditukar milik untuk tujuan pembangunan prasarana di bawah Kanun Tanah Negara, masih belum digazet sedangkan proses pengambilalihan tanah sudah lama diselesaikan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Menurutnya, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara, tanah berkenaan perlulah digazet dan apabila ia digazet pihak pengurusan perlulah menjelaskan cukai tanah kepada Kerajaan Negeri Kedah sama seperti pembayar-pembayar cukai yang lain.


“Laluan itu panjang, bermula dari Bukit Kayu Hitam sehinggalah sempadan Pulau Pinang (dan sempadan Perak), namun sejak laluan berkenaan digunakan, sekupang (satu sen) pun (cukai) tidak dibayar kepada Kerajaan Negeri.

“Tanah yang diambil adalah milik Kerajaan Negeri Kedah, dan kalau tanah itu digunakan, hasilnya (cukai) perlulah dibayar,” katanya semasa berucap pada program ceramah sempena Sambutan 60 Tahun Pas peringkat negeri Kedah, yang diadakan di Kompleks Pas Batu 9, malam kelmarin.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang, berkata, tidak ada sebab untuk Plus tidak membayar cukai tanah kepada Kerajaan Negeri sedangkan mereka mengaut untung besar setiap tahun.

“Kenapa projek daripada Plus yang mendapat kutipan tol dan mengaut untung lebih 1 bilion setahun, tidak membayar hasil (cukai) sedangkan laluan dibina di atas tanah Kerajaan Negeri dan bukannya di atas angin.

“Jika bayaran cukai ini dibuat, ia akan menjadi satu lagi hasil baru di bawah pendapatan negeri ini dan perkara ini akan saya tanyakan dalam Dewan Rakyat pada minggu depan,” katanya.

Sementara itu, katanya, Kerajaan Negeri Kelantan juga akan menuntut hutang berjumlah RM35 juta, yang melibatkan pembinaan landasan kereta api serta stesen kereta api di beberapa kawasan termasuklah Pasir Mas, Kuala Krai, Tumpat, Gua Musang dan Tanah Merah.

“Kita akan membuat tuntutan, sudahlah royalti minyak pun diambil, kini Perbadanan Aset Keretapi perlu membayar cukai kerana ia didirikan di atas tanah milik Kerajaan Negeri Kelantan,” katanya. - GPB


Ulasan Mc
Nampaknya Pas Kedah ni dah betui-betui takdak duit dah ni. Habis semua depa nak claim. Dulu UUM kena, lani kena PLUS pulak, lepas tu nanti KTM punya landasan kereta api pun depa nak juga. Memang dahsyat la Pas Kedah ni.

Tu Sekolah-Sekolah, masjid-masjid, Tadika Kemas dan pelbagai bangunan Persekutuan kat Kedah tu, tanah tak mau claim cukai ka? heh..

Apa kata lepas ni PLUS tutup saja laluan lebuhraya ke Kedah. Biar sampai Penang dan Perak saja. Kita tengok rakyat Kedah mengamuk kat Kerajaan negeri, sebab nak ulang alik buat kerja susah. Mc ingat lagi zaman dulu2 sebelum ada lebuhraya, nak pergi Penang, lebih 3 jam dari Alor Setar. Lepas dah ada lebuhraya,  1 jam pun tak sampai. Tu kan kegunaan untuk semua, rakyat Kedah pun dapat guna. Kerajaan Kedah satu sen pun tak keluar duit.

Dah la tak keluaq duit, lagi nak claim macam2. Kemudahan lebuhraya tu orang2 Pakatan tak guna ka? Memang la kena bayar, tapi berapa sen sangat kalau nak dibandingkan dengan minyak kereta yang jauh lebih mahal harganya.

Tapi bila dah mai perkara BERKIRA (kedekut) macam ni, PLUS patut ajar sikit puak Pakatan ni. Biar depa tau langit tinggi ka rendah!

Mampuih woo kalau lebuhraya Alor Setar - Penang tutup, beratus ribu orang pakai jalan tu sehari. Mau kena getah Pas Kedah nanti.

McTheory:
Kebuloq duit sangat, mau ajaq macam tu saja.

4 comments:

  1. apalagi haramjadah puak pas ni nak???

    jalan berkurap pun nak kutip cukai...

    meme terang la jenis berbelanja cara berhemah yg dijaja oleh pemerintah negeri kebajikan ni tahap tak bleh pakai...

    sembang macam paria lidah bercabang...

    pejuang hamas...

    ReplyDelete
  2. muka lekak-lekok tu memang cam tu perangai dia..jalan lekak-lekok pun dia dok sibuk bab cukai...dah takda isu la tu...popularity pon dah merudum..

    ReplyDelete
  3. Inilah puak-puak yang hidup atas isu dan mencari-cari buruk orang lain. hidup atas meminta sedekah kepada puak-puak penyokong mereka yang tolol tak sudah-sudah. Nak buat negara berkebajikan tetapi mereka sendiri meminta-minta. saya tak tau apa sumbangan mereka kepada negeri Kedah sejak 3 tahun memerintah. Dalam ceramah kutuk orang bukan main. nak buat projek cari duit tak tau. last-last benda-benda macam nilah depa ungkit. Yang depa guna dan dapat nikmat dari apa yang kerajaan BN buat langsung tak berterima kasih. Inilah dasar puak yang hanya tau cari busuk tahi orang tetapi tak sedar bahawa dalam perut mereka pun penuh taik yang lebih busuk.

    ReplyDelete
  4. si pukimak muka ketak ni memang x abeh2 menghasut..bodo piang btol la..benda untuk kemudahan@prasarana pun nk kutip cukai apa kebenda ni..p slolah la siputdin oii

    ReplyDelete

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!