pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, February 6, 2013

Hot !!! Biaq Betul EXCO Kelantan Tidak Mengiktiraf Unit Amal PAS ???




Hairan juga Pisau Kedah dengan sikap puak PAS ni !!

Setahu Pisau Kedah, puak PAS ni tidak iktiraf polis, katanya polis ni anjing Kerajaan, barua kerajaan yang bertindak zalim terhadap penyokong Pakatan Haram sekiranya Pakatan Haram nak buat huru hara di Malaysia.


Puak PAS selalu kata, Unit Amal yang di tubuhkan mereka lebih bagus dari pihak Polis untuk menjaga keselamatan mereka sekiranya mereka mahu melakukan huru hara .

Tapi mengapa dalam hal rumah kena pecah oleh perompak seperti cerita di bawah ini , puak PAS nak panggil pihak Polis yang di gelar mereka anjing kerajaan yang zalim ?

Kemana perginya Unit Amal yang mereka kata mampu menjaga mereka ?

Rumah Exco dipecah masuk

Saleha bersama Che Abdullah yang juga Adun Wakaf Bharu memberi keterangan kepada Pegawai Penyiasat IPD Tumpat, Inspektor Firli Fairulyzan Arias Yahaya.

TUMPAT – Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Datuk Che Abdullah Mat Nawi kerugian RM25,000 apabila rumahnya di Taman Mimi, Wakaf Bharu dipecah masuk awal pagi semalam.

Isterinya, Datin Saleha Yaakob berkata, dia percaya kejadian itu berlaku antara jam 4 pagi hingga 4.30 pagi ketika dia sekeluarga sedang tidur nyenyak.

“Ini kejadian yang ketiga kali rumah kami dipecah masuk sejak mendiami rumah ini lapan tahun lalu. Akibat kejadian itu wang tunai RM500, gelang emas, cincin perkahwinan saya dan cincin pusaka lesap dikebas pencuri tersebut,” katanya.

Saleha berkata, dia menyedari rumahnya dimasuki pencuri kira-kira jam 5 pagi selepas bangun dari tidur untuk menunaikan solat subuh.

“Saya perasan laci almari terbuka, lalu saya memeriksa dan mendapati bekas tempat simpanan cincin hilang.

“Curiga dengan kehilangan cincin tersebut, saya periksa semua tingkap dan pintu dan syak ada pencuri masuk. Mungkin pencuri itu panjat balkoni dan masuk melalui tingkap bilik tidur di tingkat atas,” katanya.

Menurutnya, beg tangannya yang mengandungi wang RM500 yang hilang itu dijumpai di belakang rumah, ditinggalkan pencuri bersama dokumen penting yang lain.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Sharipudin Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

“Siasatan dilakukan untuk mengenal pasti suspek dalam kejadian tersebut,” katanya.- Sunar
Pisau Kedah turut bersimpati dengan nasib yang di terima salah seorang EXCO di Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang kerugian RM25,000 setelah rumah yang di diaminya telah di pecah masuk perompak awal pagi kelmarin.

Puak PAS tak perlu la mengelar pihak polis ni anjing atau barua Kerajaan kerana tugas mereka adalah menjaga keamanan dan ketenteraman awam sepertimana yang telah di pertanggungjawabkan ketika pertama kali menyarung uniform.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog