pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, May 18, 2012

Panas !!! Kakitangan KUIN melakukan solat hajat untuk memohon Azizan Razak melakukan kerja secara Islam





Kerajaan pentadbiran PAS di Kedah kian terdesak dengan isu hutang KUIN.jika di lihat permasalah KUIN belum nampak kesudahan,apakah Kerajaan Negeri Kedah bawah pentadbiran PAS sudah tersepit dengan kemelut KUIN sehingga tidak mampu di selesaikan.?

Terbaru Seramai 150 orang kakitangan (lelaki & perempuan) Kolej Universiti Insaniah KUIN beramai-ramai telah mengadakan solat hajat bagi memohon agar kemelut dalaman yang melanda KUIN mutakhir ini dapat diselesaikan segera. Majlis solat hajat diadakan di surau KUIN, memohon agar Allah mmberikan ksejahteraan dalam krisis kewangan yang melanda KUIN dan semoga Allah memberikan kemudahan untuk pihak kakitangan KUIN mngemukakan beberapa tuntutan kepada pihak KUIN. Antara tuntutan itu ialah :

1. Tuntutan terhadap kenaikan gaji 13% yang ditangguhkan pihak LEMBAGA PENGARAH KUIN dengan alasan KUIN adalah swasta sedangkan pelarasan itu adalah untuk perbandaran dan untuk Jabatan Perkhidmatan Awam JPA sahaja. Tuntutan dilakukan agar KUIN lbh telus dan jelas mengenai status dan tarikh pembayaran kenaikan 13% tersebut. Jika KUIN adalah adalah sebuah institusi swasta sebagaimana yang didakwa oleh pihak LEMBAGA PENGARAH, maka kakitangan akan menuntut untuk dinaikkan gaji mereka daripada 13% kepada 20%.

2. Bayaran balik yang tertunggak berbulan-bulan yang belum dibuat pembayaran kepada institusi kewangan, badan yg memberi pinjaman, insuran dan institusi pelaburan saham sedangkan pemotongan gaji telah dibuat oleh pihak KUIN terhadap gaji kakitangan yang terlibat.

Majlis solat hajat diadakan hasil kesepakatan kakitangan KUIN berikutan krisis kewangan yang serius yang melanda KUIN sejak kebelakangan ini hingga menyebabkan kebajikan mereka terabai. Majlis sebelum itu diserikan dengan ceramah motivasi bertajuk JOM AMANAH yang disampaikan oleh Tuan Syeikh Ahmad Fisol b. Hj Omar Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu.

 


  Sumber :-Kedah Time

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog