pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, June 30, 2012

Panas !!! PAS Kedah sudah gelabah setelah mengetahui bakal kalah PRU 13 ini.


Artikel ini Pisau Kedah petik dari kedahkekl berkenaan isu bakal Menteri Besar Kedah yang di ulas Tun Mahathir dan cuba di putar belit Harakah untuk tujuan mencetuskan pertelingkahan di antara pemimpin-pemimpin UMNO Kedah.

Pisau kedah tidak nampak la isu Menteri Besar ini menjadi permasalahan dalam kedah, kerana ke semua pemimpin UMNO Kedah tak kisah siapa yang menjadi calon Menteri Besar.

Pisau Kedah hairan juga kenapa PAS beria-ia mainkan isu calon Menteri Besar Kedah dari kalangan pemimpin UMNO? apakah PAS Kedah dapat merasakan kekalahan mereka dalam PRU 13 ini di Kedah sehinggakan calon Menteri Besar pun di gunakan untuk serang UMNO Kedah.

Setahu Pisau Kedah dari maklumat yang di perolehi dari sumber - sumber yang boleh di percayai, BN bakal menawan kembali Kedah. Sebab tu PAS cuba serang UMNO dari segi calon Menteri Besar.


Tak habis-habis pencacai blogger dan portal fitnah paling tegar di Malaysia iaitu HARAMKAHdaily memainkan isu siapa MB Kedah. Tidak cukup memutar belitkan kata-kata Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah. Kali ini mereka cuba melagakan lagi Mukhriz dan perhubungan negeri.

Apakah sudah tidak ada KILLER isu berbangkit yang boleh mereka mainkan?

Datuk Paduka Ahmad Bashah secara jelas merendah diri dan menyerahkan segalanya kepada pucuk pimpinan parti iaitu Tuan Presiden UMNO untuk memilih siapa yang layak menjadi MB Kedah 'BILA' UMNO/BN menang nanti.

Tidak tersemat didalam hati beliau untuk mengingkari kata-katanya. Malah sebagai seorang yang berpengalaman, Datuk Bashah sememangnya layak untuk menjadi MB Kedah, setia kepada parti lebih tinggi dari pangkat dan darjat.

Begitu juga dengan Dato Mukhriz Mahathir. Sebagai orang muda yang berkeliber, Mc melihat Mukhriz boleh pergi lebih jauh jika beliau bersabar dan mengikut rentak politik yang betul. Kegopohan dan ketamakkan boleh membuat kita jatuh merudum, seperti mana langkah poltik Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu.

Mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir, jika anda baca betul-betul, Tun Dr Mahathir hanya menjawab soalan yang dikemukakan wartawan. Bukan Tun Dr Mahathir yang membuat kenyataan menyokong secara tiba-tiba.

Sebenarnya Tun hanya menjawab soalan, soalannya lebih kurang beginilah. "jika Mukhriz di pilih menjadi calon MB Kedah, apakah beliau akan menyokong Mukhriz?" Tentunya beliau akan menyokong, tetapi masih lagi menghormati keputusan parti. Bukankah itu jelas pendirian Tun yang lebih menghormati parti lebih dari peribadi!!

Ternyata portal fitnah haram jadah Pas itu hanya fokus kepada sudut yang berbeza dari apa yang Tun katakan.

Tentang calon lain yang kepingin nak jadi MB Kedah tu.. Mc sendiri pun tak pernah dengar tentang mereka. Wahai orang Kedah, tidak kira penyokong UMNO atau atas pagar. Tak payah kita pening kepala nak fikir siapa MB Kedah bila UMNO/BN menang nanti. Kerana percayalah kita bahawa, PM kita yang bijaksana sudah pun memikirkan yang terbaik untuk negeri Kedah bagi mengubati sakit parah yang Pas Kedah buat selama ini.

Apa yang perlu kita fokus sekarang hanyalah pastikan UMNO/BN menang besar!!




Pisau Kedah :-

Nantikan Video ulasan dari Dato' Mukhriz Mahathir berkenaan isu calon MB yang akan Pisau Kedah paparkan. Video ini bakal buat PAS Kedah  akan meroyan dengan ulasan yang telah di buat.

Panas !!! Pencacai PAS Kedah dah gelabah pendedahan kegagalan projek PAS Kedah

Sudah setahun pusat pengumpulan ini di dirika namun sia-sia saja terbiar begitu saja

Pisau Kedah ada membuat pendedahan berkenaan kegagalan projek Agro Kedah tentang Pusat Pengumpulan Hasil  Produk Pertanian Lembah Jerai ( 4PLJ ) di sini.

Ternyata dengan pendedahan itu telah membuat blogger PAS jadi meroyan dengan jawapan yang langsung tak berfakta dan juga tulisan yang kebudak - budakan yang berumur 6 tahun. Malas la nak sebut nama blog dia nanti macam promote pulak.


Dia kata fakta pada tahun ni hasil buah - buahan di Kedah merosot 50 %  sebab tu la pusat pengumpulan itu tak berfungsi. Mai sini Pisau Kedah nak jawap berkenaan isu ini .

Ya betul hasil buah - buah agak merosot sikit di Kedah tapi tak lah sampai 50%. Kalau kita lihat di jalan - jalan di Kedah ramai yang jual di tepi jalan bagaimana yang di katakan merosot tu ?

Blogger terbabit angap Pisau Kedah ni tak ada Kampung kot tak tau bagaimana musim buah tahun ni. orang kampung pun boleh menilai apa yang di tipu blogger terbabit kata hasil buah orang kampung merosot 50 %.

Pisau Kedah nak pertikai juga sekiranya begitu jawapan yang di beri, nampak gayanya bangunan terbabit sia - sia saja la di bina hanya untuk perabihkan duit rakyat tapi tak dapat di manfaatkan dengan pelbagaikan hasil - hasil lain.

Tak kan kot bangunan yang perabih duit rakyat tu hanya untuk kumpulkan hasil rambutan dan mempelam saja kot ? kalau nak di ikutkan buah - buah atau hasil pertanian banyak lagi yang terdapat di Kedah, kalau tak, tak ada gunanya la di boh nama pusat pengumpulan hasil pertanian. Hasil pertanian tu buah-buah saja ka?

Satu lagi Pisau Kedah nak pertikai. Kalau dah Kerajaan Negeri perabih begitu banyak duit di bina bangunan terbabit kenapa perlu di biar penuh dengan semak ? langsung tak di selengara seolah terbiar saja. Kalau Pisau Kedah cakap saja mungkin kot orang boleh kata penipu. Tapi kalau dah sertakan dengan gambar tak kan kot penipu ?

Pisau Kedah hairan juga kenapa blogger PAS terbabit tidak mengulas berkenaan penyelengaraan yang Pisau Kedah bangkitkan dalam pendedahan sebelum ini, sebaliknya jawapan yang di buat agak merapu untuk spin isu yang Pisau Kedah bangkitkan.

Sia - sia la bangunan terbabit di dirikan dan beropersi sudah setahun tapi tidak memberi keuntungan malahan rugi pulak tu sebab tak di guna pakai dan terbiar begiru saja tanpa di selengara.


Semak tak ? kalau macam ni kalau kata tak semak tak tau la nak kata apa.

Panas !!! Pas malu besar terkantoi dengan taktik memecah belah UMNO Kedah dan UMNO Terangganu



Para pemimpin PAS melalui lidah rasmi parti itu, Harakahdaily, dilihat cuba bermain taktik memecah belahkan perpaduan di kalangan ahli UMNO di beberapa negeri dengan mencipta persepsi “siapa bakal MB sekiranya BN menang di negeri itu” pada PRU ke-13 nanti. 
Antara mangsa pemainan jahat PAS itu ialah negeri Kedah dan Terengganu di mana PAS menjangkakan bahawa mereka tidak punya harapan untuk menang di kedua-dua negeri tersebut. 
Terdahulu di Alor Setar, Ahli Parlimen PAS Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria mula “mencucuk jarum syaitan” dengan mengandaikan bahawa Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri, Datuk Mukhriz Mahathir akan dilantik sebagai Menteri Besar sekiranya BN kembali berkuasa di negeri itu. 
Mohd Nasir menggunakan temuramah sebuah stesen televisyen dengan mantan Perdana Menteri yang juga merupakan bapa kepada Mukhriz, Tun Dr. Mahathir yang memberi sokongan kepada anaknya itu. 
Padahal, Mohd Nasir sendiri telah memutar belitkan kenyataan Tun M seolah-olah mahu melihat anaknya menjawat jawatan Menteri Besar di negeri Jelapang Padi tersebut. 
Sebenarnya, Tun M langsung tidak bermaksud sedemikian dan beliau menegaskan bahawa masa depan anaknya itu terletak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk ditentukan kedudukannya pada PRU ke-13 nanti. 
Tiba-tiba datang Mohd Nasir, dia mendakwa bahawa Mukhriz akan tercalon sebagai calon di DUN Kota Seputeh menggantikan Datuk Abu Hassan Omar di kawasan tersebut dan mencipta persepsi bahawa Mukhriz adalah bakal calon MB Kedah. 
Siapa Mohd Nasir untuk tentukan siapa calon BN di Kedah? Mohd Nasir bukan ahli UMNO, bukan pemimpin UMNO dan bukan penentu calon BN di Kedah. Jadi, mengapa perlu dia sebok mencipta spekulasi sedemikian? 
Begitu juga yang berlaku di Terengganu apabila PAS mencipta spekulasi bahawa Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Chik akan dijadikan Menteri Besar negeri itu menggantikan Datuk Ahmad Said. 
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohamad Abdul Wahid Endut sedang mencongak-congak percaturannya bahawa kononnya Ahmad Shabery akan dilantik menjadi MB sebagai “orang tengah” di antara kem Ahmad Said dan bekas MB, Datuk Seri Idris Jusoh. 
Pada pandangan penulis, spekulasi ini sengaja dimainkan oleh PAS bagi memecah belahkan perpaduan di kalangan para penyokong UMNO di Kedah dan Terengganu. 
Misalnya di Kedah, sebagaimana maklum bahawa isu siapa jadi MB adalah satu perkara yang sensitif untuk dibangkitkan di dalam mana-mana parti sekali pun, termasuk UMNO. 
Ketika ini, Najib memberikan kepercayaan kepada Datuk Bashah Hanipah sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan Mukhriz sebagai timbalannya yang memperlihatkan keserasian gandingan “otai” dan “muda” di Kedah. 
Melihat keserasian itulah maka ia memeningkan kepada PAS Kedah yang kini sedang dilanda huru-hara yang amat dahsyat yang memperlihatkan perang besar antara 4-5 pemimpin utama PAS Kedah. 
Phahrolrazi, Dr. Ismail Salleh, Hamdan, Amiruddin, Mahfuz, Taulan dan Azizak Razak sendiri kini sedang bertempur sesama sendiri bagi mempertahankan kuasa masing-masing selain berebut kontrak menerusi Kerajaan Negeri. 
Itu belum lagi disebut mengenai Mat Sabu yang mahu bertanding di Parlimen Pendang dan dihalang keras oleh Azizan Razak! 
Sebenarnya, hak menentukan siapa MB bagi BN sekiranya berjaya menawan Kedah pada PRU ke-13 ini adalah terletak di tangan Presiden parti, iaitu Najib sendiri dan DYMM Sultan Kedah. Itu hak kedua pemimpin tertinggi tersebut dan bukan hak PAS untuk bercakap mengenainya.
Justeru itu, tak payah sebutlah mengenai siapa yang akan dilantik menjadi MB. Lagipun, yang paling utama ialah jawatan tersebut terletak di tangan Allah SWT yang memiliki kuasa di langit dan di bumi, serta Allah yang akan menentukan kepada siapa yang bakal diberikan jawatan tersebut. 
UMNO Kedah dan Terengganu kini semakin bersatu padu dan menumpukan fokus untuk kemenangan BN di kedua-dua buah negeri itu. Biarlah UMNO-BN tawan dulu Kedah dan kekal menang di Terengganu, selepas itu baru bicara soal calon. 
Dan PAS tak payahlah menyebok tentang siapa bakal MB jika UMNO memerintah di negeri-negeri itu kerana parti mereka sendiri belum tentu mampu mempertahankan Kedah dan menawan Terengganu pada PRU ke-13 nanti. Jagalah tepi kain sendiri dari sebok buat fitnah tentang orang lain!

Panas !!! Pendedahan permasalahan KUIN yang Azizan Razak sembunyikan dari pengetahuan rakyat Kedah .



Seorang blogger Team Media Kedah pernah mendedahkan surat kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) berkenaan kemelut dalaman yang berlaku kepada Menteri Besar Kedah , Azizan Razak yang juga pengerusi KUIN ( Di Sini ). Namun sehingga ke hari ini Azizan Razak masih gagal menjawap surat ini setelah di terima Pejabat Menteri Besar pada 12/06/2012.


Sikap berdiam diri Azizan Razak bagaikan mahu melepas tangan di sebalik kemelut yang berlaku dan melihat perkara yang berlaku adalah pemasalahan kecil dan boleh di selesikan bila - bila masa.

Bagi Team Media Kedah, permasalahan ini bukan permasalahan yang kecil kerana ianya melibatkan Universiti milik Kerajaan Negeri dan Azizan Razak yang merupakan Menteri Besar dan juga pengerusi KUIN seharusnya menyelesaikannya.

Team Media Kedah juga nak mempersoalkn bagaimana Kerajaan Negeri boleh memberi jawatan yang melibatkan mengawal selia kewangan kepada seorang yang pernah di sabitkan kesalahan bersubahat pecah amanah oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada 21 Disember 2006.


Bukti Ahmad Skhri penah di sabitkan kesalahan
Jika di lihat jawatan Ahmad Skhri Ramli di dalam KUIN adalah Financial Controller (urusan kewangan), pada permulaan perkhidmatan Ahmad Skhri, dia di bayar gaji RM2500 sebulan,dan beberapa bulan selepas itu kenaikan gaji Ahmad Skhri melebihi 50%, kenaikan sebanyak RM1500, menjadikan gaji yang di berikan sebanyak RM 4000.

Pada tahun 2012 Ceo Insaniah Holding, Dato' Wira Dr Jamil Osman yang juga merupakan Rektor Insaniah telah bersetuju menaikan gaji Ahmad Shkri sebanyak RM 4000 dan menjadikan gaji sepenuh Ahmad Skhri sebanyak RM 8000 ianya berbeza dengan apa yang di perolehi kakitangan KUIN sendiri.

Kakitangan KUIN dinafikan kenaikan gaji tahunan 13% mengikut Perkeliling Perkhidmatan Kerajaan yang mana telah di peruntukan kepada kakitangan KUIN.

Penafian kenaikan gaji tahunan ini telah di lakukan Dr Jamil di dalam mensyuarat Lembaga Pengarah Insaniah (Khas) pada tarikh 21 Mei 2o12 dengan alasan defisit di dalam akaun Insaniah namun apa yang berlaku sebaliknya pada 17 Mei 2012 melalui mensyuarat Lembaga Pengarah Insaniah Holdings telah meluluskan bayaran bonus kepada kakitangan Insaniah Holdings sebanyak 8% sehingga 20% mengikut prestasi.

Tujuan Insaniah Holdings di tubuhkan adalah untuk membantu pihak KUIN di dalam mengurus tadbir KUIN menjana peruntukan tambahan bagi menampung kekurangan peruntukan dari Kerajaan Negeri . Tapi apa yang terjadi sekarang ini ianya sudah lari dari konsep tujuan penubuhan Insaniah Holdings BHD untuk membantu pihak KUIN. Segala peruntukan dari Kerajaan Negeri Kedah kepada KUIN telah di guna pakai oleh Insaniah Holdings.

Untuk makluman Dato' Wira Dr Jamil merupakan Rektor Insaniah yang di lantik secara kontrak oleh Azizan Razak, Menteri Besar Kedah di bawah perkeliling berkaitan tempoh sesuatu kontrak di bawah peruntukan QS 11000 dan QS 29000. Hendaklah tidak melebihi tiga tahun perlantikan. Namun bagaimana pun Dr jamil telah di lantik selama empat tahun sekali gus oleh Azizan Razak.

Nantikan Banyak lagi yang akan Team Media Kedah dedahkan berkenaan Kolej Universiti Insaniah dan syarikat Insaniah Holdings BHD

Sumber :- Team Media Kedah

Panas !!! Nurul Izzah malu besar setelah Zahid Hamidi bersuara




TEKS UCAPAN YB MENTERI PERTAHANAN BAGI MENJAWAB UCAPAN PENANGGUHAN YB LEMBAH PANTAI BERKAITAN ISU KOMISEN DAN PENJUALAN DOKUMEN RASMI KES KAPAL SELAM PADA 26 JUN 2012

Tuan Yang Dipertua,

Sekali lagi saya ingin maklumkan Dewan Yang Mulia ini bahawa kontrak Perolehan dua buah kapal selam BARU Scorpene telah ditandatangani pada 5 Jun 2002 oleh Kerajaan Malaysia dengan Syarikat DCNS ( Perancis ) dan NAVANITA ( Sepanyol ) selaku pembekal kapal selam dan Perimekar Sdn Bhd sebagai Project Services Provider. 

Nilai kontrak ini ialah EURO 1.084 bilion. Skop kontrak ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

a) Bahagian Pertama: Antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat DCNS ( Perancis ) dan NAVANITA( Sepanyol ) merangkumi perolehan da buah kapal selam jenis Scorpene, pakej Integrated Logistic Support (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam Scorpene. 

Nilai bahagian ini ialah EURO969.15 Juta.

b) Bahagian Kedua: Antara Kerajaan Malaysia dengan Perimekar Sdn Bhd merangkumi perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan Projek dan pelatih pelatih kapal selam di Perancis dan Sepanyol. 

Nilai bahagian ini ialah EURO114.96 Juta.

Tuan yang di-Pertua,

Sekali lagi dinyatakan di Dewan Yang Mulia ini, Kementerian TIDAK PERNAH membayar sebarang bayaran komisen sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada mana mana syarikat dalam perolehan Kapal Selam Scorpene. Perolehan kapal selam tersebut telah dibuat secara runding terus selaras dengan tatacara perolehan Kerajaan dengan Syarikat Pembuat iaitu Perancis dan Sepanyol yang telah mendapat persetujuan Kerajaan masing masing. 

Kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai bahawa dua buah kapal selam Scorpene dibeli dari Syarikat Thales International adalah TIDAK BENAR.

Kementerian Pertahanan TIDAK mempunyai sebarang maklumat mengenai DAKWAAN penjualan dokumen yang dikatakan RAHSIA oleh Syarikat Terasasi ( Hong Kong ) kepada Syarikat Thint Asia( Thales International ) yang didakwa bernilai EURO36 Juta. 

Kementerian juga TIDAK mempunyai maklumat DAKWAAN bayaran secara berkala daripada hint Asia kepada Syarikat Terasasi ( Hong Kong )

Tuan Yang di-Pertua,

Ahli Parlimen Lembah Pantai telah menyarankan supaya Kerajaan dan Kementerian Pertahanan perlu mengambil beberapa langkah antaranya;

1) menjelaskan apakah benar maklumat dikesan keluar daripada Malaysia;

Sepanjang pengetahuan Kementerian, sehingga kini TIADA maklumat yang dikesan keluar dari Malaysia.

2) samada Kerajaan Malaysia akan memohon untuk menjadi wakil pemerhati di Mahkamah 'Tribunal de Grande Istance' Perancis untuk mendapat akses kertas pembuktian yang dirujuk oleh SUARAM;

Kerajaan Malaysia difahamkan TIADA PERBICARAAN berlangsung di Perancis berhubung isu kapal selam Scorpene. 

Justeru, TIDAK TIMBUL soal Kerajaan akan memohon menjadi pemerhati.

3) menubuhkan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat proses pembelian Scorpene jika terdapat unsur rasuah dan penjualan rahsia sulit negara;

Kerajaan berpendapat TIDAK PERLU menubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat pembelian kapal selam memandangkan pembelian kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini dibuat mengikut Tatacara Pelaksanaan Kontrak Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara. 

Ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah penilaian yang teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan ATM. 

Selain itu rujukan juga dibuat kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan keatas klausa klausa kontrak tersebut. Semua terma dan kelulusan untuk rundingan terus dikemukakan kepada Kementerian kewangan untuk kelulusan.

4) Kerajaan Malaysia juga perlu menyokong usul reformasi Parlimen agar sistem Jawatankuasa Tetap termasuk untuk Pertahanan diwujudkan demi menjamin segala urusan penting Kerajaan bebas dari rasuah dan pengkhianatan;

Kerajaan berpendapat TIDAK PERLU untuk menubuhkan Jawatankuasa Tetap Parlimen untuk Pertahanan. Ini adalah kerana sebarang rancangan pembelian kelengkapan tentera adalah dinyatakan dalam anggaran belanjawan pembangunan yang mana dibahas dan diluluskan oleh Parlimen. 

Proses perolehan aset juga adalah tertakluk kepada peraturan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Prosedur Kewangan. 

Manakala itu, setiap perbelanjaan adalah tertakluk kepada pemeriksaan atau teguran Jabatan Audit Negara. Kerajaan juga berpandangan proses perolehan yang melibatkan kelengkapan pertahanan yang strategik tidak wajar dibincangkan secara terbuka.

Sekian terima kasih

YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Pertahanan Malaysia.

Panas !!! Pendedahan kegagalan projek PAS Kedah.

Musim buah di Kedah kembali lagi. Tapi janji-janji Azizan Razak Menteri Besar Kedah masih belum tertunai setelah berjanji kepada orang kampung "Kerajaan negeri melalui Kedah Agro akan memungut hasil buah-buahan dari orang kampung terutamanya rambutan untuk di tinkan dan di jadikan satu produk makanan".

Baru - baru ini Team Media Kedah melalui satu kawasan di Aman Jaya yang mana kawasan tersebut telah di dirikan satu bangunan Pusat Pengumpulan Produk Pertanian Lemabah Jerai ( 4PJL ) yang pernah di banggakan Kerajaan Negeri Kedah satu ketika dahulu dan di usahakan oleh Kedah Agro Holdings Berhad, anak syarikat Kerajaan Negeri.

Apa yang Team Media Kedah dapat lihat adalah satu projek yang gagal dan menghabiskan duit rakyat kerana gagal berfungsi seperti mana yang di janjikan Azizan Razak kepada penduduk kampung, tempat berkenaan akan menjadi pusat pengumpulan hasil pertanian orang Kampung.


Hanya satu gerai sahaja yang di dapati berniaga setelah setahun Pusat Pengumpulan
Produk Pertanian Lembah Jerai (4PGL) di kawasan Aman Jaya, Sungai Petani


Di Penuhi semak samun dan gerai-gerai makanan yang di dirikan di sebelah
bangunan terbabit terbiar kosong


Semak gila, langsung tak di selengara.

Sudah setahun Pusat Pengumpulan ini beroperasi tidak nampak langsung kejayaan yang telah di lakukan Kedah Agro, anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah untuk mengumpulkan hasil buah-buahan di situ.

Ternyata apa yang telah di lakukan Kerajaan Negeri hanyalah indah khabar dari rupa. Pusat berkenaan terbiar begitu sahaja tanpa ada usaha memajukannya dari pihak Kerajaan Negeri.

Itulah akibatnya apabila sebuah kerajaan negeri yang hanya dipimpin oleh golongan yang hanya pandai bercakap dan tidak pandai buat kerja.

Projek ini hanya satu contoh, banyak projek lain yang BUNGKUS akibat dari kelemahan pengurusan kerajaan negeri yang diperintah oleh Pas.

sumber Team Media Kedah

Panas !!! Ternyata Ustaz Nasharudin Mat Isa bakal di gugurkan dalam PRU 13

Sinar Harian
Dalam Kenyataan Mat Sabu sudah dapat menerangkan nasib Ustaz Nasharudin Mat Isa, Bekas Timbalan Presiden Pas di dalam PRU 13 nanti walau pun Mat Sabu tak berterus terang Ustaz Nasharudin Mat isa tak akan di calonkan.

Secara logiknya Mat Sabu sebagai orang no 2 di dalam PAS, pasti Mat sabu mengetahui akan nasib seterunya itu di dalam PRU 13 nanti, namun Mat Sabu hanya berdolak dalih di dalam memberi kenyataan.

Orang bawahan PAS juga menyedari akan nasib Nasharudin Mat Isa sebab jika di lihat setiap program yang di lakukan PAS umpamanya Himpunan Hijau di Kedah dan di mana - mana saja Ustaz Nasharudin di pinggirkan malahan tengelam terus nama Ustaz Nasharudin di bibir penyokong PAS yang pro Mat Sabu.

Malahan ada pulak puak PAS yang mengatakan "Ustaz Nasharudin telah di beli UMNO, sebab tu Ustaz Nasharudin kian rapat dengan UMNO dan buat kenduri kahwin anaknya dia pun di panggil UMNO"

Pisau Kedah yakin Ustaz Nasharudin tahu akan nasibnya itu, namun Ustaz Nasharudin lebih suka mengambil pendekatan berdiamkan diri untuk menanti masa untuk di gugurkan di dalam PAS.

Apa yang dapat di lihat PAS juga mengambil sikap lebih berhati-hati di dalam permasalahan Ustaz Nasharudin. PAS terlalu sukar hendak mengugurkan Ustaz Nasharudin dari PAS kerana takut akan impak tsunami akan berlaku dalam PAS seperti mana tsunami yang berlaku semasa Hasan Ali di gugurkan dari PAS.


Friday, June 29, 2012

Terpanas di pasaran !!! Video berahi Anwar milik perisik Singapura terdedah


hiasan

Laman web paling kontroversi, Wikileaks, pernah mendedahkan berita paling hangat tetapi tidak mengejutkan iaitu bahawa Perisikan Singapura dan Bekas Pemimpin Singapura, Lee Kwan Yew memberitahu Australia's Office of National Assessments (ONA) dalam perbualan mereka yang Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim, adalah bersalah sepertimana yang didakwa.  
Kenyataan itu berdasarkan ‘perisikan teknikal’ iaitu kemungkinan besar dengan memintas talian komunikasi. Ia kemudiannya melaporkan bahawa ONA telah menyemaknya dan Singapura telah mengesahkannya bahawa “ia adalah satu perangkap dan Anwar mungkin tahu mengenainya tetapi tetap masuk ke dalamnya”. 

Walaupun selera seks atau mungkin juga ‘ketagihan’ seks Anwar telah menjadi pengetahuan umum, Anwar bagaimanapun terlepas dari dakwaan meliwat Saiful Bukhari pada awal tahun ini.  
Tetapi ini bukan bermakna Anwar boleh merasa lega. Baru-baru ini, kisah mengenai video yang berada dalam tangan Perisikan Singapura, yang menunjukkan beliau melakukan hubungan homoseksual dengan seorang lelaki kacak, telah dibangkitkan kembali dan rancak dibincangkan di internet. Benar, bahawa kisah ini dibangkitkan kembali mungkin kerana pilihanraya semakin hampir, tetapi itu tidak bermakna yang kisah ini telah ‘basi’ atau tidak benar sama sekali.  
Sumber-sumber melaporkan bahawa pasukan Anwar semakin terdesak dan tertekan walaupun video tersebut belum lagi dimuatnaikkan ke internet. 
Kita tidak perlu menjadi seorang genius untuk mengetahui bahawa video tersebut disimpan oleh Perisikan Singapura untuk kegunaan masa depan. Singapura adalah musuh azali Malaysia dan Lee Kwan Yew tidak mungkin dapat bersemadi dengan aman jika beliau meninggal dunia sebelum DAP atau saudara sebangsanya dapat memerintah Malaysia.  
Anwar, dikatakan peluang terbaik untuk Singapura mencapai impian untuk meluaskan sempadannya di utara. Justeru, masuk akallah kenapa Singapura harus terlibat dalam demonstrasi BERSIH dan Anti-Lynas malah melatih rakyat mereka untuk campurtangan dalam pilihanraya Malaysia.  
Singapura perlu meletakkan Anwar di atas takhta supaya mereka boleh melondehkan seluarnya dan mengikat tangannya. Anwar akan menjadi anjing paling patuh yang akan melepaskan takhta apabila masanya sesuai untuk DAP mengambil alih.  
Tetapi, penulis melihat bahawa ia merupakan satu tindakan kurang bijak untuk Singapura dan DAP meneruskan strategi dan rancangan yang bukan lagi rahsia ini.  
Video seks Anwar – sama ada secara biasa atau songsang, tidak lagi boleh dianggap sebagai alat yang mampu mengawalnya. Di Malaysia, penyokong Anwar akan menyokongnya walau apa pun yang terjadi dan akan mempersetankan saja segala gambaran negatif mengenai dirinya tanpa berfikir dua kali. Manakala yang tidak menyokongnya pula, tidak memerlukan tambahan bukti untuk meyakinkan mereka bahawa beliau memang benar-benar bersalah. 
Lagipun, parti Anwar sedang nazak kerana kelemahan kepimpinan dan ketidakcekapan. Dengan perbalahan dalaman yang tidak pernah selesai, parti ini mungkin tidak dapat hidup lama untuk menghadapi pilihanraya.  
Bagaimanapun, rakyat tetap berminat untuk menilai ‘keupayaan’ manusia Anugerah Tuhan ini. Di masa yang sama, kita juga tidak boleh menolak kewujudan pengundi atas pagar. Oleh itu, pendedahan video seks ini tetap akan menjadi bonus kepada Malaysia.  
Untuk itu, mungkin rakyat Malaysia boleh menahan nafas menunggu dengan sabar dan Anwar pula boleh berhenti bernafas terus kerana kita mempunyai alasan untuk percaya bahawa video tersebut sedang terlepas dari genggaman Singapura dan mungkin akan jatuh terus ke internet pada masa yang tepat, sebelum pilihanraya 

BERUANG BIRU

@JPenerangan ada trojan horse sila ambil perhatian @NajibRazak



Baca betul-betul apa yang di retweet oleh Tweethandle Jabatan Penerangan. Kenapa twitter Jabatan Penerangan boleh me'retweet' benda yang tidak ada kena mengena dengan langsung dengan dasar kerajaan pusat? 

Bah kan perkara yang di retweet tu berkait rapat dengan dasar kerajaan di negeri pembangkang, apakah ada trojan horse yang telah meresapi unit IT jabatan penerangan? 

Patutlah dasar kerajaan yang patut disampaikan kepada rakyat, tidak sampai ke akar umbi. Rupanya banyak virus dan trojan horse yang cuba mensabotaj. 

Rasanya pihak yang bertanggung jawab, perlu lebih prihatin dalam perkara ini. Sebelum ada unsur-unsur sabotaj lain yang mereka lakukan. 

Rais Yatim tak mau komen apa-apa ka? 



Sumber :- Leader Team Media Kedah

Terkini !!! Al- Fatihah Osman Kering meninggal Dunia


Setelah koma sejak 10 Jun lalu Osman Kering 58 tahun pelawak veteran yang di sahkan meninggal dunia di HUKM oleh Zed Zaidi melalui akaun twitternya..Mari lah sama-sama menghadiahkan Al- Fatihah kepada arwah dan semoga rohnya di rahmati Allah S.W.T.


Video Mengerikan penduduk Syria di tanam hidup oleh puak Syiah



Video ini adalah rakaman rahsia yang terbongkar, salah satu kebiadaban pasukan rezim Syi'ah Nusairi pimpinan Bashar Assad.


Video yang berdasarkan catatan di Youtube ini adalah tahun 2011 yang tidak diketahui di wilayah mana. Video ini menunjukkan sejumlah muslim Syria ditanam hidup-hidup, sambil pakaian mereka telah dicabut oleh rejim tentara Asad di sebuah tempat.


Semoga Allah melaknat orang-orang yang menyiksa dan membunuh kaum Muslimin tanpa hak. Ini adalah sebahagian daripada sejumlah bukti kekejaman rezim Syi'ah Nusairi di Syria.


Beginilah perangai puak-puak syiah yang kejam! Masih ada yang nak menafikannya lagi kononnya syiah di jalan yang benar?


Sambung Baca sini

Reformasi Merintis Pergaduhan Antara Kaum dan Agama

 
Pasca reformasi Indonesia Mei 1998 yang saat awalnya dilaungkan bakal membawa Indonesia ke dunia baru yang lebih selesa dan maju ke depan tidaklah seindah yang disangka. 
Selepas kejayaan demonstrasi jalanan berjaya menekan dan menjatuhkan Suharto, hubungan erat pelbagai kaum etnik dan agama yang selama ini baik akhirnya terurai kerana prasangka buruk kian melebar. Fitnah dan adu domba dalam masyarakat menjadi-jadi. Dengan hanya satu dua kes kecil melibatkan kaum dan agama yang berbeza bila-bila masa sahaja boleh bertukar menjadi besar.   
Pada 21 November 1998 misalnya, berikutan pergaduhan kecil antara seorang anak tokoh masyarakat Desa Ketampang, Jakarta dengan beberapa orang pekerja premis judi adalah antara peristiwa awal yang dikaitkan dengan keganasan antara orang Islam dengan Kristian dari Ambon, Maluku. 
Rentetan dari situ, sekumpulan 400 orang kaki pukul upahan dari suku kaum Ambon telah dihantar oleh pemilik premis berbangsa Cina pada subuh hari ke Desa Ketapang untuk melakukan kekacauan dan merosakkan rumah penduduk di sana.
Selain menyebabkan kecederaan pada ramai penduduk Islam, beberapa masjid turut mengalami kerosakan dalam serangan mengejut tersebut. 
Penduduk lain yang menyedari berlakunya serangan telah bertindak balas dan akhirnya berjaya mengusir samseng suku kaum Ambon itu. 
Bagaimanapun keesokan paginya ribuan penduduk Islam dari pelbagai daerah beramai-ramai menyerbu dan merusuh di kawasan China Town Jalan Hayam Wuruk dan Jalan Gajah Mada. Selepas melakukan rusuhan di sana, kumpulan besar penduduk Islam menghala pula ke arah Jalan Zainul Ariffin, tempat di mana ramai suku kaum Ambon bekerja dan akhirnya berjaya membunuh beberapa orang samseng Ambon.   
Dalam tempoh kekecohan tersebut juga para perusuh turut melepaskan geram dengan membakar dan memusnahkan beberapa buah gereja dan sekolah misionari Kristian. Berikutan rusuhan semakin kuat melanda, akhirnya tentera Indonesia campurtangan dan berjaya meredakan keganasan yang berlaku diikuti dengan langkah menghantar pulang sebahagian pekerja suku kaum Ambon ke Maluku.   
Selepas peristiwa tersebut, hubungan antara masyarakat Islam Indonesia dengan Kristian suku kaum Ambon semakin goyah dan kecurigaan semakin bertambah. Dalam tempoh kurang setahun kemudiannya, rusuhan antara penganut agama Islam dan Kristian di Maluku berlaku secara besar-besaran berlanjutan sehingga tahun 2002.   
Laungan indah reformasi ternyata hanya gah pada teorinya sahaja, realiti dan praktikalnya ia merintis kepada detik-detik awal pemusuhan sesama rakyat berbilang kaum, etnik dan agama di Indonesia.   
Tidak mustahil, perasaan tidak puashati pihak tertentu di Malaysia yang juga timbul kerana perbezaan kaum dan agama boleh mengakibatkan senario yang sama. Apatah lagi, jika mereka dangkal dalam memahami makna reformasi yang sebenarnya.
Team Media Kedah


Panas !!! benarkah Cikgu Normala dah hilang maruah di dalam PAS ??


Beberapa minggu yang lepas, dunia alam maya digemparkan oleh pendedahan dari blog
penaksj.wordpress.commengenai bekas calon PAS ketika PRK Tenang iaitu Cikgu Normala. Beliau dikatakan begitu kecewa dengan PAS Negeri Johor yang telah 'membuang' beliau disebabkan kekalahan beliau ketika PRK dahulu.

GR juga diberitakan perkhabaran beliau ingin memasuki UMNO betul kuat dengan sumber-sumber yang memberitahu pelbagai janji bulan dan bintang diberikan pada Cikgu Mala oleh PAS Johor. Tapi itu semua hanyalah janji manismu PAS Johor kepada Cikgu Mala.

Normala Sudirman yang asalnya seorang guru kemudian terpaksa meletak jawatan kerana dipilih menjadi calon PAS dalam pilihanraya kecil Dun Tenang pada awal 2011. Bagaimanapun nasib tidak menyebelahinya kerana beliau kalah dalam pilihanraya berkenaan. Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Kejar jawatan YB tak dapat jawatan guru yang dipegang dilepaskan. Inilah juga orang kata "Orang tamak selalu rugi, macam anjing dan bayang-bayangnya"....

Sewaktu baru-baru kalah Normala masih lagi dijulang oleh PAS dan diheret ke hulu dan ke hilir kononnya sebagai ikon baru PAS. Kebetulan dia juga mempunyai wajah yang sedikit cantik. Empat ke lima bulan selepas itu Normala tidak lagi dihargai PAS. Kenapa begitu Cikgu Mala? Boleh tolong jawab tak??

Memandangkan beliau telah meletak jawatan sebagai guru , maka beliau bercadang untuk pergi lebih jauh dalam politik. Lalu beliau mencuba nasib untuk bertanding sebagai AJK PAS Pusat dalam pemilihan pada pertengahan tahun 2011.

Jika diikutkan cara PAS julang beliau selepas beliau kalah bertanding pilihanraya dan diberi gelaran sebagai ikon baru, beliau sepatutnya menang top 5 dalam 18 calon yang dipilih. Sungguh mengecewakan apabila beliau langsung tidak terpilih AJK PAS Pusat. Sudah jatuh ditimpa tangga, jawatan guru dilepas, nak jadi YB DITOLAK rakyat, nak jadi AJK PAS DITOLAK pula oleh ahli-ahli PAS. Macam mana ni Cikgu Mala? Kalau sudah jadi pendidik anak bangsa tu, kenapa tidak diteruskan saja....

Nama Normala yang sebelum itu kembang mekar dan harum subur makin lama makin layu. Orang-orang PAS sudah tidak ingat lagi kewujudannya. Undangan ceramah juga makin lama makin berkurangan.

Setelah berhenti sebagai guru dan kalah bertanding pilihanraya Normala hilang punca pendapatan. Wang ada banyak dikeluarkan semasa bertanding. Undangan ceramah menjadi pendapatan beliau. Apabila undangan ceramah berkurangan , maka pendapatannya juga kurang. Sumber dalaman PAS Johor memberitahu GR, Cikgu Mala terpaksa menanggung hutang ketika bertanding pilihanraya. PAS langsung tidak bertanya khabar tentang kedudukan ekonomi beliau. Difahamkan semakin hari beliau semakin tertekan dengan kedudukan ekonomi keluarganya.

Lalu muncullah berita yang mengatakan beliau akan masuk UMNO kerana berpatah arang berkerat rotan dengan PAS yang tidak mengambil peduli atau bertanya khabar dengannya tentang hutang-hutang yang ditanggungnya untuk bertanding dalam pilihanraya, dan juga tidak menghargai pengorbanannya melepas jawatan sebagai guru untuk menjadi calon PAS.


Dengan secara tiba-tiba jugalah Cikgu Normala muncul menafikan yang beliau akan masuk UMNO dan mengugut akan menyaman blog yang menyiarkan berita berkenaan. Yang menjadi kemusykilan, kenapa Cikgu Normala membuat sidang media di Pejabat PAS W.Persektuan KL, kenapa tidak dibuat saja di pejabat PAS Johor? Bukankah ini sudah menampakkan bahawa ada yang tak kena perhubungan antara Cikgu Normala dan PAS Johor. Benarkah begitu Cikgu Mala? Di pejabat PAS Johor tidak ada kelengkapan dan tempat untuk buat sidang media ker??

Pembaca lihatlah sendiri inikah perjuangan Islam yang dilaungkan oleh PAS. Sedangkan kebajikan dikalangan mereka sendiri juga tidak boleh mereka laksanakan, inikan pula untuk menjaga kebajikan rakyat Malaysia. Hancurlah jawabnya.....Renung-renungkan!!

Panas !!!! Mat Sabu ada sindrom penyakit misteri bila berhadapan dengan awek.



 
Pehh tersenyum lebar nampak tok timbalan PAS tengok awek. Sampaikan orang ambil gambar pun tak sedar.( Apalah yang di fikirkan Mat Sabu ketika itu ? ).

Pisau Kedah tak pasti la arah mana mata si Mat Sabu ni menghala walau pun dari segi pandangan mata kasar ianya ke arah bumper awek tu. ( kalau ye pun selindung la sikit jangan sampai terkantoi pandangan mata tu ) 
Tapi apa - apa pun Pisau Kedah tak salahkan  Mat Sabu ni, sebab dia laki yang bernafsu macam laki-laki lain juga cuma yang bezanya sama ada Mat Sabu ni laki yang jenis pandai kawal nafsu atau nafsu pandai kawal Mat Sabu. 
Dari pandangan mata Mat Sabu tu awek - awek kat Malaysia tak perlulah nak takut sebab tak merbahaya dan memudaratkan tapi awek - awek di Malaysia perlu tahuyang merbahayanya si Mat Sabu ni dia punya ayat masa mengayat sehinggakan si Normah pun boleh cair dalam telefon. 
Bila dah cair tak tau la apa yang dia buat dengan Normah kat dalam bilik Hotel Perdana, Kota Bharu yang bernombor 121 pada tahun 1995. Hanya Normah saja yang mampu menjawap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog